TUKANG BACA

Rabu, 12 September 2012

ADA YANG PERGI, ADA YANG TINGGAL

salam.

dari kiri : eika, aku, fadhilah. rindu diaorang.

seminggu ada tujuh hari. jika diikutkan, aku sudah berada di unimas sebagai pelajar ijazah pertama sebanyak err, sebelas hari mungkin (?). okay. pada mulanya, tidak adalah cuak sangat. haha. mengadalah kalau cuak. macam baru first time sahaja masuk unimas. hari pendaftaran adalah pada hari sabtu. namun, aku sudah datang dengan mama dan abah pada hari khamis. biasalah, tiket murah waktu itu. boleh juga berjalan-jalan di samping mengimbau kenangan lama. menjejak juga jiran-jiran lama dan nenek yang menjaga dedeq dahulu. aku yang duduk dalam kereta pun pening mendengar abah dan mama bercerita. orang itu. orang ini. tambah pula dengan bebelan abah yang asyik-asyik salah jalan. macam-macam.

hari sabtu semasa pendaftaran di kolej sakura, aku datang dengan tidak memakai kasut hitam. aku memakai kasut merah. sebabnya, kasut hitam aku ada dalam kotak di rumah makcik nabihah. habislah kena tegur dengan kakak L.O (aku lupa L.O itu apa nama panjangnya). fuh, nasib baik dapat lepas.

dapat kunci. B1.2.5 tentera pada kunci tersebut. panjangnya nombor. kolej sakura ini style apartment (rumah). memang excited pada mulanya. menurut kunci yang bertag merah, rumah aku berada di blok B aras satu. rumah nombor dua. bilik aku pula bernombor lima. masuk sahaja rumah, ramai orang. dengan pelajar. ibu bapa. adik-beradik. keluarga. semua ada. terus aku menuju ke bilik aku. buka sahaja pintu, tergamam seketika. bilik yang, errr tersangat kecil dan penghuninya cuma dua orang. tiba-tiba merindui bilik lama di seroja. luas. lapang. boleh lepak ramai-ramai. almari boleh tahan besar. haih.

kipas syiling dalam bilik pula tidak boleh dibuka sampai sekarang. sebabnya, katil kami kebanyakkannya double-decker. takut orang atas putus kepala. termasuklah aku yang sedang melepak di atas katil yang tinggi. haih. sebenarnya aku menaip dalam kepanasan. jadi, mungkin entri ini banyak mengeluh. haha. tetapi, waktu tengah malam kadang-kadang hujan. jadi apabila pagi, terasa sejuk. okay. sabar. sabar itu separuh dari iman. nanti kipas dinding dipasanglah ya.

oh ya, roommate aku namanya fatehah. dia dari sijil tinggi pelajaran malaysia. jadi, mulanya aku kekok sebab dia tua setahun dari aku. dan aku kerap memanggilnya kakak. akhirnya, dia cakap, "tak payah panggil aku kakak. setahun je kot tua." haha. sorry fatehah. 

pada mulanya, housemate aku ada dua belas orang. dan kemudian tinggal sebelas tatkala nasuhah sudah berpindah ke kolej kenanga kerana menyertai palapes. tinggallah tiga orang sarawak (khuzaimah, nina dan kak eyka), tiga orang amoi (aku tak ingat sampai sekarang nama mereka. yang aku ingat seorang tinggi, seorang rambut pendek, dan seorang pakai cermin mata), seorang sabahan (aziemah), dan empat orang semenanjung (aku, fatehah, syahira, kak q). mereka best, sporting, dan gila-gila. kami selalu berkumpul-kumpul di meja makan sambil berborak-borak. mula-mula memang janggal tetapi makin lama, makin gila pula dah. haha.

pasal minggu aluan pelajar, setiap hari boleh dikata penuh dengan taklimat. taklimat. dan taklimat. juga berulang-alik dari detar ke kolej, kolej ke detar. namun, tidak ketat macam asasi dahulu. makan pun perrgghh, sedap-sedap. ada hari dapat makan mcr (my chicken rice). ada hari dapat makan kfc (kentuky fried chicken). lawan cheers antara kolej pula memang gempak. mentang-mentang kolej kami sakura. semua perempuan. cheers nak comel-comel je. haha. kawaii~

itu cerita minggu lepas. minggu ini pula minggu yang gila. kena daftar course sendiri. kena atur jadual sendiri. dapat pula lecture orang putih yang cakap pelan. sudahlah pelan, bertambah-tambah dengan slang yang membuatkan telingaku harus terbuka luas-luas untuk mendengar apa yang disebutkan. haiya. kelas pertama sudah blur.

yang aku perasan semenjak dua menjak ni, apabila sudah degree, budak-budak asasi yang tak pernah bertegur jadi bertegur sapa. dari tidak pernah senyum sesama sendiri, terus automatik tersenyum manis. termasuklah aku. jadi, sesiapa yang ternampak aku itu, tegur-tegurlah ya. aku tak makan orang. haha.

haih. aku rindu mereka yang dahulunya aku selalu jumpa. mereka yang dahulunya aku selalu sembang. selalu bergurau. selalu bersama. sekarang nak bertemu pun susah. course lain-lain. fakulti lain-lain. bilik pun dah lain-lain. rumah pun ada yang block lain-lain. semuanya lain. tak sama semacam dahulu.

tapi tak apa. aku ingat kau. kau ingat aku. tapi kalau kau tak ingat aku pun tak apa. aku tetap ingat kau. sebab kau kawan aku :)

3 ulasan:

Nadilla Jamil berkata...

some have gone and some remain.. all these places have their memoriesss.... some are dead some are leaving. la la la la la

Nadilla Jamil berkata...

there is noooo oneee compares to youuu

amii afandi berkata...

hahahahaha, siap nyanyi :P