TUKANG BACA

Sabtu, 21 Ogos 2010

APABILA MULA MENGEMBEK DAN MENGAUM

sabtu yang indah. damai. kesejukan mencengkam. suatu pagi yang berjaya menegakkan bulu-bulu roma. ingin sahaja aku berada dalam dakapan sang bantal. di bawah kehangatan selimut tebal. namun. apakah daya. mimpiku terhenti bersiaran.
tepat pukul 9.00 pagi. dibangkitkan dengan laungan atuk. macam rumah terbakar. umpama terkena kejutan elektrik, aku tersedar. segera membersihkan diri. untuk ke tuisyen. haih. hakikatnya. malas sekali.
umum mengetahui. hari ini. sekolah berjalan seperti kebiasaannya. haih. pontenglah jawabnya. 
err. sebab?
ke tuisyen selama tiga jam amat memenatkan. bersama eika. sudahlah persekitarannya amat menyeramkan. kami sahaja budak puchong. mereka pula budak subang jaya. 
bagai rusa masuk kampunglah aku jadinya.
masuk kandang kambing mengembek. masuk kandang harimau mengaum. 
pada hakikat. tidak. masing-masing dengan hal masing-masing. kami tidak dipedulikan. tidak ditegur. tidak juga dipandang dua belah mata. apatah lagi sebelah mata.


mengantuk mula menerjah. kusengkangkan mata bulat-bulat. besar-besar. memandang tepat ke muka cikgu. sabar. cuba memahami pelajaran kimia. anode. cathode. electrochemical series. isotope. bla.bla.bla. sukar juga ya kimia ini. 


kadang-kadang kurasa senang. kadang-kadang sukar. hakikatnya. markah yang sentiasa diperoleh. 42 per 100. tidak menaik. tidak berkurang. hanya tetap angka itu. syukurlah juga. tidak gagal. 



kita tinggalkan cerita itu. untuk pengetahuan kau. ini blogku yang baru. 



blog yang lama. telah dibuang bersama kenangan-kenangan yang indah. juga tidak dapat diputarkan semula. 



sedih ada juga. namun. hidup baru harus dibina. dan semua kenangan itu dijadikan sandaran. untuk maju kehadapan.

Tiada ulasan: