TUKANG BACA

Rabu, 10 Oktober 2012

ITU IMPIAN AKU

assalamualaikum.

fuh, lama tidak merasa kepuasaan menaip entri. haha. jadi, mungkin aku pun agak-agak lupa apa yang mahu aku coretkan. lagi pula aku sibuk melayan twitter dan merepek seorang diri. buat tutorial dua soalan, tweet. buat lagi satu, tweet lagi. buat separuh soalan, tweet. akhirnya dah tutup buku pun tweet lagi. penangan twitter betul. oh marilah follow twitter aku ---->@amiiafandi.

sekarang, aku sudah sakit-sakit badan. akibat daripada bermain kayak semalam. pemilihan untuk kelab kayak sakura. ingat mahu main saja-saja er, tapi terpilih pula untuk masuk ke kelab tersebut. matilah aku nanti, alamatnya terpaksalah roomateku, fatehah mendengar keluh kesahku. sakit ini sakit itu.

 masa sukan air. bawah jambatan cinta.

sebenarnya, aku ingin bercerita pasal impian. haih, entahlah. aku selalu berfikir. apa impian aku? apa yang aku ingin capai dalam hidup? tapi, aku tidak temui jawapan yang aku cari itu.

mama selalu kata, "jika ada impian, kita akan jadi lebih semangat. baru kita ada tujuan."

mama berkata demikian apabila aku selalu mengeluh yang hidup aku ini bosan. tiada apa yang nak dibuat. haha.

oleh sebab aku mencari apakah impian aku yang harus aku wujudkan itu, akhirnya aku pun telah menetapkan impian aku sepanjang degree ini. impian untuk aku lebih kuat usaha. lebih rajin. dan lebih segala-galanya. mungkin selama ini aku tiada impian besar yang aku ingin capai. dan membuatkan aku kurang usaha dengan apa yang aku lakukan.

impian aku itu aku lakar pada klon tapak tangan yang ditampal di dinding dengan dakwat merah. tidak perasan jika ditelek begitu sahaja. tidak mengapa, nanti aku tulis dan tampal besar-besar agar aku ingat impian yang ingin aku gapai.

mungkin orang baca dan orang gelak. aku tidak kisah. orang kata mustahil. aku hanya mampu tersenyum. biarlah, itu impian aku. tidak mustahil aku mampu mencapai impian besar aku sendiri.

orang kata susah. aku pun turut rasa susah. jadi, tolonglah doakan aku agar yang susah itu jadi senang. dan aku mampu habiskan dengan cemerlang dalam masa yang ditetapkan.

cheers sakura. comel baju diaorang. warna pink gitu.

9 ulasan:

Unknown berkata...

quota "impian aku sepanjang degree ini. impian untuk aku lebih kuat usaha. lebih rajin. dan lebih segala-galanya" saya suka!!hehehehe ak doakan kejayaan aku semua eik..dunia n akhirat...dh lma ak nk usha blog ko wei..akhirnya....miss n love all my friends...huhuhuhuhu

amii afandi berkata...

hahhaa, WANII! lama tak muncul, huhuhu. aku pun doakan kejayaan kau. semoga kau baik-baik sahaja duduk kenanga. :)

wooo. miss u too <3

L.I berkata...

impian aku sejak akhir-akhir ni ....aku tak nak kahwin ngan dentist . hak3

amii afandi berkata...

hahahaha senget.

dentist + dentist =??

aku dapat bayangkan .komfem tak seronok. asyik-asyik nak check gigi orang. haha.

Phillomena Jane berkata...

ini kali kedua aku baca entri kau yang ini. alang2 dha buka aku bacalah lagi. sebab kau dah bercakap mengenai impian, itu yang membuat aku berfikir tentang apa impian aku? huhu..susah kot hidup tak ada impian ni. macam tidak ada makna..lepas ni nak cari impianlah..^^

amii afandi berkata...

jane, siap baca dua kali ek? terharu akuuu. nanti aku bagi tau impian ya, yang kau sedang cari dia. hee.

Phillomena Jane berkata...

haha..boleh ke main bagitahu macam tu saja? kalau macam tu tolong cakap dekat impian aku tu supaya baik2 sikit. cerah masa depan aku..

Nadilla Jamil berkata...

jelous!!!!

amii afandi berkata...

apa yang jelesnya? =.=''