TUKANG BACA

Khamis, 10 Mac 2011

TEORI PILIH BAJU


aku menguak kedua-dua belah pintu almari putihku. sekaligus. kemudiannya termangu. serta mengaru-garukan kepala.

"baju apa ya nak pakai hari ni?"

ada baju belang-belang. petak-petak. dan baju yang colour-colour. err. lantasku menarik beberapa helai dan letakkan di hadapan. cis. apalah susah nak buat pilihan.

aku rasa bukan aku je. kau pun kan? asal nak keluar mesti kau berfikir nak pakai baju apa. ada yang lebih drastik. call kawan tanya, 

"hey, awak nak pakai baju apa hari ni?"

atau.

"kau rasa aku sesuai pakai baju apa?"

alah. tahu sangat la. biasa la tu. seringkali terjadi di mana-mana. bukan hanya kau dan aku. tetapi semua.

oh ya. sedang aku termangu dihadapan helai-helaian baju pilihanku. aku dapat memikirkan suatu teori. err. tapi macam pelik je teori yang aku dapat fikirkan ni. lantas aku namakannya teori pilih baju.

sebelum itu. diingatkan bahawa ini hanyalah buah fikiranku yang tidak seberapa.

ehem.
kita pakai baju lain hari-hari. aduh. memanglah. bosanlah kalau orang tengok kita pakai baju yang sama je. nanti orang kata kita tak basuh baju tu pula. walaupun ada baju yang kita suka sangat pakai.

begitu juga dengan keadaan sosialisasi manusia. kita akan seringkali berjumpa dengan lain-lain orang dan bukanlah orang yang sama. walaupun ada beberapa orang yang memang kita rapat dan suka berkawan.

kadang-kadang bila kita membeli belah. kita berjumpa dengan banyak baju. dan kita cuma akan membeli baju yang cantik dan selesa pada kita. 

sama jugalah bila kita berkawan. mereka yang kita rasa selesa dan sesuai sahaja boleh kita terima sebagai rakan baik kita. 

kalau baju yang kita tidak berkenan tu. kita biarkan saja. letak balik dan tidak mengambilnya.

macam itulah juga apabila kita bertindak dengan orang ramai. kadang-kadang kita cuma menegur mereka yang tersenyum. yang boleh memberikan keselesaan. yang lain tu kita tidaklah beberapa peduli.

kau perasan tak. kalau kau tengok balik baju-baju kau. semuanya hampir serupa. 

kalau kau suka baju petak-petak. jadi. mestilah baju kau banyak yang petak petak kan? 
kalau kau suka warna kelabu. baju-baju kau pun banyak kelabu kan?

sebab apa? sebab baju kau ikut taste kau. 

dengan kawan-kawan kau pun sama. kebanyakkan kawan kau mesti orang yang sepesen dengan kau. kira macam satu kepala la juga. kalau ada yang lain. mungkin sikit-sikitlah. tak semua. sebab. dalam banyak-banyak baju kau pun. adalah terselit baju yang berlainan. dengan taste kau. tapi  sedikit sahaja mungkin.

hah. ada lagi. 
pasal baju-baju kau yang lama. kalau kau tak bagi orang pun. mesti kau lipat-lipat dan letak di tempat yang paling dalam. betul tak? tapi adalah terselit satu dua baju yang kau suka dan sanggup pakai bertahun-tahun.

serupa juga dengan manusia di sekeliling kau. orang yang lama. kadang kala kau dah lupakan. dan kawan baik kau yang dulu-dulu pun kau telah tinggalkan. sudah tak menjadi kawan baik kau lagi. tapi. ada juga terselit sorang dua kawan baik kau yang boleh kekal dan hinggap lagi bersama kau.

ehem.
kadangkala manusia ni cepat bosan. namun. sebab itulah dunia ini tercipta kepelbagaian. dan oleh sebab adanya kepelbagaian. kesetiaan manusia memainkan peranan. 

dunia ini bukanlah besar. dunia ini juga bukanlah kecil.

oleh itu. pilihlah 'baju' yang benar.

yang benar.
amii afandi.

5 ulasan:

Arpiiz berkata...

saya memang tak kisah nak pakai baju apa, asalkan ada je..hehehe

Zalikha berkata...

DUNIA INI SEDERHANA KECIL.

Suka post ko yg ni.ko explain benda2 mcm ni guna analogy baju kat dlm almari.hahaha..bijak2.BRILLIANT!

amii afandi berkata...

arpiiz : asalkan ada pun dah cukup ya?hahaha

Shazreel Amir berkata...

Perghhh!! ade butang LIKE tak?
Sumpah karya kau memang best!! :DD

amii afandi berkata...

shazreel : thanks atas pujian kau. kau membuatkan aku lebih bersemangat;D