TUKANG BACA

Jumaat, 25 Februari 2011

EH. LUPALAH

manusia memang pelupa. ya. memang. manusia jadi pelupa pada setiap waktu.

kadang-kadang kita lupa apabila sedang gembira. ya. lupa. lupa diri. tertawa besar bagaikan kegembiraan itu akan berpanjangan. bagai dunia ini milik kita. gembira tak ingat dunialah namanya.

err. selalunya akulah tu. kalau gembira mana ingat benda lain. kau pun? kalau macam tu kita genglah jawabnya.

kadang-kadang kita lupa apabila sedang bersedih. sob.sob. menangis tak berlagu. meraung. bagaikan dunia ini bagaikan tiada hari esok. kalau boleh sampai nak keluarkan air mata darah sekalipun. hah, baru dramatik sikit.

erm. bukan aku. err. ye ke? cit. malu sendirilah jawabnya.

kadang-kadang kita lupa apabila sedang nervous. bila nervous. lupa segala macam benda yang nak dibuat. dah jadi tak tentu arah. sekejap ke hulu. sekejap ke hilir. lagi bagus kalau turun tangga naik tangga. senaman yang begitu sihat untuk orang kita.

yang ni aku selalu kena. lagi-lagi bila kelas memandu. nervous punya pasal. lupa nak turunkan handbreak. lupa step-step buat parking. cis.

kadang-kadang kita lupa apabila sedang takut. bila takut terus panik. macam nampak zombi. tak pun mat lampir. eh. mat lampir ke mat lampor? apa yang boleh buat cuma menjerit. arrrggghhhh!! tu je yang kita ingat dalam banyak-banyak perkara.

kadang-kadang kita lupa bila kita lalai. alpa. alah. ni biasalah. bila lalai. siapa diri kita yang sebenar pun dah lupa. lupa asal usul. lupa mak ayah. yang ingat cuma harta benda. senang cerita. baik terus lupa macam mana nak jadi orang.

kadang-kadang kita lupa bila kita sedang berangan. hehe. bila kita berangan kita lupa kembali dalam alam realiti. terus hidup dalam alam fantasi. bolehlah jadi geng mat jenin ya?

lupa ini sebenarnya suatu tabiat ke suatu kemestian?

eh. asal entry aku kali ini macam dah berubah mood?
aku rasa aku pun dah lupa mood aku yang dahulu.


yang benar,
amii afandi.

2 ulasan:

L.I berkata...

aku satu geng ngan ko...ngeh3
yg penting jangan lupa ALLAH....
kuatkan semangat...be strong so u ca beat ur biggest enemy;urself....

amii afandi berkata...

okey. okey. kita geng;D

thanks atas nasihat;)
insyaallah, allah sentiasa ada di dalam hati kita bila-bila masa. amin~