aku merenung keluar tingkap. kosong. tidak berperasaan. otakku tidak lagi ligat semacam kelajuan kereta yang dipandu ayahku. kosong tidak terisi apa-apa.
cuma satu. rasa sayu.
cuma satu. terasa layu.
"tiba-tiba rasa rindu pula pada kau."
kusegera menghantar pesanan ringkas itu. seiringan dengan kereta-kereta yang muncul dan hilang.
"hehe. kita berdua atas jalan raya. sila pandang langit kalau rindu."
*mesej yang sebelum-sebelum itu telah ditapis. dan lebih kepada peribadi.
aku pandang langit. bulan separuh. bintang pula banyak. cantik. sangat cantik.
oh bulan. sampaikan kata rinduku pada puspa.
oh bintang. sampaikan salam kasihku pada kanda!
melihat bulan. rasa sayu.
melihat bintang. rasa rindu.
adakah kau turut melihat bulan yang sama sepertiku?
oh. aku lupa yang kita telah berkongsi. berkongsi bulan yang sama. berkongsi bintang yang sama. malah. berkongsi bumi yang sama.
kadangkala bulan bermuka penuh. bercahaya. bersinar-sinar. cantik. sangat cantik. semacam juga manusia. ada manusia yang sukses dengan jayanya. bergemerlapan. disanjung. seperti bulan bermuka penuh.
kadangkala bulan bermuka separuh. tetap ada sinarnya walau tidak seterang si bulan bermuka penuh. seperti juga manusia. ada kalanya bersinar. ada kalanya malap. sekejap manusia temui kegagalan. sekejap lagi temui kejayaan. tidak konsisten.
kadangkala bulan bermuka sabit. tidaklah seterang si bulan bermuka penuh dan separuh. namun tetap menarik perhatian sang perindu. begitu juga manusia. walaupun tidaklah bersinar. tidaklah berjaya. namun. manusia yang biasa-biasa turut menjadi perhatian. malah lebih bahagia daripada mereka yang sukses.
kadangkala bulan langsung hilang. malap. tidak kelihatan di awan. kelibatnya langsung tidak kelihatan. ada juga manusia yang sering temui kegagalan. kegagalan dalam semacam perkara. malah seringkali diketepikan. disisih. tidak dipedulikan. hidup bagai melutut di tepi gantang.
namun. semacam manapun gemerlapan sang bulan. bintang seringkali menemaninya. berjuang bersamanya. turut menambahkan sinar di langit gelap. kadangkala dengan naik turun manusia. ada yang datang menyokong. memberi dorongan. semacam bintang. agar manusia kembali bersemangat meneruskan kembali kehidupan.
bulan dan bintang sering bersatu.
dan sepatutnya manusia pun juga begitu.
dan inilah yang dinamakan percintaan atas jalan.
jalan kehidupan yang penuh dengan kesesakan manusia.
yang benar.
amii afandi.
5 ulasan:
Ami....speechless...THE BEST YET!!
TRULY BRILLIANT!!
"kadang2 kite takut akan gelap.tapi kerana kegelapanlah kita dapat melihat sang rembulan dan bintang.sesungguhnya setiap perkara ada hikmahnya.bertahan jepun!!!"
hahaha tetiba plak jepun.tapi jepun mmg kena hatrik!
1.gempa bumi terbesar 8.9 skala richter
2.tsunami
3.krisis nuklear
Malaysia tak dapat ujian mcm tu sebab Allah tahu kita tak boleh hadapinya.
Minna-san,mata saiken shimashou!nissy,ganbatte!! >_<
herherher...
bunyi sayuu je...harhar
zalikha : amboi. topik dah menyimpang nampak? tiba-tiba jepun err?
apa-apapun aku setuju kata-kata kau.;)
shazreel:sayu ke??haha.
mmg tgh sayu pun kan?
Catat Ulasan