TUKANG BACA

Selasa, 1 Mac 2011

KUASA VETO

salam.
err. tak payahlah aku nak bermukaddimah panjang-panjang ya. karang kau bosan pula kan. kita terus sajalah pada topik yang aku ingin utarakan.


err. masih ramai ibu bapa yang tak percayakan anak kan?

alamak. betul ke istilah aku ni? sinis je bunyinya. kejap. aku tukar.
masih ramai kan ibu bapa yang berfikiran tradisional dan menjaga anak mereka bagai sebutir berlian yang takut hilang serinya?

eh. kau faham ke?

sebenarnya, di sini bukan aku ingin menentang atau bersetuju. aku cuma utarakan saja buah pemikiran aku ni hah.

emakku pada mulanya memang agak tradisional. sikit-sikit tak boleh. ini tak boleh. itu tak boleh. tapi sebab aku ni memang degil yang amat. selalunya mogok macam terkena badai tsunami bila apa yang aku nak buat tu tak boleh.

ingat lagi. waktu aku darjah enam. aku pergilah melawat ustazah yang baru lepas bersalin. so. lepas kelas tambahan kami pergilah. tabiat aku memang suka pergi mana-mana tanpa pemberitahuan. tak bilang-bilang. mak aku memang tak tahulah aku pergi rumah ustazah.

nak dijadikan cerita. balik tu memang bestlah aku cakap. terus kena bantai dengan getah paip. sambil tengah sedih-sedih mak aku tanya. "kau pergi mana? mama tanya cikgu kau kat sekolah semua kata kau dah balik."


standardlah tu. bila dah kena bantai baru nak tanya.
"pergi rumah ustazah. ustazah bersalin."

mak aku memang tak percayalah dekat aku. terus dia telefon asifa (kawan baik aku dulu). selidik punya selidik baru percaya. hebat punya bantai, baru percaya kat anak.

tapi. bila dah makin besar ni. mak aku dah meletakkan sedikit kepercayaanlah dekat aku. alah. kalau dia tak percaya. dia telefon eika. tanya aku pergi mana. buat apa.

mak aku lebih percayakan kawan aku daripada aku sendiri. tapi tak kisahlah. memberi suatu kebaikan untuk perhubungan aku dan mak aku. serta kawan aku juga. sebenarnya kan. aku malulah dengan mak aku -.-. aku bukanlah pernah cerita hal-hal peribadi pun kat dia.

entah bila mak aku nak percayakan aku? aku pun tak tahu. tapi salah aku juga. keras kepala nak mati. lepas itu buat suka hati nenek moyang aku je nak keluar rumah tanpa beradab sopan.

ayah aku senang. cuma tanya dengan siapa. nak pergi mana. terus line clear.

kebarangkalian memang aku tak sedar kuasa veto ibu bapa memang berhak atas kita. sampailah kita mendirikan rumah tangga. dah lah aku sorang saja anak perempuan. tapi nak didiknya susah. mengalahkan anak jantan!

pernah dengar tak kata-kata ni.
'anak perempuan senang dijaga daripada anak lelaki. namun, anak perempuan susah dididik daripada anak lelaki'

yang benar.
amii afandi.

13 ulasan:

NaRuFiQ berkata...

aku setuju ngan ko ami....
aku pon selalu kene kongkong laaa....
sampai nak kuaq umah pon mak aku surh sikat rambut fesyen sikat tepi....pergh
selalunya bila aku da kat luar umah....
baru r aku bagitao nak kuar...lepas tu terus lesap...pasal mak aku mesti nak sikat rambut aku....ngeh3

amii afandi berkata...

haha. kenapa kena sikat tepi. memang lawak la kauu ni.

NaRuFiQ berkata...

sebab mak aku ske anaknya dihias dengan fesyen tradisional..ngeh3

amii afandi berkata...

hahaha. sama dengan mak aku. baju yang aku beli semua dia tak berkenan. durh. macam2 dia komplainkan.

NaRuFiQ berkata...

hak3...baguslah tu....
mak ko memang dilahirkan sebagai PA ko...

amii afandi berkata...

cit. aku ingat aku telah melantik zalikha sebagai PA aku.

tiba-tiba lak mak aku amek alih?

NaRuFiQ berkata...

hak3....
mak ko lantik diri sendiri di mesyuarat rahsia bersama golongan ibubapa seluruh dunia...ngeh3

amii afandi berkata...

citt. tak ada maknanya. memang matilah kalau mak aku dilantik menjadi PA aku.

tak dapatt aku bayangkan.
janganah aku bermimpi ngeri karang.

Zalikha berkata...

'anak perempuan senang dijaga daripada anak lelaki. namun, anak perempuan susah dididik daripada anak lelaki'
suka sangat ayat ni.dah lama tak dengar.terima kasih ^_^

kite pun tak sangka kite ada parent yg mcm ni.haish...mmgla utk keselamatan..tapi takyahla nak membebel benda yg sama je...=_=(siap dah bole hafal.mukadimah,isi dan penutup)

kita betul2 berharap ayah kite akan sedar kite dah 18 n pernah belajar taekwondo.kite rasa dia ingat kite takde common sense.

dulu,masa dia penah tak bagi kite keluar,kite ckp:"alah,kalau hilang satu,abah kan ada lagi 9"
hahaha..bertuah punya anak.bapak kite diam je.kelu la tu kot.haish...nakalnya kite.hahaha

apepun,ko punya blog ni mengingatkan satu kata2 Saidina Umar Al-khattab yg kite jumpa kat buku PSI:"Janganlah didik anak kamu mengikut zaman kamu sebaliknya didiklah mereka mengikut zamannya (sebab zamannya tak sama dgn zaman kamu" (lebih kurang bunyi mcm ni la)

ami,ni first time kite komen ko punye blog sambil dgr lagu.lagu koi hanabi.lagu sedih.sebab hari ni sangat2 MERUNTUN JIWA!!kalau boleh kite nak memberontak je tapi tak sampai hati la...susahnye jadi org pendamai ni.semua tak sampai hati.kalau bawak gi perang kalah oh...=_=

Zalikha berkata...

syafiq: ko sorang je ke anak lelaki?mungkin sikat rambut tepi ko tu mengingatkan dia pada fesyen rambut ayah ko yg famous time 80-an.so mak ko mungkin nak mengimbau detik2 muda2 ngan ayah ko.hahahaha

amii afandi berkata...

zalikha: siap boleh hafal en mukadimah, isi, penutup segala. tapi satu benda la. nasib baik masa kau keluar dengan kita,ayah kau mcm bagi je la.

aku pun harap yang mak aku sedar aku dah 18 dan bukan budak sekolah lagi. ni sikit-sikit nyorokkan broadband. mcmlah aku kat rumah ni kena belajar saja.(belajar apa skarang pun aku tak tau la)

haha. aku rasa kalau kau dibawa perang perdebatan mesti menang. pandai memanipulasi orang.

NaRuFiQ berkata...

ami:hak3...cian ko amii..pe slhnya dia jadi PA hang...cari jodoh pon mak hang tentukan...orait
ngeh3
zalikha:lagi r...setahu ayah aku mne penah sikat rambut..serabai gak mcm aku skunk...ngeh3 pe da jadi ni suma stok kutuk parent ni...

amii afandi berkata...

syafiq : tak de maknanya mak aku jadi PA aku. aku tak nak la mak aku carikan jodoh. ngeri!

p/s:maaf ya tuan-tuan dan puan-puan. blog saya dijadikan tempat untuk melahirkan rasa tidak puas hati kepada parents.