TUKANG BACA

Sabtu, 28 Jun 2014

ENTRI PERTAMA. SETELAH DUA SEMESTER BERLALU DENGAN TANGKASNYA.

empat semester sudah berlalu.
tinggal lagi empat semester untuk dihadapi.

ah. *mengeluh*

sebab sudah lama menghilangkan diri. aku jadi kaku untuk menaip. aku sudah lupa bagaimana mahu mengatur ayat. mengatur apa yang aku rasa. mengatur apa yang aku mahu cakapkan sebenarnya.

*tersenyum kecil*

huh. sudah empat semester rupanya. cepat masa berlalu. empat semester yang penuh warna. penuh ceria. penuh derita. penuh dengan cerita. tidak terungkap mahu ceritakan satu-satu detik di sini.

dan ya, aku gembira mendapatkan kembali diriku. diriku yang aku rasa dahulunya hanyut. dahulunya tidak punya tujuan. setidak-tidaknya sekarang aku punya cita. aku punya keinginan apa yang aku mahu dalam hidup. aku punya semangat dan suka apa yang aku lakukan.

tapi. aku tetap tidak pasti. aku rasa aku tidak akan berakhir dengan apa yang aku buat sekarang. apa yang aku belajar sekarang dan apa yang sedang aku gigih hadapi setiap semester.

salah satu sebab aku rasa aku gigih ialah takut aku gagal.
dan keduanya, aku tidak lagi mahu orang pandang aku sebagai orang yang remeh. dan erm kacang? er, sesuai ke perkataan ni?

apa-apalah.

tapi. aku rasa aku takkan menyesal kot jika satu hari nanti aku akan kerja berlainan bidang dengan apa yang aku belajar sekarang ni. walaupun bagi sesetengah orang yang bila aku mula mengutarakan perkara ini, mereka akan kata "erm, tak sia-sia ke kau belajar semua ni?"

bagi akulah, aku rasa tak sia-sialah kot. (kenapa ada kot? sebab aku takut tiba-tiba aku rasa sia-sia. eh? nampak sangat ketidak pastian di sini).

aku suka apa yang aku belajar. dan aku rasa, tak semestinya dalam dunia ini kau hanya reti buat satu benda. dan tak semestinya, sebagai contoh : kalau kau reti melukis dan kau orang yang kreatif, kau akan end up pergi fakulti seni gunaan dan kreatif (fsgk) walaupun aku memang tabik spring dengan diaorang sebab diaorang memang kreatif tahap gaban. oh ya, dan lagi satu, aku tidak setuju dengan pandangan stareotaip yang kalau budak tu bijak sikit, terus ibu ayah akan end up pergi masuk kos medik atau engineering. banyak lagi bidang lain dekat dunia ni yang boleh dikuasai selain daripada nak suruh anak kita jadi doktor, jadi engineer. bagi akulah.

oh, semalam aku ada belek buku conteng abqari, iaitu adik aku yang berumur sebelas tahun. belek punya belek, abqari ada tulis, "aku mahu masuk kelab kelantan fc dan satu hari nanti aku akan jaringkan gol insyaAllah dan amiinn".

*ketawa kecil*

tak sangka itu impian adik aku. aku ingat dia cuma nak jadi bomba. pilot. askar. rupa-rupanya dia nak jadi pemain bola.

tapi bila aku mula bahan dia depan mama, mama kata "main bola tu sekejap je qhoyi. nanti dah tua orang dah tak nak ambil main bola dah." 

hurm. entahlah. setidak-tidaknya adik aku ada cita-cita. masa aku berumur sebelas tahun pun aku tidak punya cita-cita mahu jadi apa.

eh, sudahlah. terima sahajalah sedikit coretan dari aku.
kalau ada masa (masa disini merujuk kalau aku tak bermalas) aku sambung tulis entri baru.



yosh. selamat berpuasa semua.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kite tak pernah rasa kau remeh atau kacang gajus atau kacang mr bean. kite rasa kau deep.

lagipon, ayah kite selalu cakap kat kite: "amiratul tu budak bijak"

mmg bagus ada cita2. kite harap dapat amik semangat kau


p/s: confirm kau tahu ni siapa yg komen hahha

Tanpa Nama berkata...

ni sambungan untuk komen sebelumnya.

ramai je pun yang study lain keje lain. contohnya:

1. tuan bahruddin bekri amik ekonomi tapi kemudiannya jadi penulis yang dapat menyentuh jiwa

2. penyanyi coldplay, dulu amik greek studies ke apa ntah lepas tu jadi penyanyi band yg mantap. (lirik dia pon best. fave kite viva la vida)

3. Lisa surihani budak law tapi lepas tu jadi yusri punya sweetheart hahaha (ok takde kaitan tapi dia jadi pelakon yg disayangi ramai)


kite semua amik courses yg berlainan tapi pada masa depan, ada satu benda yg pasti semua orang akan jadi:


mayat.



p/s: banyak plak kite komen hahaha