TUKANG BACA

Khamis, 27 Disember 2012

SURAT DARI DIA. YA, DIA.


assalamualaikum. 

itu surat layang dari kakak pin yang suka makan, makan dan makan. selepas itu, dia suka mengadu pada aku yang dia ini gemuk. dan aku pun mulalah ejek dia gemuk. padahal aku nampak dia cantik dan comel je. eh, terpuji la pula. dari aku sekolah rendah lagi, dia suka bagi surat layang. dan sampai sekarang ada lagi surat-surat layang yang dia tuliskan.

namun, sekarang dia jauh, dan hanya surat layang yang dia panggil nota cinta inilah menjadi pengubat rindu dan pemberi semangat. kalau waktu asasi dahulu, dia suka telefon. kereta calar pun terus telefon aku. menangis tersedu-sedu. haha memang kena gelaklah jawabnya. bila bergambar, dia akan periksa dahulu setiap gambar itu. dia takut dalam gambar dia nampak gemuk dan aku pula suka upload gambar yang dia tidak suka. haha.

itulah kakak pin yang aku kenal. seorang yang suka ketawa, pembuli, suka tarik-tarik rambut aku, pernah mekapkan aku jadi badut, dan juga seorang pembawa kereta yang menggerunkan macam rasa hendak tercampak keluar. namun, dia seorang yang berani. berani untuk menolak, berani untuk meluahkan, berani untuk kehadapan. itu kakak pin yang aku kenal.

kerana itu, dia berjaya membanggakan seluruh kaum keluarga. walaupun harus menulis lima belas ribu patah essay, aku percaya dia tetap boleh. aku percaya dia akan pulang setahun kemudian dengan senyuman indah terhias. yang aku percaya semua itu. sebab dia seorang perempuan yang kuat.  

dan aku pun mahu jadi macam dia. aku mahu mama tersenyum bangga setelah bertahun-tahun mama kecewa dengan aku. aku mahu abah kata, "macam inilah anak abah" dengan muka bahagia seperti yang selalu dia ucapkan. aku mahu dedeq, adli, anaqi dan abqari percaya bahawa, aku seorang kakak bisa menjadi pendorong dan inspirasi, bukan seorang yang gagal, dipandang remeh dan suka menangis. 

aku tidak mahu kepercayaan mereka pada aku, yang selama ini kuat berdiri dibelakangku hancur musnah gara-gara aku. aku tidak mahu semua itu.  

gila kan? seorang yang selama ini tidak mempunyai impian dan hanya ingin bahagia tanpa berusaha menjadi seorang gila yang tiba-tiba ingin berjaya. 

itulah aku cakap. sekarang aku punya impian. bila aku sudah ada impian, aku akan sedaya upaya mendapatkannya. jadi mungkin hati kering aku menyakiti kalian, aku minta maaf. 

aku cuma perlu mereka yang percaya dengan apa yang aku buat. bukan mereka yang tidak cuba untuk memahami perasaan seorang yang tiada impian tiba-tiba berimpian besar. 

berusahalah amii! jangan cepat mengalah. 

"belajarlah, awak tidak akan kemana-mana sekiranya tidak menggerakkan kaki, tangan, dan menggunakan kepala." - roza roslan.

awan di kuching :)