TUKANG BACA

Khamis, 28 Jun 2012

SIMPAN DUIT SIKIT TU NGAH....

assalamualaikum.

apabila aku sedang syok berjalan-jalan di blog kau dan juga kau yang lain, aku terbacalah suatu entri baru---->klik sini dari blog kepunyaan si introvert ini. oh, sebenarnya aku baru ingat apa yang mahu aku tulis selama aku cuti ini. terima kasihlah ya kerana berjaya membantutkan niatku untuk menulis tentang spain. seperti biasa, spain tidak pernah mengecewakan. cuma aku yang sedikit kecewa kerana torres tidak dimasukkan.

oh okay, kita kembali kepada cerita yang sebenarnya aku ingin ceritakan.

mama selalu pesan pada aku, "simpan duit sikit tu ngah, jangan asyik beli buku cerita je."

mama kadang-kadang panggil aku kakak. kadang-kadang angah. kadang-kadang kalau aku lambat menyahut atau dengan jujurnya malas, dia akan memanggil aku amii. oh inilah yang akan membuatkan aku cepat menyahut sambil mendecit. aneh apabila seorang emak memanggil anaknya dengan nama panggilan rakan-rakan anaknya.

apabila mama asyik memesan kata-kata itu berulang-kali, tak kiralah tatkala aku masih bersekolah ataupun sudah masuk universiti, aku pasti akan mengeluh dan mempersoalkan, "orang beli buku cerita pun salah."

"bukan apa. membazir. baca sekali lepas tu simpan. buat apa? pinjam sajalah dekat pusat sumber sekolah. melambak buku."

mama seorang guru pusat sumber. boleh kata waktu bekerjanya turut dihabiskan dengan berada di pusat sumber selain daripada mengajar matematik atau sivik mungkin. err, mungkin? oleh sebab itu, tidak silap akulah kan, semasa aku darjah empat atau lima, aku sudah banyak meminjam buku di pusat sumber sekolah mama yang juga merupakan pusat sumber sekolah menengah aku.

jika nak diikutkan, masa aku kecil pun aku sudah mula  membaca. ianya sangat seronok apabila kita mula berimaginasi seorang diri ditemani oleh sebuah buku. seolah-olah watak dalam buku itu hidup. kadangkala adalah juga kita berangan untuk menjadi hero atau heroin dalam buku tersebut.

oh, ada kawan aku yang namanya missF bilang, "membaca ni memenatkan. lagi-lagi kena hayati watak tersebut. kalau tak hayati, tidak faham jalan cerita. nak hayati bukan senang, kena meletakkan diri kita sebagai watak utama. penat awak." 

penat eh? entah. kalau aku, aku tak rasa penat pun. oh, mungkin jugalah kot. jika tidak penat, mengapa ada orang baca buku cerita dahulu sebelum tidur? ini bagi memenatkan mata mereka untuk merasa mengantuk dengan cepat. hehe.

oleh sebab aku membaca pada waktu aku kecil, aku amat menyanjungi saidina umar al-khattab r.a.
mengapa saidina umar al-khattab r.a?

sebabnya, masa kecil dahulu aku amat dipengaruhi dengan perwatakkan garang dan berani. bagi aku, orang yang garang adalah hebat. ya, macam abah.

dahulunya abah memang garang. abah selalu memarahi aku sebab asyik bergaduh dengan adli. tidak adli, dedeq. tapi jaranglah abah marah sebab aku bergaduh dengan dedeq. tapi kalau adli, lain. adli anak kesayangan abah. masa kecil dahulu dia garang macam singa. jadi, bila nak bergaduh dengan dia kena bersiap sedia dahulu. kalau dapat kalahkan dia, memang puas hati gila la. hehe. sebab itulah aku rasa abah hebat sebab abah garang. dan apabila baca mengenai kisah saidina umar, aku dapat bayangkan seorang pahlawan yang hebat. macam abah.

baiklah, kita tinggalkan cerita itu, kita sambung kembali dengan nasihat mama.

