TUKANG BACA

Ahad, 24 April 2011

KISAH PERCINTAAN KOREA

okelah. maafkan aku semua. kerana sudah lama tidak bertinta di blog ini.

semuanya gara-gara cerita korea yang secara tiba-tiba aku terpaksa untuk menengoknya. makin lama makin terpengaruh pula.

dalam masa 4 hari ini. aku bisa menghabiskan satu cerita dengan jayanya. jeng jeng jeng..

cerita in sedih woo. aku sarankan baik kau tengok.

lagi satu cerita aku baru menghabiskan setengah. dan aku malas nak tengok lagi. walaupun heronya hensome mak aii.

 my fair lady. okelah. cerita ini agak best. tetapi agak boring juga. plot yang memeningkan. macam tengok cerita indon.

err. sebenarnya. aku ini tidaklah minat dengan segala macam Kpop dan Jpop. walaupun mereka semua ini mata sepet dan comel-comel.

sebab. aku ini jenis yang tak teruja dan suka dengan apa yang orang ramai tergila-gila. err. macam justin bieber. mula-mula tak perasan pun kewujudannya. tapi. makin lama. err. maaflah. makin anti pula dah aku jadinya.

sama juga macam taylor swift. aku rasa baik aku suka kereta swift yang cantik dan meggoda. wahh~

huhh. termasuk lisa surihani. dan. err. shaheizy sam. (citt. kena google sebab sampai sekarang aku tak tahu nak eja nama dia -.-'') kau tak rasa bosan ke? asyik-asyik muka mereka. macam tak ada orang lain pula aii.

inilah yang terjadi dengan lagu-lagu yang berkumandang di radio. mula-mula memang rasa best nak dengar. tapi. asyik-asyik lagu tu je yang berkumandang. terus aku tukar stesen radio yang lain. ada kalanya stesen radio dotdotdot pasang lagu yang sama dengan stesen radio tuuut. 

kau rasa apa?
kalau aku. aku rasa bosan.

apa kata pasang je la lagu yang sama pada semua stesen radio. lagi senang. tak payahlah asyik-asyik aku nak kena tukar siaran.

okelah. berhenti. tukarlah mood kau kembali.
kita sambung tentang kisah percintaan korea itu.

haih. entah macam mana. aku boleh terjebak dengan kisah percintaan korea pun aku tidak mengerti.aku ini mudah terjebak kot. hah. kalau orang suruh usya aku okeh je. tak jadi masalah. kalau ada masa terluang aku tengoklah ya.

*sebab itulah mak aku selalu risau dengan perangai aku yang senang terjebak ni. "alah ma. jangan risau laa."

dan. dalam masa 4 hari itu juga. aku telah menonton..

macam mana aku meminati liyana jasmay. macam itu jugalah aku meminati miley cyrus :)

dan. dengan rela hati aku telah terpikat dengan..

hehe. macam mana aku minat que haidar. macam itu juga aku minat lucas till yang comel :D

inilah rutin aku sejak berada di rumah maklang tersayang. dikehendaki pula melayan karenah kakak pin yang tercantik. (perkataan belakang itu terpaksa tambah =.='')

yang benar. 
amii afandi.

4 ulasan:

L.I berkata...

siap tak suke taylor swift en....
gigit hidung kang.....
woot woot....
jiwang la amii ni....
hehehe

Zalikha berkata...

LIKE POST NI!!!! \(●^o^●)/

hahaha...ha ah.dulu pon kite neutral je ngan bieber.kenal pon tak sgt.tapi tetiba makin lama makin rasa %*&# kat dia (%*&#-->benda yg takleh nak define).

amii,sampai skang kite tak faham kenapa ko tak suka benda yg org lain suka.kite pon sama mcm ko jugak.hehe..cuma ada beberapa pengecualian la cket.hehe

kalau kite plak (ceh,citer pasal diri sendiri plak),kalau kite suka kite akan dgr/tengok banyak2 kali sampai beberapa bulan.cth mcm nissy,lagu koi hanabi,mou koi nante shinai,chewing gum,manazashi ngan citer delicious gakuin (episod 11 tengok 4 kali),ghost friends...hahaha.

*tapi sayangnya kite cepat bosan.yg kite betul2 suka je bertahan lama.

tapi kalau kite mmg tak suka kite takkan bother nak bukak pon.bagus la ko amii,ko fleksibel..hehe

amii afandi berkata...

narufiq : kau minat taylor swift ke? siyes tak cool. hahahaah.

eleh. nak dibandingkan aku dengan kau. kau lagi jiwang kot. hahahaha.

amii afandi berkata...

zalikhaaa : wahhh~ komen panjang kau kembali menerjah.

ya. betul-betul. aku pun cepat boring gak. tapi tak la seteruk kau. aku pun tak tau asal aku tak suka artis yang ramai orang minat. rasa macam bosan je. -.-''

hehehehehe. fleksible ya. wahh~