TUKANG BACA

Khamis, 21 Januari 2016

SETAHUN YANG LALU

Banyak sudah benda yang aku tinggalkan. Sama ada aku sudah reti bersosial dalam dunia realiti ataupun aku masih kemaruk bersosial dalam twitter. Oh, dan mungkin juga rasa mahu menulis itu semakin menipis.

Dari mana harus ku mulakan?
Hmmmmm.

Setahun yang lalu.
Mengajar aku yang hidup ini tidaklah selalunya indah. Mengajar aku yang dalam hidup ini bukanlah semua benda yang kita fikirkan dan rancang akan berjalan lancar.

Setahun yang lalu.
Turut mengajar aku yang cinta itu tidak semestinya memiliki. Keh. Malu kalau sentuh bab cinta ni.

Tapi,
Setahun yang berlalu juga mengajar aku betapa pentingnya orang di sekeliling. Ada kawan yang menghulurkan tangan di saat aku mula mahu jatuh tergolek. Ada kawan yang sedia menadah telinga mendengar rungutan. Ada kawan yang bersama-sama masuk toilet sebab aku tak tahan nak meleleh sebab hati ni tak beberapa nak kuat. Keh.

"Ami, kau dah selalu dekat atas, jadi sekarang rasa macammana roda berpusing. Aku dah banyak kali dah kena."

Oh macam ni rasa roda berpusing.

Walaupun dunia ni kadangkala palat,
Apa boleh buat,
Hidup harus diteruskan.

Dan,
Aku kira yang aku mahu cuma bahagia.
Jadi, aku ambil langkah untuk bangkit dan berusaha.





Tiada ulasan: