TUKANG BACA

Rabu, 16 Februari 2011

MEREKA YANG SELALU ADA

aku pasti ramai yang sebaya aku mesti rasa nak kembali pulang ke sekolah.

yalah. aku selalu dengar desas-desus kau yang baya-baya aku di luar sana. "kalau pergi sekolah lagi mesti best kan?"

err. tapi kalau kau bukan salah seorang daripada spesis mereka. kau hiraukanlah je la ya.

aku? kalau aku komfem seratus peratus. tidak terlebih tidak terkurang. aku tak nak balik ke sekolah lagi. ehh. bukanlah sekejam tu. rasanya tujuh puluh peratus je kot. mungkin terlebih.mungkin juga terkurang.

okey. aku tahu ayat aku berbelit. tapi aku bukan cakap tamil. kau buat-buat faham sendirilah ya. kalau diterangkan lagi. pasti terbelit-belit pula lidahku ini. ohohoho.

asal post kali ini aku rasa macam tak senonoh je?

okey. berhenti-hentilah merepek. aku tahu. kau terangguk-angguk. dan kemudiannya tergeleng-geleng. sebab otak kau pun terikut berbelit.

kau nak tahu kenapa aku tak nak balik ke sekolah lagi?

sekolah aku bukan semacam sekolah kau. gembira-gembira sakan. huhahuha. ada event sana sini. masuk persatuan la. ada jamuan kelas segala. adalah pula hari graduasi bagai. cemburu aku tengok sekolah kau macam tu.

dalam kelas aku. 5 azam. ada empat orang saja melayu. seorang lelaki. yang lain perempuan. indianya pula ada enam. yang lain cina.

aku rasa macam tak ada kenangan kat sekolah situ. tulah. mengada lebih keluar asrama.

ehh. siapa kata tak ada kenangan?

ada. kenangan ponteng kelas menyorok dalam bilik kaunseling. sampai bergelap tak buka lampu.
kenangan tengok whiteboard setiap hari. untuk tengok cikgu tak datang. kalau cikgu tak ada mulalah yes yes.
kenangan merayap satu sekolah konon-konon nak bagi pamplet suruh tampal la. cari cikgu la. tu la. ni la.

ini semua semata-mata kerana tak ada hati nak masuk kelas. 

sampai ada budak panggil aku. "cikgu, ada alien datang lagi." 
cit. aku alien ke apa ke. kau sibuk apa.

ada lagi ya. kenangan-kenangan yang ingin aku menerjah keluar. 

kenangan masuk semua kelas. dan. ulang kembali tape-tape mulutku buat pengumuman.
kenangan buat lawak sampai ketawa-ketawa kat koridor.
kenangan gaduh-gaduh kat surau.
kenangan kain tercabut. lepas tu guna button 'saya pelajar berdisiplin' nak cantumkan balik kain hijau tu.

cit. tu pun nak cerita.

banyak. banyak sangat kenangan.

tapi. kenapa langsung tak ada rasa rindu dekat sekolah? tak ada rasa sayang dekat sekolah?

kenapa juga tak ada rasa rindu dekat rosmalin. haniza. afifah. aina. ainn?

huh. okey. adalah jugalah rasa rindu. sikit-sikit. tapi rasa itu langsung tidak membuatkan aku ingin kembali ke sekolah.

seolah-olah perasaan itu sudah mati dan luput tertanam di benak fikiran. dan tidak mungkin ditebus guna.

nak rindu dekat eika dan fadhilah? err. rasanya. walau jauh manapun mereka. mereka tetap bertakhta di hati. mereka sentiasa rasa dekat dengan diri. bayang-bayang mereka sentiasa ada dan menyokong apa yang dilakukan.

tergiang-giang kata eika. "apa-apapun yang kau buat. aku sentiasa berada di pihak kau. aku sentiasa sokong kau."

"tapi bukan bermakna kau buat salah aku tak tegur. aku tak nak kawan aku buat salah."

ya. sebenarnya. kenangan akan tercipta apabila bersama mereka. kenangan yang dahulunya terukir kerna adanya mereka. 

sekecil zarah pun kenangan yang terukir. sentiasa tersemat dalam diri. sentiasa terpahat di hati.
dan mereka akan selalu ada di sampingku. di saat susah. dan di saat senang.

oh. peringatan kepada kau. jangan ingat aku budak baik. yang selalu belajar dua puluh empat jam.


yang benar,
amii afandi.

2 ulasan:

Zalikha berkata...

tajuk utk komen kite hari ni: LET'S BYGONE BE BYGONE

"tergiang-giang kata eika. "apa-apapun yang kau buat. aku sentiasa berada di pihak kau. aku sentiasa sokong kau."

"tapi bukan bermakna kau buat salah aku tak tegur. aku tak nak kawan aku buat salah."

ayat eika ni mcm dlm drama jepon.eika mmg org jepon kan? tapi kalau dye cakap mcm ni kat kite mesti dah nangis2 terharu ehehe

takpe2 kalau ko takde kenangan kat high school.nnti kat U ko buat banyak2 eh! mesti kat U lagi best nnti.kalau tak best ko buat2 la mcm best.nnti lama2 mesti jadi best.percayalah! kite penah buat :)

p/s:"sekolah aku bukan semacam sekolah kau. gembira-gembira sakan. huhahuha. ada event sana sini. masuk persatuan la. ada jamuan kelas segala. adalah pula hari graduasi bagai. cemburu aku tengok sekolah kau macam tu."

terasa I ehehehe

amii afandi berkata...

amboi amboi amboi. eika orang jepun. bangga dia nanti oii.

aku rasa ayat tu bukan je ada dalam drama jepun. tapi drama indon pun ada kot. ahaha.

memang terharulah dia cakap macam tu.sob.sob.