TUKANG BACA

Khamis, 14 Februari 2013

PERJALANAN SATU

sebenarnya, aku sedang bengang sebab dari siang tadi aku tidak dapat mendaftar kos untuk semester dua sampailah sekarang. haih, web yang dari tadi tidak dapat aku buka berjaya membuatkan darahku mendidih sampaikan terasa ingin mencarut-carut. apuu.

oh, dalam bengang-bengang sempat juga aku mendownload running man. tapi, selepas aktiviti mendownload itu, aku tidak tahu apa lagi yang patut aku lakukan. jadi, aku pun menggatalkan jari-jemariku ini untuk mengodek-godek folder. terjumpa pula folder gambar yang banyak. terlampau banyak.

oleh itu, tanpa membuang masa, aku pamerkan sahajalah gambar-gambar sepanjang perjalanan hidup aku pada bulan satu yang lepas. itu baru bulan satu, bulan dua punya fuhh lagi banyak. -.-''. silalah menjamu mata ya. 

minggu study week. membaca nota-nota yang banyak. 
aku tak tahu kenapa, tapi aku tersangat rajin membuat nota sendiri. 
maka terhasillah beberapa buah nota yang sama dari lecture note yang sama. 

bila aku tengok gambar ni, aku pun tak percaya yang betapa rajinnya aku. bhahaha.


destinasi pertama selepas habisnya exam. : serikin.
 penyebab utama : nak kena beli kain yang mama pesan. 
dari awal semester mama dah pesan pada aku suruh pergi serikin. 
makanya terpaksalah aku menempuh dua jam perjalanan itu.

ini nabihah. dahulu semasa asasi, dia merupakan roomate aku.
 sekarang dia mendiami selang sebuah apartment dari apartment aku.

ini pula phillomena jane. dia tukang bawa kereta ke serikin. kemudian bergilir-gilir dengan nabihah. 
aku? aku hanya tukang tidur di belakang. haha.

ehem. ini pula aku. aku sedang minum air kelapa. air kelapa memang sedap. 
dan selepas itu, aku rasa aku mampu tidur lena dalam kereta. 
entah kenapa tidur di dalam kereta sangat membahagiakan. 
eh okay, next.

kemudian, kami singgah di gua yang tidak diketahui nama. 
sebenarnya, kami mencari di manakah letaknya gua angin dan gua pari- pari. 
tetapi tersalah masuk gua buddha. haha.

akhirnya, jumpa juga gua angin.

inilah rupanya gua angin. hoho.

kena pakai torchlight. kalau tidak pakai, jatuh tergolek. 
sesuai untuk mereka yang memburu kelawar. 
kelawar sangat bising. berbunyi tak berhenti-henti. 
nasib baik kelawar tidak terbang ke sana ke mari. pergh seram.

perjalanan terakhir. tasik biru. airnya biru. cantik.

sampai ini sahajalah perjalananku semasa bulan satu. sekarang, tiba masanya aku mencuba kembali.untuk mendaftar kos. berusaha!

11 ulasan:

zubect berkata...

cantiknye, teringin nak pi gua, :(

amii afandi berkata...

ini pun first time pergi gua. haha

sugar2 kapas strawberry berkata...

cantiknya nota..kalau saya mmg takla nak buat notes cantik macam tu

Nadilla Jamil berkata...

gua pun teringin pegi gua. lol

L.I berkata...

aku pun suka juga duduk di seat belakang.....ketiduran aja

amii afandi berkata...

gula gula strawberry : hehe, tak de la cantik mana. saya je yang paham kot. haha

amii afandi berkata...

kakak pin : =___='' LOL

amii afandi berkata...

L.I : oh aku baru tahu LI tu maksudnya apa. lelaki introvert? eh betul ke? duduk belakang best. boleh tido. haha. duduk depan kena jadi pemandu arah. dah la aku ni buta jalan.

amii afandi berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
syazwani abd wahid berkata...

Mira....lme xmelawat blog ko..mkin chumel...hehehehehe ^^

amii afandi berkata...

heheeh :)