TUKANG BACA

Jumaat, 25 Mac 2011

GUGURNYA SEKEPING HARAPAN


okeylah. sebenarnya aku ingat aku tak nak update sampai bahana result SPM sudah reda. tapi. hati sudah tiada tertahan untuk bertinta.

kau nak tahu result aku?

semestinya rahsia.
dan tidaklah sebagus mana. 
setidak-tidaknya aku sudah jangka.

bagaimana mahu bicara ya?
haih. pada mulanya aku tiada rasa apa. seolah-olah perasaan itu sudah bercampur baur. dan mati. 
diselang-selikan dengan adegan menatap resultku yang hidup segan mati pun tak mahu. 

cit. macam teruk sangat je bunyinya.

oh. kalau kau nak tahu. aku selalu mengamalkan sikap "okeylah tu"
dan sememangnya kau pun akan hancur kalau kau turut begitu.

aku tengok result. memang padanlah dengan usaha aku selama dua tahun ni. oh ya. selama dua tahun ini apa yang aku lakukan ya?

entah. tiada apa yang bisa membanggakan.
heh. 

perasaanku mula tidak enak. tidak senang. melihat reaksi kelat emakku. yang muka semacam ayam berak kapur. tak tahu untuk berkata apa.

ayahku telefon. "result berapa?"

".........(rahsia. lebih menjurus kepada peribadi. kalau nak tahu tanya aku sendiri)."

"kenapa result teruk?"

dengan muka penyangak aku jawab.(nasib baik ayahku tidak melihat). "okeylah tu. (sebenarnya tengah sedapkan hati)."

dari situ aku mula gelabah. bertambah-tambah gundah gulana dalam hati aku apabila melihat aspek pandangan rakan-rakan seangkatan.

"amii. kau dapat berapa berapa?"

"......"

"oh." dan kemudian menatapku dengan mengerut-ngerut dahinya. "biar betul kau?"

yang cuma aku buat adalah dengan membuat mimik muka beku yang blur. dan tersenyum pura-pura.

ada teman karibku yang berkata. "sebenarnya saya pun tak percaya yang awak hanya dapat ..... saya ingat awak akan dapat lebih dari itu."

susah juga menanggung sekeping harapan mereka. harapan mereka yang bagaikan segunung impian yang tak bisa aku capai. serasa mahu mengurungkan diri dalam bilik selama sebulan. dan hanya bertemankan diari mat despatch yang mampu menggeletek.

apa-apapun. alhamdulillah. syukur dengan resultku.
setidak-tidaknya bisa dijadikan pedoman. pada masa hadapan.

orang sekeliling. maafkan aku. 
aku tidak bisa menjadi seperti yang kau harapkan.

batinku menangis. bukan kerana itu. tetapi kerana sikap-sikap kau.
tapi. maaflah ya. aku bukan seorang pengalah. walaupun aku menjadi orang yang gagal.

terima kasih kepada mereka yang terus percaya pada diriku. 

kejayaan bukan bisa disalin.
kekayaan bukan bisa ditiru.
namun. kegagalan semestinya bisa dilupus.

aku tak bisa dipaksa.

yang benar.
amii afandi.

8 ulasan:

Arpiiz berkata...

takpelah, kalau gagal yang ini mungkin akan berjaya akan datang..^^

p/s : nak tanya dekat owner blog ni, result dapat berapa..hehehe(gurau je)

amii afandi berkata...

sebenarnya result tu tak de la teruk mana. saja buat gempak :P

ehem.
nak tau gak ke?
klunya ada a, ada b, ada c.

fasya berkata...

amii,result ko bape???

Shazreel Amir berkata...

Weh! Weh! Kau rasa kau macam sampah masyarakat tak? :D

Hehehe! Main2 jelah...

amii afandi berkata...

fasya : result aku? err. meh la aku bagitau. 5a 3b 2c.

hah. anyway congrates untuk kau:)
hebat hebat!

amii afandi berkata...

shazreel : aku sampah masyarakat yang amat berguna. hahaha. -.-''

Shazreel Amir berkata...

Hahahaha! boleh tak kalau aku label kau sgb Sampah Masyarakat yang amat berguna tak?

MHeheheh..men2 jelah! :D

amii afandi berkata...

eceh eceh.

suka hati hang la. aku orite je. asalkan berguna;D