mungkin mama menasihati aku seperti itu sebab aku ini orangnya boros. jika tidak duit aku dihabiskan dengan membeli makanan, pasti dihabiskan dengan membeli novel. semasa aku pulang bercuti di semester satu, boleh dikatakan sebuah beg balik kampung dipenuhkan dengan segala buku-buku yang telah aku beli. ada komik, ada majalah dan jangan dibilang berapa banyak novel yang aku beli. semasa semester dua pula, nasib baik ada baucer buku, nak kata membazir tu tak la kan?

aku rasa mereka yang suka membaca sahaja yang mengerti kepuasan memboroskan wang dan juga masa dalam membeli atau duduk dengan begitu lama di dalam kedai buku.

sekarang, aku mahu membeli buku cerita pun payah jika keluar dengan mama. asal mahu beli sahaja, mama pasti mengatakan, "mahal buku cerita tu, baik kau makan. lagi sedap."

ataupun, "simpan-simpanlah duit tu untuk kau masuk degree nanti. karang macam-macam nak kena beli."

terpaksalah aku menggunakan inisiatif yang lain iaitu dengan menyuruh abqari meminjam buku di pusat sumber  sekolahnya. malangnya, peminjaman hanya dibuat pada hari isnin, selasa dan rabu. pada hari khamis dan jumaat pula hanya sesi pemulangan buku sahaja.

nasib baiklah abqari itu orangnya suka membaca.

oh, lupa pula. aku ada beli satu novel best. aku beli semasa keluar dengan quratul. tajuknya 'jerat'. sebenarnya, aku lebih suka novel yang berkisarkan masyarakat, tapi novel thriller macam ini pun layan. makin lama makin seronok. 

sesekali baca buku-buku dari penulis bebas pun best juga kan.

buku yang aku rasa menarik untuk dibaca dan mengejutkan adalah buku ini :

sebab aku memilih untuk membeli buku ini adalah 
pertama : tajuknya. (err, aku suka warna kelabu)
kedua : covernya.
ketiga : sinopsis di belakang bukunya.

aku merasakan yang nadia khan ini adalah seorang penulis yang mampu menulis dengan begitu baik. pandai mengolah sehingga berjaya mencantikkan jalan cerita ini dengan penuh suspen dan teruja. pengakhirannya pula memang perggh kecewalah aku sebab dibiarkan tergantung tanpa pengakhiran. tapi, jangan risau. kau baca dulu, kemudian baru kau fikir okay?

ada lagi satu buku yang aku beli. dari penerbitan yang sama juga, tajuknya 'kougar'. buku ini aku beli selepas aku habis membaca kelabu.


sebenarnya ini kali pertama aku mendengar perkataan 'kougar'. apa itu kougar? la, bila baca baru tahu. jalan ceritanya memang aku tak boleh duga langsung. kadangkala menakutkan jugalah kan bagi mereka (iaitu orang-orang naif macam aku) yang tak biasa dengan kisah-kisah sebegini. persoalan yang selalu bermain dalam kepala aku tatkala membacanya adalah, "apa ni?"

haha. lagi seronok apabila jane mula membacanya. muka berkerut-kerut. tapi habis juga membacanya. selepas itu, topik hangat semasa makan tengahari mahupun petang adalah "kau dah baca sampai mana? sengal kan part yang ni? blablablablabla......."
  
jadi, sesiapa yang ingin membaca buku yang lain daripada kebiasaannya, silalah beli buku-buku penerbitan fixi.

p/s : aku bukan peminat novel cinta. jadi jangan cari aku untuk bercerita mengenai kisah cinta lagi-lagi novel alaf 21.

14 ulasan:

Phillomena Jane berkata...

kelabu memang best. tapi kalau kougar, aku pun tak tau nak kata apa. boleh lah terima. tapi novel cinta macam 7 hari mencintaiku tu agak boleh diterimalah juga,dan berjaya membuat aku ingin membacanya. bukan nak baca sebab babak2 cinta yang tak masuk akal tapi sebab aku nak tahu kenapa novel tu dinamakan sedemikian..baca sebab tu sahaja..pelik kan? haha..

sebenarnya ada satu yang menarik yang aku nampak pada cover jerat tu. apa benda yang berlingkar tu? spagetti ke?haha

L.I berkata...

hahaha novel alaf 21 !

bila masuk area alaf 21 , aku berjalan dengan pantas sambil usya2 laju . kalau cover dia x girly sangat , aku tengok belakang cover dia . usya harga . kalo mahal aku x beli kuakuakua .

