TUKANG BACA

Rabu, 23 Februari 2011

HANGAT DAN TENANG

err. sebenarnya aku sedang mencari topik. apa lagi ya yang harus aku bicarakan?

biasalah. sebagai norma manusia. takkanlah sentiasa mulut ini ternganga berbicara. takkanlah sentiasa dahi ini berkerut-kerut memikirkan ideologi. takkanlah sentiasa jari ini menaip-naip keyboard yang asyik menanti.

biarkanlah mereka berehat seketika.

tatkala tengah mencari-cari topik yang sesuai. tiba-tiba ada yang bertanya.

"apa maksud jinggaindigoku? warna favourite kau ke?"

oh. bagusnya orang ini. memberi topik semasa otak paksa diperah.namun. perah punya perah. sebiji kata pun tidak terhasil. cit.

nak tahu bila aku dapat nama itu?
jawapannya mudah. semasa aku sedang termenung dalam kelas. waktu cikgu adamilah sedang mengajar subjek fizik. tahun 2009.

err. minta maaf cikgu. 

nak tahu mana aku dapat nama itu?
oh. jawapannya senang. dari warna-warna pelangi. merah. jingga. kuning. hijau. biru. indigo dan ungu. 
jingga. indigo. terletak antara kedua yang terawal dan terakhir.

kenapa aku memilih yang kedua. bukan pertama. ketiga. mahupun keempat?
alah. kacang je. sebab. aku anak kedua. 

nak tahu apa maksud nama itu?
nama itu bukan sekadar nama. warna itu bukan sekadar warna. kerana nama dan warna itu mempunyai maksud yang tersendiri. yang kadangkala bermain-main di segenap emosi kita. ketika kita gembira. ketawa. sedih. dan kecewa.

jingga. kau tahu apa maksud jingga?
bagi aku jingga itu warna hangat. ya.hangat.

hangat adalah suatu perasaan yang terang. gembira. tertawa. tidak berpura-pura. sentiasa bersemangat dan juga pembakar semangat. 

begitu juga dengan jingga. jingga adalah warna yang pembakar semangat. warna yang memberi kegembiraan. warna yang terang. tidak pernah berpura-pura menunjukkan segala sikap hangatnya.

indigo. kau tahu apa maksud indigo?
bagi aku indigo adalah warna tenang. ya tenang.

tenang adalah suatu perasaan yang damai. namun disebalik kedamaian. timbul suatu perasaan kecewa. sedih. dendam dan misteri.

begitu juga dengan indigo. indigo adalah warna damai. namun tercalit juga seribu rahsia. yang penuh dengan misteri. indigo juga kadangkala melambangkan kesedihan dan kekecewaan. malah juga seringkali berpura-pura.

jadi aku gabungkan dua warna yang berlainan ini menjadi jinggaindigoku.

ya. kerana. jinggaindigoku adalah warna dan perasaan yang sentiasa bergolak dalam hidupku. segalanya mengenaiku. 

oh ya. aku ada satu blog yang lain. jemput-jemputlah jenguk ya;D

suatu perjalanan dalam mencapai jinggaindigoku.

yang benar.
amii afandi.

4 ulasan:

Zalikha berkata...

darah A.samad said sememangnye mengalir kat dlm badan ko.gunakan warna sebagai analogy.ehehehe...ko tulis la novel plak.

tapi warna mmg boleh tunjukkan personality kite kan?kiranye warna2 yg ko ceritakan ni warna fave ko la kan?

kadang2 bile tengok ko ni mcm happy2 n mcm kanak2 je.tp nnti ada satu masa apabila aura indigo menyelubungi ko (mcm naruto plak=_=),kite rasa iblis pon takut ngan ko.ehehehehe

kite suke warna2 yg org panggil cute colours.mcm magenta,baby-blue,rose pink,cream,turquoise,emerald...

ko rasa apa tafsiran di sebalik warna2 ni?

amii afandi berkata...

haha. anyway thanks. komen kau memberangsangkan:D

sebenarnya warna tu bukanlah warna fave aku. aku suka warna merah.kelabu.hitam.putih.

tetapi aku pun tak tahu secara tidak tersengaja aku terpikat dengan jingga. bukan indigo.

wahwah~macam naruto ya kak? biasalah. dalam kehidupan bukan selalu gembira. macam naruto. sengal sengal je tapi dalam hati ada taman. ahah.

aku tahu kau mesti suka colour-colour yang cute2. sebab macam orangnya jugak. cute2 gitu. kebanyakan warna yang kau suka tak garang. biasalah pendamai.

NaRuFiQ berkata...

warna tukang corak kehidupan kita...
tanpa warna alamatnya tak comel la dunia ni....

amii afandi berkata...

ya. betul sngat;)

warna itu comel.