TUKANG BACA

Sabtu, 16 Julai 2011

KAKAK NI CANTIK TAK?

selepas habis lab semalam. aku mendapat mesej dari seseorang. cukuplah kau semua mengenalinya sebagai kak N. membaca mesej yang masuk itu membuatkan rasa ingin tahu kian meningkat. terus aku menekan punat hijau. dan menelefonnya.

"kak, nak tahu. masa kak N pergi perjumpaan PKR..."

belum apa-apa aku mencelah. "kenapa pergi perjumpaan PKR? pelik-pelik je."

"hish!. beberapa kali kak N nak bagitau kau. kak N nak tahu betul ke tak anuar ibrahim buat semua tu. kak N kan dah pening siapa betul siapa salah. haishh."

oh. baru aku ingat. Kak N sekarang dah macam nak jadi wartawan bertauliah. menyiasat siapa betul siapa salah. gara-gara perhimpunan bersih yang berlaku tu la. dan juga para media yang tak tulus melaporkan. sampaikan aku pun dah terjebak sama mendengarkan konklusi yang dibuat. hah. tak apa. aku suka cerita pasal politik. walaupun politik malaysia ni busuk. err.

err. apalah kak N ni. apa yang dapat kalau tanya PKR pun.

kalau kita pergi tanya kerajaan. komfemlah mereka buruk-burukkan pembangkang. kalau kita tanya pembangkang. komfemlah mereka juga akan buruk-burukkan kerajaan. kalau macam ni sampai bila ada yang nak mengaku kesalahan?

rakyat tersepit di tengah-tengah hanya keliru menyaksikan permainan politik yang tidak kesudahan.

sambung balik cerita di atas.

"ehem. kak N jumpa dengan si ali bin abu (bukan nama sebenar) tu. alah. yang dulu pernah bercinta dengan kak N masa form 1."

aduh. siapa pula ali bin abu? macam pernah dengar je nama. setelah berfikir dan bertanya dua tiga kali baru aku macam ingat. ehh. cuma macam je tau.

bla..bla..bla.. kak N pun ceritalah pasal si ali bin abu yang nak mengorat dia balik.

punyalah kak N ni tak nak dengan si ali bin abu ni. bukan sebab dia tak hensem ke apa. tapi sebab dia bercinta dengan ali tu pun masa form 1. sekarang dah 9 tahun mereka tak berjumpa. ali bin abu ni pergi pula  buka cerita kenangan dulu dulu semasa mereka bersama.

"N..N ingat tak dulu kan saya pernah lari-lari kat padang dan jerit yang i love you kat awak?"

lol. pelik-pelik je. hahaha.

paling menimbulkan kegeraman dalam hati kak N itu adalah apabila mereka ke warung. dan ali bin abu itu pun bermain dengan seorang budak lelaki penjaga warung. yang agak rapat dengannya.

ali bin abu bertanya kepada budak itu. "kakak ni cantik tak?" 
dengan harapan untuk memuji kak N.

si budak. "tak."

ali bertanya lagi. "kakak ni cantik la kan? cuba tengok betul-betul."

si budak. "tak, abang lagi cantik."

kak N pun terpaksa control ayu. padahal dalam hati dah geram. malah kegeramannya pun ditempiaskan padaku. haha. sepanjang jalan ke bilik aku tertawa. 

konklusinya. janganlah tanya budak kecil sama ada orang tu cantik ke tak. konfem jawapannya tak. budak kecil kan jujur. 

aku pernah tanya adik aku. "qhoyi, kakak ni comel kan, kan?" 
*kahkah. masa ni saja datang gedik-gedik.

"tak. kakak buruk."

=.=''

yang benar.
amii afandi.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

lol.

1) budak tu mmg boleh begabung nagn qori buat satu gang

2) hahahahahahahhahahaha harus ke tanya soalan gitu kat si qoriii??

amii afandi berkata...

1)kalau dorang jadi geng nanya kita. haha.

2) err. masa tu tengah bosan2 la. tak sangka jawapannya tidak memberansangkan. =.=''

L.I berkata...

hahahaha.....aku cakap kat adek pompuan aku...'hensem x along??'

dia jawab....'along hensem giler!! macam korea'...hohoho alhamdulillah...terima kasih tuhan

amii afandi berkata...

tipu tipu tipu tipu tipu tipu tipuuu.

ni mesti kes kau gertak adik kau. =.=''

Zalikha berkata...

yosh.akhirnya ada masa utk komen2.sbb hari ni stress jadi kite decide nak online.tee hee

haha...lagi sekali,blog ko ada dua citer dalam satu entri.kanak2 mmg takkan ngaku kakak/abang dia hensem ke cantik.(melainkan kalau ko sogok dia ngan makanan rapu.hehe)

amii...jom datang KMB.rindu ko.rindu eika.rindu IOI Mall.rindu Daiso,rindu puchong,rindu intesaber,rindu telefon ajaib,rindu nishi,rindu juvana.rindu internet connection yg laju.rindu rumah.kite rasa mcm kehilangan jiwa (ayat sabihah.hahaha)

p/s:percaya tak,kite tak rindu sgt facebook.haha.(cis,dah terikut ko.dlm satu komen ada banyak benda)

amii afandi berkata...

zalikhaaaaa~ rindu kau. akhirnya kau muncul lg dalam blog aku. fuh fuh fuh. rindu nak dengar ulasan kau pasal blog aku yang kadang2 aneh. hahaha.

hahahahaha. betul betul. budak kecik ni kalau sogok baru nak mengaku. lalala~