TUKANG BACA

Isnin, 14 Februari 2011

KETANDUSAN SEMUANYA

hey. blog. rindu kau.

lama kot. tak update entri. blogger-blogger lain dah sampai dua tiga entri dah mereka post.
bukannya apa. ketandusan idea. ketandusan kata.

idea sudah tidak menjelma. kata sudah terkatup dari bising berbicara. jari pula sudah dipatah-patahkan akibat kebosanan menimpa. ya. kebosanan tatkala ketandusan semuanya.

oh ya. aku agak sibuk. sejak dua menjak ni. khamis, jumaat pergi menayang muka di sekolah. dengan eika dan fadhilah. oleh kerana peluang untuk merenggangkan urat-urat saraf terbuka. apa lagi. lepaklah jawabnya.

lepak punya lepak sampai tak sedar. itik pun sudah pulang petang. mentari senja mula melabuhkan tirainya. nak buat macam mana. dah terlebih gembira bersama mereka.

alamak. cit. akibatnya terlepaslah pula nak menonton safa dan marwah. sejuta cinta marshanda juga. ehh. jangan tak tahu. aku layan sinetron indonesia ni.

cakap pasal sinetron. kenapa artis indonesia semuanya hensem dan lawa belaka?

ohh. pasal ni aku pernah bahaskan dengan kawan aku, zalikha.

kebanyakan pelakon indonesia tu campuran. kalau nak diikutkan. rakyat indonesia bukannya lawa dan hensem sangat. alah. kalau nak dibandingakan macam artis mereka.

oppsst. kalau kau tak setuju. aku tak tahulah. ini pendapat aku dan zalikha.

artis malaysia pula bukannya mereka tidak hensem. tidak lawa. tapi kalahlah dengan artis indonesia. ehh. tak. kalah ke? entah.

sebabnya. mungkin. kebanyakan rakyat malaysia. seiras-iras dengan artis malaysia. yang sipi-sipi tu pun kiralah juga. ini membuktikan bahawa. rakyat malaysia sebenarnya. hensem dan cantik orangnya kan?

kalau kau nak nafikan. aku tak tahulah. tu hak kau.

aku cuma mengatakan pendapatku sahaja.
sebabnya. kecantikan itu adalah subjektif. setiap orang lain pendapat.


yang benar,
amii afandi.

Tiada ulasan: