TUKANG BACA

Khamis, 31 Mac 2011

PANDAI MEMASAK ITU FEMININ?

salam.

ehem. sudah lama ya rasanya blog yang agak-agak kusam ini dibiarkan mati tanpa kata-kata.
gara-gara terlalu mengarut di facebook. inilah jadinya.

kepada tukang-tukang karut di facebook. terima kasihlah kerana melayan kemengarutan aku.

semangat yang hilang dulu kini telah bangkit.
ya. bangkit. dengan semangat yang berkobar-kobar.

okeylah. bercerita mengenai tukang karutku di facebook.

ada sesuatu statement yang agak-agak menarik perhatian dikeluarkan oleh .........(seorang tukang karut yang namanya dirahsiakan).

"kalau pompuan tu pandai masak. dia berjiwa feminin. jika dia feminin. maknanya dia caring. pandai jaga anak. boleh control suami. jaga hati parent."



eh. betul ke ni?
aku tanya tukang karutku yang lain mengenai pendapatnya pada statement di atas.

"zaman sekarang perempuan dah berevolusi. dah tak sama dengan perempuan zaman dulu."

nampak sangatlah tukang karutku yang seorang ini langsung tidak bersetuju dengan statement tukang karutku yang seorang lagi.

kalau kau tanya aku. err. entah. aku pun tak tau.

cuma aku boleh cakap yang "aku tak setuju kot. sebab tak semua perempuan pandai masak itu feminin. aku tengok mak cik kantin aku garang macam harimau je."

ujar tukang karutku yang tidak bersetuju sama sekali. mungkin sebab dia terasa kot. haha."pandai masak tu skill. orang maskulin pun boleh buat.ehehe"

betul juga. dan terusku mengutarakan pendapat ini kepada tukang pemberi statement tersebut.

"org maskulin pun ada sifat feminin gak. just jangan overdose. haha (haha cuma penambahan. saja. biar nampak enak)"

sememangnya dalam hal ini aku jadi orang tengah sahajalah. dalam perdebatan yang dicipta. haha. maaf si tukang pemberi statement

balasku kepada si pembangkang. saja mengapi-apikan. hehe.

"tu la.aku tengok perempuan feminin tu ada je yang tak reti masak."

dia menambah. "hehehehe. lagi-lagi anak raja. anak dato' yg feminin."
sudah. anak rajalah pula. haha.

err. semakin lama aku pun semakin keliru. nak bersetuju dengan statement tersebut. macam tidak je. tapi kalau nak membangkang. ada juga betulnya. haih. ambil sahajalah jalan selamat. mengiyakan pun tidak. menafikan pun tidak.

tapi. sebagai perempuan. adalah aku membela juga kaumku ini. hehe. ini bukan pilih kasih ya.

kalau nak kata perempuan yang pandai memasak itu feminin. aku tengok perempuan yang garang semacam makcik kantin kat sekolah aku tu pun masak sedap gila.

dah lah makcik tu garang. pengetua pun tak tau nak cakap apa. cis.

ada juga yang feminin dan comel-comel selagak artis korea tak reti pun masak. pelik juga. haih.

dan. apa juga ya kena mengena antara feminin. caring. pandai jaga anak. control suami. dan jaga hati parent?
wow. terkebil-kebil aku. pemikiran yang amat jauh.

tapi aku setujulah apabila si pemberi statement ini berkata. "kalau tak nak lelaki cari lain. kenalah tambat hati suami melalui perut."

ehem. minta maaflah ya. si pemberi statement. statement kau amat memikat jiwa. eceh eceh.

uhuk uhuk. apa pendapat kau?

yang benar.
amii afandi.

6 ulasan:

NaRuFiQ berkata...

aku rupenya tukang karut tu...dush3

Zalikha berkata...

Kesimpulan yang saya (eceh,formal nya!) dapat buat,mungkin itu ciri2 wanita yang tukang karut ko tu nak.Maknanya pakej la sebab perempuan yg selalu masak kat rumah tu biasanya mcm surirumah,jadi secara tak langsung dia ada masa utk layan anak,belai2 suami etc etc etc.

Bagi saya plak,zaman skang ni itu ialah skill yang semua orang kena ada.Bukan sebab dia feminin ke maskulin.Dan lagi seronok kalau nanti dapat masak sama2 dgn suami.takdelah isteri tu pon lari cari lelaki yg lagi muda ke,cute ke sebab zaman sekarang ramai perempuan yang bekerjaya dan berpelajaran.Jadi besar jugak kemungkinan utk mereka lari dari rumah,berlaku curang ke sebab ada income sendiri tak mcm zaman2 dulu.

OKlah.setiap manusia ada kelebihan masing2.terimalah seadanya dan galakkanlah dgn baik kalau nak suruh org masak.sbb skill memasak ni boleh dipupuk.lagi2 kalau banyak tengok citer martha stewart.sbb kadang2 ada org taknak masak sbb fobia (hehehe..betul ke?betul kan?)

dah tu je.dah lama tak bagi komen panjang2.*peacepeace*

amii afandi berkata...

hahaha. yosh! mintak maaf tukang karutt:)

amii afandi berkata...

orang tak nak masak sebab fobia??

betul jugak! manalah tau ada yang takut dengan minyak panas ke. hahhha.

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih atas informasi menarik

amii afandi berkata...

sama-sama:)