TUKANG BACA

Jumaat, 4 Mac 2011

KOTAK KERINDUAN YANG SEMAKIN MEMBESAR

entah mengapa.

bila aku terlihat pemadam. aku teringatkan kau.
sebab. ada sekali tu. pemadam aku hinggap di badan kau. gara-gara aku tak tau nak balas apa lagi bila kau ejek aku.

bila aku terlihat keychin teddy bear pemberian kakak pin. aku terkenangkan kau.
sebab. dengan egonya kau kata dengan bernada sinis. keychin yang comel tu tak sesuai langsung dengan aku.

bila aku terlihat dompet gemuk aku yang semacam dompet lelaki. aku terbayangkan kau.
sebab. kau pun pernah kata. dompet tu tak memang tak sesuai langsunglah dengan aku. 

habis apa yang sesuai dengan aku?

bila aku tengok cerita avatar. aku tersenyum.
sebab. aku dapat lihat kau beria-ria bercerita. macamlah aku kawan kau. padahal kita selalu je dok bertekak. 

entah mengapa. semacam ada suatu perasaan menjalar di hatiku. semacam terdapat kotak kerinduan yang terus membesar dan membesar.

haih. entah mengapa.

dulu. setiap kali kau pandang dan bercakap denganku. 
aku gelak. ya. aku rasa kelakar. lepas itu. kau selalu pelik dan marah aku sebab kenapa aku gelakkan kau. 

dulu. setiap kali dapat markah math. kita mesti banding-bandingkan markah kita. 
aku ingat lagi. waktu tu kau dah kena tukarkan ke kelas sebelah. tiba-tiba kita terjumpa dan pertanyaan serentak yang kita utarakan adalah "markah math kau berapa weyh?"

itu tiga tahun lepas.

sekarang. kau dengan hidup kau. aku dengan hidup aku. bersuara tidak. apatah lagi hendak pandang-pandang. bila selisih jalan. kita buat tak tahu je.

sadis.
macam kau anti aku. dan aku anti kau.

tak ada lagi kau yang selalu curi-curi telinga bila aku dan fadhilah mula bercerita. tidak ada lagi senyuman sinis kau dengan pergerakan spontan aku. tidak ada lagi kata-kata menyakitkan hati. yang aku rasa macam nak baling je kau kat lombong.

semakin dewasa semakin kita tidak mengenali antara satu sama lain.

kalau boleh aku tidak mahu berjumpa lagi dengan kau. terserempak dengan kau. ternampak sekilas kelibat kau. sebab aku tahu. kita bukan lagi budak-budak. walaupun aku sentiasa mencari bayang-bayang kau yang semakin menyepi.

biarlah aku sendiri yang menjaga kotak kerinduan yang semakin membesar ini.



yang benar.
amii afandi.

4 ulasan:

Zalikha berkata...

meruntin jiwaku..
ahaha..tau siapa!ehehe
mesti ko betul2 rindukan dia ni.tapi baiklah tak jumpe.nnti dia jadi mangsa korban lombong je.ekeke.ok.gurau je

L.I berkata...

wow....
ayat meruntun jiwa ko telah membuat aku rasa nak beli kotak kerinduan tu....

monolog silam antara sahabat memberi sentuhan yg berharga setiap detik dikala meningkat dewasa....

kat ne nak beli kotak rindu tu ek...

amii afandi berkata...

zalikha :haha. aku dah bagitau kau siapa kan?

cit. memang baiklah aku tak jumpa dia kan. sebab aku tak sanggup nak baling dia kat lombong. haha.

amii afandi berkata...

syafiq : kotak kerinduan ini tidak dapat dibeli. kalau tak dah lama aku passkan kat kau. hahaha.

monolog silam antara sahabat memberi sentuhan yg berharga setiap detik dikala meningkat dewasa....

wow. ayat kau boleh meruntun jiwa aku laa.