TUKANG BACA

Khamis, 16 Jun 2011

CELIK TERPEJAM DAN ATURAN

assalamualaikum.

pandang. kemudian terpejam. tersedar. pandang kembali. kemudian terpejam. beberapa kali.

bangun. mengeliat. dan cuba urut-urut. terasa sengal badan.
*nasib baik petang ni tak ada kuliah.

okeylah. aku memang jenis yang susah tidur petang. jadi. aku selalunya akan menahan kantuk yang kadangkala amat durjana kukira.

oh. tapi kan. aku tidur awal tau. pukul sepuluh lebih sudah terlena. inilah yang kadangkala menjadi kepelikan roomateku sendiri. sebab dia memang tidur lewat.

pernah suatu ketika di sini. aku bisa tertidur dengan hanya memeluk laptop.

selalunya hari-hari dalam majlis aluan pelajar (MAP). waktu malam biasanya aku mendengar ceramah sambil tersengguk-sengguk. (oh. tak dengarlah kot. sebab aku bukanlah orang yang bisa menyelam sambil minum air). kemudian. disergah dan digosok-gosok  oleh wani supaya aku celik semula.

pernah suatu masa itu. semasa awal-awal MAP juga. aku pernah ditegur oleh orang sebelah punggung. "eh, baru pukul lapan lebih dah mengantuk?"

hakikatnya itulah. aku tidak mengamalkan apa yang dikatakan dekan mengenai budak-budak sekarang. "budaya tidur siang, bangun malam."
*terasa bangga pula. hehe. aku budak baik. ikut cakap. haha.

kalau masa lima bulan ke belakang. bolehlah aku amalkan budaya tu. nak amalkan pada masa lima bulan ke depan? haish. hancur remuklah aku jawabnya.

oh. sebenarnya sekarang aku rasa bosan. tapi kerja melambak.
oh. sebenarnya sekarang kerja melambak tapi tak tau apa yang harus lakukan.

serasa macam ada kerja tapi macam tak ada kerja juga ya?
*pening dengan situasi ini.

pergi kuliah. balik kuliah. pergi lagi kuliah. balik kuliah. duduk dalam bilik. keluar bilik. haish. hidup bagaikan diatur.

teringat kata-kata presiden yang baru dilantik semalam. siddiq namanya.
*aku rasa ayat ni dah dua kali aku dengar bila masuk unimas.

"manusia tanpa iman akan sesat.
manusia tanpa peraturan akan menjadi lebih teruk daripada binatang."

peraturan adalah suatu kuasa luar biasa yang mampu mengubah manusia.

yang benar,
amii afandi.

6 ulasan:

Zalikha berkata...

Kau bagaikan kehilangan jiwa

amii afandi berkata...

=.=''

aku perlu mengutip kembali jiwa itu. haha

L.I berkata...

aku mampu bisa ketawa dengan kesusahan yang sama kita hadapi....*ketawa x ikhlas

Arpiiz berkata...

wah, hebat lah sebab malam tidur awal..huhu

amii afandi berkata...

narufiq : aku hanya bisa ketawa jika ada kejujuran di situ. hahaha

amii afandi berkata...

arpiiz : ............hebat.. T.T