TUKANG BACA

Selasa, 11 Oktober 2011

NYALAKAN LILIN. MUSNAHKAN KEGELAPAN

"alahai, jiwangnya."

"kau ni jiwang sangatlah."

ehem.
aku selalu mendapat komentar yang sebegini dari mereka yang mengenaliku. dan juga mereka yang baru berura-ura untuk mengetahui siapakah diriku. kadangkala aku agak tidak pasti mengapa dilabel sedemikian rupa. walhal aku cuma berjiwang-jiwangan diatas taipan putih yang dipenuhi dengan huruf-huruf abstrak. meminta untuk menjadi suatu kata bermakna.

oleh sebab itu, aku seringkali menjadi bahan usikan oleh mereka yang berada disekeliling. berkumpul ramai-ramai dan mulalah bercakap tentang kejiwangan seorang aku. aku yang hanya sopan *ehem* tidak mampu menahan mereka dan hanya tersipu-sipu malu. alahai~

aku tiada ramai rakan.
jauh lagi kekasih hati untuk bermesra-mesraan seperti kau.

aku juga tidak pandai berkata-kata.
tidak pandai juga mengutarakan rasa kepada mereka yang aku cinta.

jadi. hanya medan penulisan sahajalah tempatku untuk bermanja. berkasih sayang. dan sekaligus mengungkapkan buah pemikiran dan rasa yang terdapat dalam diri seorang aku.

alasan yang paling konkrit dan vital adalah untuk mencari setiap persoalan yang seringkali berlegar-legar di ruangan minda mengenai siapakah aku sebenarnya. sesungguhnya aku juga agak tidak mengerti dengan diri sendiri.

oh. suatu yang aku agak pasti. minda aku seringkali tewas apabila berlawan dengan hati dan perasaan. sebab. hampir semua keputusan yang aku lakukan lebih mengikut hati berbanding akal yang waras. dan semua keputusan yang diambil itu tidak sekali-kali aku menyesal. walaupun sebencana mana impaknya padaku.

aku memang keras kepala.
hidup aku. akulah yang tukang contengkannya. bukan orang lain. cuma aku pun tak pasti apakah hasil contenganku pada masa akan datang. penuh dengan rasa jingga ataupun dicalit dengan rasa indigo yang kurang enak?


lebih baik berusaha nyalakan lilin daripada menyumpah kepada kegelapan. apapun yang terjadi, berusahalah memujuk hati kerana semua ini ada hikmahnya.

ada suatu kisah. masa zaman sekolah dahulu. aku semacam tidak boleh hidup tanpa kamera.

sampaikan aku pernah berkata. "kamera adalah suatu memori. segala suka duka terukir disini."

balas kawan aku yang agak sakarstik. "tak sangka memori kau hanya ada dalam kamera."

diam. tak terjawab. -.-''

p/s : aku orangnya sentimental. daun sehelai yang terpetik dari setangkai bunga ros putih untuk puan lucy telah aku keringkan dan ada sampai sekarang. siap dengan tarikhnya sekali.


yang benar.
amii afandi. 

6 ulasan:

L.I berkata...

wah wah....sentimental sih ayat hang...serius rasa terharu baca..walaupun aku rse x ada benda yang mengharukan aku...heh~ mungkin itulah magis ' rasa jingga ataupun dicalit dengan rasa indigo yang kurang enak ' hohoho

amii afandi berkata...

err. aku pun tak tahu mengapa kau rasa terharu. ==''

rasa jingga dan indigo kalau digabungkan mesti lebih neutral dan bahagia. hohohoh.

jalani hidup anda secara spontan. pasti lebih penuh dengan rasa warna warni mashemellow.

L.I berkata...

hehehe....wah aku follower yg ke 18...ehem2 aku pengikut terawal~ lalala...marshmallow~ dah lama x makan...hoho

amii afandi berkata...

-.-''
memanglah hang follpwer terawal. blog aku ni bukanlah ramai follower macam hang. lalaalalala~

L.I berkata...

nama anda telah di tagged , sila datang ke blog aku untuk mengetahui butiran tersebut..harap jangan marah =_="

amii afandi berkata...

errr. tag tag la pulak dah.

oke. tak marah. --''