TUKANG BACA

Isnin, 23 Julai 2012

ADA PAHIT ADA MANIS

seorang mak cik yang tersenyum indah menyapa, "eh mira!"

aku terkejut. lantas berpaling menatap mak cik itu. mukanya macam pernah kulihat. tapi dimana ya? sedang ligat berfikir, aku hulurkan tangan dan bersalam dengan makcik itu. kemudian, membuntuti mama dengan atuk bersalam dengan umat muslimah yang lain.

oh, baru aku ingat. mak cik itulah yang excited apabila berjumpa dengan aku setahun yang lalu. tak sangka famous juga ya aku ni. hoho. tapi, sampai sekarang aku tidak faham mengapa mak cik itu kelihatan ceria bila bertemu dengan aku. err, aku rasa dia kelihatan ceria dengan eksperesi terujanya ketika menyapa aku. 

aku rasa, aku berjumpanya pun jarang-jarang. baru-baru ini je kot. start dari aku tingkatan empat atau lima eh atau tahun lepas? entah. tak ingat bila. kalau makcik-makcik yang lain kebanyakannya aku kenal. mungkin sebab dari kecil aku sudah biasa menemani atuk ke surau dan kali ini berpindah ke masjid yang baru dibuat. kebanyakannya orang yang sama aku lihat semenjak aku seorang kanak-kanak riang.

dahulunya aku sama seperti kanak-kanak yang bermain-main di tepian surau. kadang-kadang bergaduh dengan budak yang sorokkan selipar aku. kadang-kadang juga aku mengelat ketika solat terawih. solat empat rakaat dan kemudian cabut lari. dahulu rasa bagaikan lapan rakaat itu terlalu lama. kadang-kadang aku bermain kejar-kejar di belakang surau. biasalah, budak-budak.

apabila aku sudah meningkat remaja, mama selalu berpesan, “jaga kelakuan kau. apa kau ingat orang tak kenal kau?”


aku mula berdecit. mana tidaknya, masa sekolah-sekolah dahulu aku suka lari dari rumah. bukan maksud aku lari dari rumah tak balik-balik sampai keluar paper. aku ini boleh kata yang tiba-tiba sahaja ghaib. memang tak lekatlah dekat rumah lepas balik sekolah. selalu juga terkantoi dengan mama. kalau terkantoi je, mesti mama akan cakap, “mama tahu rahsia kau.”  

okey. tinggalkan cerita zaman dahulu. kita sambung kembali pasal makcik itu.

sejujurnya, aku berasa sedikit serba salah apabila makcik itu menegurku. sebab. makcik itu tahu tentang sejarah hidup aku. err, kau bayangkan. orang yang tak pernah kau jumpa, pertama kali berjumpa terus menegur kau seperti ini, “eh eh, mira ya. dulu pernah sekolah dekat dotdotdot kan?”

tergamam aku dibuatnya. mana makcik itu tahu yang aku pernah bersekolah di situ? padahal sebulan sahaja kot. aku tanya mama, mama buat bodoh. terus dia keluarkan ayat yang membuatkan aku malas nak bertanya banyak kali. “apa kau ingat orang tak kenal kau?”


bercerita pasal sekolah itu, bukan aku terus hendak mencampakkan memori aku terus ke dalam tong sampah. cuma err, aku sebenarnya agak tidak ingat pasal sekolah itu. yang aku ingat, aku buat hal pun sebab pada waktu itu aku menjadi sang pemberontak. aku marah pada mama dengan abah sebab masukkan aku ke sekolah itu. dan, sebab utamanya, aku sebenarnya tidak tahu untuk bergaul. aku takut untuk berkawan. aku tidak tahu apa yang patut aku buat.

semasa di unimas, ada seorang bekas rakan sekelas perangkap pelajar sekolah itu. tak silap aku, dulu aku ditempatkan dalam kelas satu damai. namanya farahin. mula-mula dia tanya aku, “dulu sekolah dekat mana ya?”

terus aku menjawab nama sekolah aku. lepas itu, dia tanya kembali, “pernah sekolah di sekolah dotdotdot?”

aku terkebil-kebil. kemudiannya mengangguk. terus cerita pasal satu damai. pasal dorm aisyah (sebenarnya bila dia cakap pasal dorm aisyah baru aku ingat yang aku pernah menghuni di situ. -.-‘’).pasal budak-budak yang sebatch. wah, tak sangka ingatannya kuat sampai aku yang tidak patut diingati pun dia ingat. haha.

apabila orang mula bercerita dengan aku pasal ini, suatu nama yang terus terlintas ialah kak solehah. insan yang agak aku rapat ketika di dalam dorm berbanding budak-budak sedorm dengan aku yang lain. kak solehah comel orangnya. kecil. aku selalu tersilap memanggilnya. aku memanggilnya, “kak solehin”. apakah? nama orang pun boleh confuse.  sampaikan dia kata, “kak solehin pun kak solehinlah. nama adik akak solehin, jadi akak adalah kakak kepada solehin.”

jika tidak kak solehah, mesti aku teringat pada kak ainul. kakak tingkatan dua yang paling garang. tapi sebenarnya baik hati. pernah sekali dia menyuruh aku dengan zainab ke biliknya. aku ingat apa, rupa-rupanya dia bagi nasihat itu ini. yalah, dah dia nampak yang aku ini cengeng sangat. mana tidaknya.

aku ingat juga pada hafizah, seorang yang peramah dan boleh kata orang yang pertama menegurku dalam kelas. teringat juga pada kedua-dua izyan. izyan izzati dan izyan liyana. pada husnina juga yang duduk disebelah. tapi jarang aku mahu untuk melayannya. juga ucapan daripada maryam yang cantik sebelum berpisah, “senyumlah, kerana senyumanmu itu semanis madu.”

kadang-kadang, kita menolak untuk mengingati segala yang pahit. tapi kita lupa. yang pahit itulah yang mengajar kita untuk menjadi lebih matang. kan pernah dibilang, jika mahu melihat bagaimana diri kita, tanyalah musuh kita. sama juga ertinya dengan perkara yang pahit itu. jika tiada pahit, bagaimana mahu mengecap yang manis?

ada pahit ada manis.
ada suka ada benci.
ada sihat ada sakit.
ada bawah ada atas.
Itulah kehidupan.

sumber : google
hidup ini ibarat kopi. dalam kepahitan ada kemanisan.
err, tetapi aku tidak suka kopi. aku lebih suka rasa teh yang manis sentiasa.

p/s : selamat menyambut ramadhan al-mubarak :D

2 ulasan:

L.I berkata...

oh yang dotdotdot tu sekolah aku kot~ apalah ko ni

tidak ko boleh bersua dengan aku kah3

husnina aku kenal . sebab dulu dia sama kelas dengan aku . yang lain tu mcm pernah dengar . rugi ko tak sekolah situ . sekolah situ kan best . best giler . kah3

amii afandi berkata...

haha, aku tau la tu sekolah kau. hehehe. bagus tak dapat bersua. nanti kalau kau kenal aku susah. hahaha

husnina? wooo~walaupun husnina duduk dekat sebelah aku je, aku jarang cakap dengan dia.