TUKANG BACA

Selasa, 15 Februari 2011

PERUBAHAN

salam maulidur rasul.

tiba-tiba teringat zaman sekolah dulu kala. kebiasaannya pada maulud nabi ni. aku dengan adik-adik aku bersemangat. awal pagi sudah bangun. bersiap. pakai baju kurung lawa-lawa. semata-mata kerna nak ikut berarak di padang sampailah ke surau.

tiba di padang. ramai yang ada. senyum pun lebarlah. betapa gembiranya hari itu melihat teman-teman. yang serba berwarna-warni. turut memberi penghormatan kepada junjungan besar nabi kita. nabi muhammad s.a.w.

berarak sambil berselawat. sampaikan ada satu tahun tu. orang tv3 pun turut merakamkan kami berarak. tak silap. tahun 2005. darjah enam. kecohlah dulu juga. masuk tv lah katakan. balik rumah cepat-cepat tengok berita pukul satu setengah.

erm. hari ni. sedar-sedar sudah kesiangan. mereka semua sudah pun habis berarak. cit. tiada orang kejutkan. aktiviti hari ini. duduk lepak sahaja seperti hari-hari biasa. tiada apa yang istimewa.

aku rasa. bukan aku seorang. kau pun sama kan?
semakin kita dewasa. semakin kita lupa tatacara kita.

adakalanya. apa yang kita lakukan ketika kecil. sudah tidak dilaksanakan apabila kita dewasa.


yang benar,
amii afandi.

2 ulasan:

Zalikha berkata...

Yeah~ terima kasih utk comment box ni!!! ehehehe

hmm...betul kata ko.makin besar kite makin hilang fun kan?kalau kite nak teruskan juga apa yg kite buat time kecik2 nnti org kate tak matang la apa la...

no wonder la peter pan tak nak besar...

amii afandi berkata...

aku setuju dengan kau zalikha.

adakalanya rasa best bila nak besar. tp dalam masa yang sama kita rasa suatu perubahan yang melanda diri kita.

kadangkala rakan sepermainan yang selalu kita main waktu kecil-kecil tapi bila dah besar dah tak ngam kawan dengan dia. masing-masing bawa haluan.

semata-mata kerana perubahan yang berlaku.