TUKANG BACA

Selasa, 24 Ogos 2010

HUJAN. JATUH DAN BERDERAI

siapa kata jingga tidak menarik? heh. siapa yang berkata demikian?

jingga adalah warna yang sangat menarik. tidak percaya? buka matamu dan tutuplah telinga. untuk sementara. nikmatilah warna-warna jingga di sekelilingmu. nescaya engkau akan menemui ketenangan.

jngga itu warna keceriaan.
tanpa jingga. hidup kita suram. tidak gembira. malah muram sentiasa. oleh sebab inilah jingga tercipta. warna hangat. terang. yang bisa memikat hati insan. percayalah.

hurm.
hari ini. penat. lesu. melanda semua. pelik juga. alih-alih semua muka masam mencuka. 
moodku di saat itu sedang bergembira. terus seperti dilimpahi hujan yang bagaikan berderai-derai.

hari ini. turut mendapat no ID martikulasi.martikulasi? cikgu zulfa sangat menakutkan.katanya martikulasi sangat susah. kakak pin. tanya sikit. betulkah susah?

sesi pembelajaran agama. tidak belajar pun. hanya mendapat kertas peperikssaan. 82 per 100. okeylah tu. aha.

aku sentiasa begitu. dapat markah apa sahaja tidak mengapa. seolah-olah markah itu tidak memberi kesan yang mendalam. 

iyakah? entah. rasanya. apa yang patut disesalkan. nasi sudah menjadi bubur.


sesi paling menarik. dihidangkan pula dengan cuaca yang panas membahang. gila. hausnya tidak terkira. sudahlah bulan puasa. 

naik turun menjelajah setiap blok-blok sekolah. setiap sudut. termasuk juga celah tersorok. nak pengsan pun ada rasanya. gara-gara si kad gigi tersayang.

bila dihitung. seronok juga. tidak payah belajar admath. bersiar-siar cuma. bergosip-gosip bersama haniza dan eika. pasal siapa lagi. kalau tidak si gadis sunti itulah. hah. gadis terhangat kononnya.

Tiada ulasan: