TUKANG BACA

Khamis, 3 Mac 2011

EMAK AKU JADI PENIAGA PULAK DAH?

ehem. ehem.
kali ini aku ingin bicarakan mengenai emakku yang tersayang.

bagi sesiapa yang tidak pernah tau. mak aku seorang guru yang mengajar di sekolah lamaku. guru apa ya? ohh. mathematics.

aku rasa otakku telah berpinar-pinar mengenangkan math dan addmath aku. nombor oh nombor. urrgghhh.

aku ingat dulu. masa aku darjah enam. bila mak aku suruh buat math, aku selalu menangis. aku rela buat karangan yang berjela-jela daripada menghadap nombor-nombor yang menyeksakan jiwa.

wahai math. maafkan aku kerana membencimu!

namun. semakin lama. semakin bercambah pula rasa cintaku kepada math yang seorang ini. lagi-lagi kalau addmath. walaupun aku semacam tak boleh buat je. alah tu hal lepas. lantak la.

sekarang tidak perlulah lagi aku bercanda dan bermesra dengan segala macam graf. walaupun terpaksa melepaskan logarithms tersayang. rindu nak buat logarithms.

ehh. ini bukan entri mengenai math. ini entri mengenai emak aku. menyimpang nun jauh pula ya. jomlah kita kembali ke pangkal jalan.

emak aku ada lah juga buat kerja-kerja sambilan ni. sekejap jual produk ni. sekejap jual produk tu. semata-mata nak menambahkan hasil keringat.

mula-mula dulu. dia menjual produk ni.

b-young : produk menguruskan badan

aku rasa benda ini hanya berjalan selama setahun kot. dan mak aku berhenti.

lepas itu dia berjinak-jinak dengan benda ni pula.

produk zhulian : wahhh~barang kemas la pulak dah.

oleh kerana frust sebab tak kaya-kaya juga, mak aku ambil keputusan berhenti. cuma perniagaan ni saja yang bertahan setiap tahun. lebih-lebih lagi masa nak dekat raya.

kuih batang buruk muar. sedap ohhh~ lalala. siapa nak order untuk raya. jangan segan-segan bagi tau aku tau.

oh ya. cakap pasal kuih batang buruk ni. masa bulan puasa. aku pernah tolong ayah aku jual kat bazar ramadhan. penat. haus. kecur tengok ayam golek. air yang berwarna-warni. cit. tak nak dah aku ikut jual.

sambung kembali.

lepas itu. sekarang ini emakku mula kembali berjinak-jinak dengan hobi lamanya itu. jeng. jeng. jeng. dan dia pun menjadi stokis...

anda ingin kurus dan sihat? produk de bella-litchin dapat mengurangkan berat badan anda dan menjamin anda untuk kelihatan lebih sihat. (promote-promote)

"ma. akak promote litchin. ada dapat bonus tak?"

apa-apapun aku harap la bussiness emakku kali ini akan sukses. tak delah dia asyik tukar-tukar produk lain pula. karang pening pula aku jadinya.

yang benar. 
amii afandi.

4 ulasan:

L.I berkata...

hak3.....
bestnye dapat berniaga....
patutla hang kurus...ngeh3

Zalikha berkata...

aaah~nostalgicnya~kite dah ingat ko penah bawak gi sekolah...mmg sedaaap!!

hmm...kenapa org yg ada bakat melukis ni tak suka nombor2 ni eh?

amii afandi berkata...

syafiq : cit, perli aku nampak? sekeh kang baru tau.

amii afandi berkata...

zalikha : batang buruk tu ke? hehe. a'ah. dulu kan aku selalu bawak pergi sekolah. mesti kalau kau ingat kuih batang buruk tu, mesti kau ingat aku kan? kalau kau ingat ikan keli pun kau mesti ingat aku jugak kan?

haha. dah orang-orang yang suka-suka seni ni memang buta nombor la jawabnya.