TUKANG BACA

Selasa, 28 Ogos 2012

TUKANG KOPAK PINTU ORANG

assalamualaikum.

raya seminggu sudah berlalu. jika hendak berkongsi cerita pasal raya, yeah, biasalah. hari pertama raya, penuh dengan makanan. begitu juga hari kedua. dan ketiga. dan keempat. juga seminggu berhari raya. selepas itu, hidup mula kembali normal seperti sediakala.

oh, orang kata makin besar makin sedikit duit raya. hoho. tapi, aku pun tidak tahu mengapa duit raya aku kian bertambah mengikut pertambahan umur. HAHA *gelak bangga*. oleh sebab anaqi dan abqari asyik sibuk mengira duit raya di dalam kereta, aku pun apa lagi. tumpang sekaki. kalau nak sakat diaorang tu memang bagus waktu-waktu begini. sah-sahlah aku lagi banyak. haha.

kata anaqi, "memanglah kau lagi banyak duit raya. kau dah besar." 

entah bila perangai budak-budak aku mahu hilang. =.=''

raya tahun ini banyak perkara yang berlaku. perkahwinan kaklong emi dibatalkan. juga. balik dari kampung, tengok rumah sudah dimasuki orang. kucar-kacir dibuatnya. kali ini ialah kali yang ketiga rumah dimasuki orang. dan ianya sangat menggerunkan. hari-hari berikutnya, aku nak tidur mesti tidak tenang.

pada mulanya, pencuri mula menyukai rumah aku pada tahun lepas. semasa itu aku tidaklah marah walaupun dompet aku dikebas. malah, aku merasakan yang pencuri itu berperikemanusian kerana memulangkan balik kad pengenalan, dan segala kad-kad penting dalam dompet aku itu.

tapi. untuk kali yang ketiga ini, satu bilik pun tidak tertinggal untuk diselongkar kecuali bilik air. habis laptop dan hard disk aku pencuri itu sapu. barangan mama dan abah jangan dikata. walaupun tidak banyak err, tetapi adalah juga. hal ini berjaya membuatkan aku termenung panjang selama dua hari. memikirkan bagaimana mahu membeli laptop baru sebelum sambung degree. akhirnya, terbanglah dua ribu duit tabung haji aku. iaitu duit raya dari aku darjah satu atau dua sampailah besar.

nasib baik pencuri kali ini turut mempunyai sifat berperikemanusian apabila dia memastikan dahulu apa yang ada dalam beg laptop aku itu. selamat dia keluarkan surat beranak dan segala dokumen untuk kemasukan degree nanti. tak ke nanya kalau kena isi borang balik dari a to z?

adli merungut apabila nampak rumah habis bersepah. "nak ambil barang pun, janganlah sepah-sepahkan. kemaslah balik."

akhir kata. wahai pencuri, penyamun, perompak di luar sana. berhentilah buat kerja-kerja yang tidak berfaedah ni hah. beringat-ingatlah diri tu sikit. banyak lagi kerja yang berfaedah yang boleh dibuat. jadi tukang kebun ke, tukang masak ke, tukang apa-apa ke, lagi bagus daripada menjadi tukang kopak pintu orang. haiya.


sebenarnya, dugaan yang telah aku hadapi ini, ianya amat kecil jika hendak dibandingkan dengan orang lain. aku hilang harta benda. rizq faiq, seorang sahabat sekuliah aku yang tidak pernah aku berbual cuma bertegur sapa sahaja di dalam lab, pula kehilangan ibu tersayang pada hari raya kerana kemalangan. faiz sahlan, seorang sahabat asasi unimas fizikal 2 pula sedang bertaruh nyawa. dimasukkan ke ICU kerana kemalangan.

jika aku di tempat rizq, jika aku di tempat faiz, aku tidak tahu apa yang bakal aku rasakan. aku cuma kehilangan laptop yang berharga dua ribu jika hendak dibandingkan dengan kehilangan ibu yang tiada gantinya. juga bertaruh nyawa untuk hidup. mereka lebih perit dugaannya.

tidak mengapa, kerana sayang, Allah menguji hamba-hamba-Nya.

2 ulasan:

Zalikha berkata...

suka perenggan terakhir. n kata2 adli tu epic. hahaha. "kemaslah balik"?

amii afandi berkata...

adli memang. merungut sambil kemas barang =.=''