TUKANG BACA

Rabu, 2 Mac 2011

KAU TAHU APA ITU AUTISME?

salam.

kali ini aku ingin menceritakan serba sedikit mengenai autisme. ya. kenapa? tak pernah dengar?
okey. kalau boleh aku nak kau teruslah membaca ya. setidak-tidaknya untuk menambahkan pengetahuan kau.

autisme bererti keadaan yang menyebabkan kanak-kanak menumpukan perhatian dalam dunia sendiri. ya. macam dalam khayalan sendiri. tak hidup bercampur dengan orang. autisme juga gangguan perkembangan mental kanak-kanak. mereka mengalami masalah dalam pertuturan, komunikasi dan tingkah laku yang luar biasa.

aku pasti ada diantara kau mesti pernah lihat kanak-kanak yang diketegori sebagai istimewa ni kan?

abang aku juga diketegorikan sebagai golongan istimewa ni juga. so. aku tahulah sikit-sikit pasal autisme.

antara pengesanan awal yang aku lihat dari pemerhatianku ke atas abangku :

  • sukar tidur. selalu terjaga waktu tengah malam. mengganggu orang di sekelilingnya. sekejap buka lampu. sekejap lagi tutup kipas. biasanya aku buat bodoh je. tidur mati je la ya.
  • berminat dengan benda-benda pelik seperti suis. abang aku amat berminat dengan segala macam tali. lagi-lagi earphone aku. dah 3 kali earphone aku hancur kena gigit.
  • lebih gemar bermain bersendirian daripada bergaul dengan orang ramai. ini memang selalu terjadi bagi seorang kanak-kanak autisme. abang aku selalu menghabiskan masanya dalam bilik aku. macam anak dara.
  • tangan dijadikan sebagai alat menyampaikan sesuatu. abang aku kalau nak manja-manja dengan mak aku. dia tarik tangan mak aku.
  • tidak gemar disentuh. abang aku selalu keraskan badan bila aku nak tarik dia suruh makan.
  • kanak-kanak autisme selalu mengelak daripada bertentangan mata.
  • mengalami tekanan kalau aktiviti dan persekitaran berubah. abang aku akan renyah kalau kat tempat baru. atau pakai baju baru. 
  • ni memang pasti. apabila berjalan. tumit abang aku  tak kena tanah. berjengket.
  • mengenali sesuatu dengan cara menghidu. bila time nak makan, abang aku mesti hidu dahulu ni. yalah. nak tahulah ni masak kari ke. masak lemak cili api ke. kau ingat kau je yang memilih?
kanak-kanak autisme ini memang sering menimbulkan kekeliruan. sebab. mereka ini selalu kelihatan normal. kita tak dapat nak bezakan sama ada mereka ini autisme atau tidak.

yang pastinya. mereka ini mempunyai keistimewaan yang berbeza. cuma mereka perlu dibimbing supaya bakat yang mereka ada boleh diketengahkan. 

sebab "kanak-kanak autisme memang mampu belajar."

satu saja pesan aku. tolong jangan pandang kanak-kanak autisme ini pelik dan dengan pandangan yang mencurigakan. sebab. mereka pun manusia macam kita. mak aku kata, "kanak-kanak istimewa ni terus masuk syurga." 

"tidak ku pinta lahir ke dunia. tidak ku pinta cacat begini"
dulu. kalau aku dengar bibit-bibit lagu ni. kelopak mataku akan berair. 

tetapi tidak sekarang. sebab. baru aku mengerti yang aku dikurniakan seorang abang yang sememangnya amat istimewa.


buncitnya ayah aku-.-
yang benar.
amii afandi.

7 ulasan:

Zalikha berkata...

Seronoknye..abang ko terus masuk syurga! ^_^

terima kasih utk info.kite rasa semua org kena tau benda ni tau.

amii afandi berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

almost crying what is written.;) so pure. so true.

amii afandi berkata...

thank you very much. this just a tribute for my dear brother.

L.I berkata...

another 'meruntun jiwa' post by amii afandi...
baru la aku tahu sekarang penyakit ni...
may ALLAH bless him....AMIN

amii afandi berkata...

syafiq : memang meruntun jiwalah kali ni.haha
aku tau ramai yang tak tau penyakit ni. ada la gak yang pernah-pernah dengar tu. sebab tu la aku bagi sedikit info yang aku nampak.

amin~

Zalikha berkata...

amii:keluarga ko mmg tabah! Yosh~teringat plak citer 1 litre of tears.

hmmm...serious.kite teringin nak jumpe abang ko n cakap2 ngan dia walaupun kite tau dia takkan layan ehehe