TUKANG BACA

Sabtu, 19 Mac 2011

ORANG BERLARI KAKINYA TERIKAT


"cuba awak bayangkan. ada seseorang yang ingin berlari. pantas. tapi kakinya terikat. apa yang perlu dia buat? mestilah dia kena leraikan ikatannya. barulah boleh berlari jauh."

aku menggaru-garu kepala. memikirkan teori cikgu dihadapan yang tampan bergaya. chewah. apa kena mengena gear dan orang berlari?

pening juga ya memikirkan guru memanduku yang hebat berfalsafah.

"hah! maksudnya macam ini. awak nak laju. meter dah naik sampai 30 atau lebih. tapi awak tetap berada di gear 2. macam mana nak laju. awak tak leraikan ikatannya."

oh. a'ah ya. logik sangat teori cikgu itu.

cikgu itu suka mengutarakan teorinya.
inilah kadang-kadang buat aku senang. tak adalah kecut perut.
baik dan sangat relaks. reaksinya sangat membantuku yang sentiasa gelabah.

kadang-kadang. cikgu itu banyak cakap. kadang-kadang hanya diam.
bila ditanya baru cikgu itu banyak bercakap.

oh. dia ada anak. seorang. anaknya comel. semacam anak mat saleh.

"kalau kita nak makan. tangan dan mulut kita bergerak. serentak. macam tu juga bila kita nak mulakan pergerakan. kalau boleh clutch naik dan minyak tekan."

wah. kagum betul aku dengar teori-teorinya.

"macam mana dengan pengawas peperiksaan masa SPM. macam itu jugalah pegawai JPJ."

terbayang aku muka pengawas peperiksaan dahulu. err. garang ke?
ehh. semua macam tak garang je.

untuk apa ya aku bercerita mengenai seorang cikgu akmal?

gulp.
sebenarnya. semalam. aku tak lulus ujian jalan raya.
kerana aku telah terlebih membuka ikatan. ikatan seseorang yang sedang kepenatan berlari. akhirnya terus pancit. dan mati.

pegawai jpj yang aku rasa baik hati semacam pengawas peperiksaan pun mengambil alih tempat. sambil menanya-nayakan soalan yang dapat menghilangkan gabra.

rasa gagal ni tak lah teruk mana.
rasa biasa semacam kau tahu addmath kau dapat c.

err. c tu okeylah kot. bagi akulah.

aku hanya tersengih. pergi ke arah cikgu akmal. ya. cikgu aku itulah.
aku hanya berani getap-getap bibir memandang cikgu akmal yang tidak berkata apa-apa.

mungkin dia kesal teori orang berlari itu tidak menjadi!

oh ya. dia cuma bilang, "mungkin ada jodoh kita nak bertemu lagi kot."
kemudian tersenyum. ikhlas entah tidak aku tidak mengerti.

err. mungkin ada lebih banyak teori yang boleh dia utarakan lagi.
oh. aku pun baru mengerti yang. aku hanya boleh bermain dengan teori. bukannya praktikal.

p/s : okeylah tu. ujian dalam litar aku lulus -.-''

yang benar.
amii afandi

4 ulasan:

Shazreel Amir berkata...

Hosh! Kiranya kau dapat P ke tak nieyh?

amii afandi berkata...

maknanya tak dapat P la. dah gagal. hahah.

Zalikha berkata...

hahahahahaha...cikgu akmal tu pandai mengayat la!!

mesti dia nak jadikan anak murid fave dia.ehehehhe.tapi,cikgu akmal ni kite rasa bole jadi salah seorang watak dlm novel2 bahruddin bekri kan?watak yg tetibe je bagi falsafah.ko plak mcm watak utamanya! ahahahaha...serius mcm novel bahruddin bekri kehidupan ko ni.haha

amii afandi berkata...

bila kau kata baru aku perasan.ehehe. tiba-tiba aku teringat buku dunia ini sederhana kecil. banyak sangat teorinya. hahaa.

hahahaaaaaa. rupa-rupanya bahruddin bekri tidak mereka-reka kehidupan di dalam bukunya. hahahaaa.