pesanan ringkasnya berbunyi begini, "der, kau dah kerja ker?"
sepatutnya minggu depan baru mula. tapi entahlah. hari rabu depan abah dan mama ada kursus. nak tak nak kena duduk rumah tunggu abang long, anaqi dan abqari balik sekolah. oleh sebab kasihan pada maklang yang kena buat kerja sorang-sorang di kedai dobi kesayangannya (kerana pembantunya tiba-tiba pula pulang ke indonesia dan dua minggu lagi datang kembali), maka dengan sukarela malam semalam, abah hantar aku ke rumah maklang yang terletak nun jauh di sepang sana.
itulah yang aku ingin bilang. hari ini, mulalah rutin aku sebagai pekerja dobi yang setia dengan baju-baju kotor, baju-baju yang perlu dibasuh, disidai dan dilipat. semasa minum pagi di warung roti canai sebelum ke kedai dobi untuk bekerja, maklang memberi kata-kata perangsang yang rasa macam tidak memberangsangkan pun.
kata-katanya berbunyi begini, "you don't have to be great to start, but you have to start to be great."
kata-kata yang dia dapat semasa membelek tarikh-tarikh dalam buku diarinya. semasa itu, maklang sedang melihat tarikh perkahwinan along zila, dan sedang mengira berapa hari aku boleh bekerja dengannya. nasib baik aku tidak tersedak ketika menikmati teh tarik dan sepinggan roti telur. serasa macam buku 'diari mat despatch' pula yang dimana si mahmud cuba memberi kata-kata perangsang setiap kali kepada rayyan. eh, mahmud ke namanya? abaikan.
memang penat apabila duduk berdiri lipat kain. selepas itu, jalan sekejap jaga mesin. baju mana nak dibasuh, baju mana nak disidai. baju-baju kena susun dengan strategik supaya boleh sangkut banyak baju lagi. pening kepala apabila sekejap buat ini, dan sekejap buat yang itu pula. kemudiannya, kembali buat yang ini. banyak betul kerja dalam satu masa.
boleh pula kakak pin telefon dan berkata, "hahah, baik-baik bekerja. pukul tiga nanti mesti kau pengsan punya la!" - tidak memberi motivasi betul!
sekarang, sengal-sengal otot sudah terasa. walaupun tidaklah sepenat menyandang beg besar dan membawa satu lagi beg kecil semasa naik flight tempoh hari sehingga sakit-sakit bahu, namun ianya mampu juga mengerah otot-ototku supaya bekerja dengan lebih keras. huah, dan sekarang aku harus tidur dengan segera kerana esok aku harus mengerahkan lagi tenaga untuk mengerjakan berbakul-bakul baju yang tersidai kegelapan di kedai dobi maklang.
selamat malam :)
yang benar,
amii afandi.
4 ulasan:
mmg susah nak beristiqamah nie, erm, tp pngalaman keje kat kedai dobi nie dgr cm menarik :)
hahaha itulah. :)
nampak macam best je kan, sekali hambik. segalanya sakit --''
haish kite dah tulis komen tadi tapi tetibe blogspot ni ada error =_="
n kite pon dah tak ingat dah kite nak tulis apa. so kite just nak cakap:"apa khabar? dah jadi makcik dobi rupa2nya.hehe"
hahha khabar baik. saya baru kaka dobilah. kekekeke.
Catat Ulasan