siap sama en . keluarga aku suruh simpan duit , daripada membazir beli buku , baik beli makanan . kenyang .

tapi , apa nak buat buku2 nilah yang buat aku dapat isi masa lapang daripada duk melepak luar .

sepatutnya , mak ayah perlu bangga kerna dapat anak macam ni ^_^ hahaha

amii afandi berkata...

tau tak pe. tulah aku sarankan orang baca kelabu. heheh. yang kougar tu err, aku tak tau nak komen apa. haha.

satu perkara yang menyebabkan aku tak nak baca 7 hari mencintaimu tu sebab adik aku pernah sarankan aku beli dan baca. aku pun pandang dengan hairan, "kau nak suruh aku baca buku tu? sejak bila kau minat baca novel ni?" hahaha. tak pasal2.

tak pe la, nanti aku pinjam kat kau dan baca ya. ehem, nampak macam spagetti ke?kekeke

amii afandi berkata...

aku sebenarnya jarang gila usya buku alaf 21. tgk2 dari jauh je. haha. dah la tajuknya lebih kurang sama je aku rasa. haahaha. selalunya pergi kedai buku tempat pertama yang aku serang adalah well, pts.

tau tak pe. karang aku dok kuar-kuar rumah kang bising. ni nak beli novel pun tak bagi. citttt.

Zalikha berkata...

testing testing

Zalikha berkata...

ok. kali ni harap blogger tak crash lagi. ni apa yg kite tulis tadi (mana2 yg kite ingat la):

Yes! ada gang! ko pon suka spain? kite suka team yang menang je. oleh sbb spain banyak menang, jadi kite pon suka spain. hehe

anyway, kite pon suka torres jugak . (yay gang lagi). kite pon tak tau nape suka dia. suka sejak dia dah main kat liverpool lagi. bila masuk chelsea lagi suka haha. kalau nak kata kite suka sbb dia power main, kite patutnya lagi suka CR atau messi atau sape2 lagi yg lebih power dari torres. mungkin ini la namanya cinta pandang pertama. tee hee

disebabkan cinta pandang pertama inila kite dah habiskan masa google2 pasal spain, zidane, torres, baca spain's match review (ada jugak baca pasal german n Italy) n tengok diorang punya formation n line up. haahaha nerd.

p/s: kite even google benda2 mcm "what is false no 9" / "definition of playmaker". haha double nerd =_="
(suka zidane jugak. paling suka bila dia head-butt org instead of head-butting bola)

Zalikha berkata...

buku penerbitan fixi...radikal kan buku2 tu. paling signifikan, tajuknya satu perkataan je. oh, kalau kite datang puchong kite nak pinjam boleh ke?

amii afandi berkata...

haha, aku ni peminat torres. kekeke. yup, sebab cinta pandang pertama. aku sokong selamanya spain bukan sebab menang tapi sebaba torres. kekeke. tapi kalau torres tak de pun aku akan sokong spain jugak sebab orangnya sume power-power walaupun spain main agak bosan sebab suka passing2.

yup. tajuknya satu perkataan, kau penah baca? pinjamlah. ehhehe

bella bella bella berkata...

mira,,,,saya peminat tegar novel cinta alaf 21.hihihihi....

amii afandi berkata...

haha saya tahu, awak peminat novel cinta :D

kay_are berkata...

bagi aku beli buku tak kesah r komik ke, novel ke, majalah ke.. takde pun membazir.. sebab at least leh pupuk minat membaca tu kan? em.. tak pernah lak aku jumpe novel2 yang kat atas tu..

Teenager Housemaid berkata...

nenek dan aunty saya selalu cakap membazir jugak kalau beli buku..
tapi, saya buat tak tau je...

sebab mmg suka membaca...tak membazir pun, sebab bagi saya kita dapat knowledge..:)

dah beli buku kelabu tu, tapi belum baca lagi..:)

amii afandi berkata...

kan?? hahah.

cubalah cari buku-buku tu. best :D (tiba-tiba terasa macam tukang promot lak -.-'')

amii afandi berkata...

teenager housemaid :
yeah. setuju :D

*tepuk tepuk* bacalah buku kelabu tu. haha.