TUKANG BACA

Jumaat, 10 Jun 2011

INDIGO YANG MEMERITKAN

assalamualaikum.

jumaat yang indah. hujan tidak. panas sangat pun tidak. itupun kalau kau semua berada di bumi kenyalang. err. tapi kalau kat semenanjung tu. aku tak tahulah.

oh. bukan perubahan cuaca yang aku ingin ungkitkan. yang aku ingin coretkan di sini adalah mengenai perubahan ke arah kedewasaan.

untuk pengetahuan kau. aku sekarang berada di UNIMAS mengambil jurusan asasi sains fizikal.

oh. ini bukan cheritera mengenai majlis aluan pelajar atau apa-apa sajalah mengenai unimasku yang gemilang.
sekali lagi aku tekankan. ini mengenai perubahan ke arah kedewasaan.

serius. aku mempunyai rasa takut untuk menjadi seorang dewasa. ya. dewasa. dan aku yakin yang aku belum cukup bersedia.

aku takut untuk menghadapi kesunyian. kesunyian yang kukira amat memedihkan. kesunyian yang kurasakan kosong. gelap. hanya terasa indigo dan tiada terselit rasa jingga.

namun. sekarang. itulah yang harus aku pelajari. belajar memahami erti kesunyian yang sebenar.

bila berjalan. rasa sendiri.
bila duduk. rasa statik.
bila tidur. rasa mati.

jelas. aku takut untuk keluar dari zon keselesaanku selama ini.

hakikatnya. selama ini aku selalu bergantung kepada mereka yang tersayang. dan menyebabkan sekarang jiwaku tidak tentu arah dan melayang-layang.

"okey amii. ingat niat kau. niat kau ke sini kerana untuk menebus kembali kesilapan lampau."

yang benar.
amii afandi.

2 ulasan:

L.I berkata...

yosh....

marilah kita berusaha sama2....
marilah kita mencipta 'kelahiran dalam kematian itu'....

amii afandi berkata...

hehh.

kelahiran dalam kematian akan dicipta! yosh. mari berusaha!