TUKANG BACA

Isnin, 28 Februari 2011

MERUNTUN JIWA


kau nak tahu. dalam kehidupan kita. banyak perkara yang meruntun jiwa.

ya. banyak sangat yang bisa buat kau melelehkan air mata. kadang-kadang kau hanya lap-lap air mata kau tu. kadang-kadang kau bisa tersedu-sedan. lebih teruk, kadang-kadang kau akan meraung-raung. meratap. bagai laki mati bini.

semuanya kerana perasaan meruntun jiwa kau. 

tanpa kau sedar. kadangkala dalam dunia khayalan pun kau bisa menangis. kau bisa merasai jiwa kau merundum. kau bisa meletakkan diri kau sebagai watak utama dalam dunia khayalan kau.

tanpa kau sedar. kadangkala kau jua bisa menitiskan air mata hanya kerana melihat cerita hindustan. bila heronya mati mulalah kau tersedu-sedan. mulalah kau memainkan watak. okeylah. mungkin kau tak menjiwai hindustan. hah! kalau kau menonton sinetron indonesia, pastinya kau akan berlinangan air mata melihat baim wong menangis kerana cinta terhalang. pasti. ini kerana perasaan meruntun jiwa kau.

okey. mungkin kau akan berteriak sebegini. "apa barang layan hindustan dengan indon."

yalah. yalah. kalau kau tak meruntun jiwa tengok cerita sebegitu. mestilah kau adalah touching-touching banyak tengok drama-drama korea. berbekalkan berkotak-kotak tisu, kau tengok sambil kesat-kesat air yang meleleh. nak lebih bermain emosi. tontonlah cerita jepun. memang bersemangat habis. tapi kau akan rasa perasaan meruntun jiwa juga. 

mengapa kita perlu ada perasaan meruntun jiwa sebegini? nampak macam lembik je. cengeng. kememe. tak cool kan, layan jiwang-jiwang macam ni.

apa boleh buat. Allah wujudkan perasaan ini supaya manusia lebih berkasih sayang. manusia lebih berpekemanusian. manusia menjadi lebih prihatin dan sensitif dengan keadaan sekeliling.

bayangkan kalau perasaan meruntun jiwa ini hilang dan terus lenyap dalam diri kau?

jangan takut untuk berasa sedih. jangan pula takut untuk meluahkan rasa sedih.

yang benar.
amii afandi.

6 ulasan:

L.I berkata...

ko rse aku ni individu meruntun jiwa ke??
dulu2 aku selalu nanges bende bodoh...
sekarang aku nanges bende yg merangsang manusia menitiskan air mata....

amii afandi berkata...

aku rasa semua manusia boleh jadi individu yang meruntun jiwa. kecualilah dia betul-betul hati batu. batu pun tak sekeras hatinya.

wahwah~benda bodoh pun kadangkala boleh meruntunkan jiwa kita

Zalikha berkata...

WAAAAH AMIII!! I LIKE.ko letak la butang like kat sini =_=

ummm...betul tu.kalau kite takleh nak rasa perasaan "meruntun jiwa",maknanya kite ni plastik.bukan manusia,kan?even tenjou night (citer zettai kareshi) lagi bernilai drpd manusia plastik.

tapi bile dah besar,makin susah nak nangis..n makin susah nak gtau org yg kite ni sedih kan?gosh..adults are complex =_=

tapi kite rasa movies mmg ada satu power:buat org menangis.ada je org besar menangis tengok TOYS STORY...cool.tapi setakat ni takde lagi la blog yg bole buat kite nangis...

amii afandi berkata...

kejap. tenjou night tu sape?

ada orang pula yang bila dia makin besar dia jadi makin sensitif.

Zalikha berkata...

tenjou night tu robot cinta.lama2 dia bole ada perasaan n rosak sbb sistem dye takleh handle perasaan tu.best.citer ni buat kite nangis.hahaha

ko penah jumpe org mcm tu?

weyh,smlm yg ko call kite tu betul2 meruntun jiwa.suara kuar pun tersekat2.hahaha.tahan nangis.haha

amii afandi berkata...

oh. kiranya robot pun ada perasaan la ni ya.

aku pernah jumpa. maybe masa kecil dia tahan emosi kot. bila dah besar dia dah tak boleh menampung emosi dia.

haha. tu la aku tanya. kau nangis ke? suara macam dah tak terkeluar.