TUKANG BACA

Rabu, 16 Mac 2011

SEMANGAT YANG HILANG

sekarang. otakku jadi buntu.
sekarang. otakku jadi beku.

err. dengan secebis semangat yang tinggal. kugagah jua meneliti blog yang semakin ketandusan idea.

okeylah. pagi-pagi aku bangun solat subuh. renggang-renggangkan tangan. kaki. dan segala urat saraf. sudah renggang-renggang. ambil earphone. pup! dengar lagu.

abah masuk. "apa ni pagi-pagi dengar lagu? orang pagi-pagi tolong buat sarapan."

mulutku muncung sedepa. kemudian mencebik dan merungut perlahan. tidak kedengaran. karang kalau dengar naya aku. kena siku sekali dengan abah. tapi. aku tak juga bangun. tapi sambung  bermalas-malasan. berlingkar lagi di atas katil. apalah pemalasnya si anak dara seorang?

sambil melayan semangatku yang hampir hilang. aku curi-curi mengintai tingkap. yalah. manalah tahu terjumpa kembali semangat itu.

kulihat luar. sang mentari sudah naik. namun tidaklah pula semangatku pada hari ini menaik semacam mentari itu.


mentari sentiasa bersinar. namun aku? cit. sentiasa hambar.

teringin juga ya nak menjadi sang mentari yang sentiasa menyinari kehidupan manusia.
namun. apakah daya. aku seorang manusia. yang sering berubah-ubah semangatnya. tidaklah selalu terang seperti mentari.

ehh? bukanlah. ini sudah silap.
kadangkala sinaran mentari juga berubah-ubah. sama seperti semangatnya manusia. ada kalanya terik. ada kalanya mendung. ada kalanya mentari tidak kelihatan. ya. tidak kelihatan. kerana awan meluruhkan tangisannya.

oh. awan turut menangis seperti manusia. awan menangis membawa rahmat. namun. manusia menangis membawa?

err. membawa apa ya? yang pasti manusia menangis melepaskan tekanan.

kadangkala ribut turut melanda. menenggelamkan sinaran sang mentari. yang bisa menumbangkan pokok. yang juga bisa membubarkan aktiviti harian sang manusia. ribut juga selalu melanda dalam jiwa manusia. yang bisa sungguh menenggelamkan rasa jingga dalam jiwa manusia. malah. juga bisa memberikan aura negatif yang meruntuhkan cuaca sekeliling.

haih. nampaknya sekarang aku turut melayan ribut di dalam jiwa.
sememangnya semangatku kini sudah hilang sepenuhnya.

semangatku sudah hilang.
semangatku semakin melayang.

selamat tinggal dunia.
eh. aku tidak kemana.

yang benar.
amii afandi.

4 ulasan:

Boyak berkata...

Harharhar! Melalui gaya penulisan kau ni kan..

Mesti time ni kau tengah boring dan ngantuk kan??

amii afandi berkata...

hahah. memang aku tengah boring ni. so. agak merepek la juga. haha

Zalikha berkata...

parah ni ami.....dah mcm kronik je tengok ko ni.anyway,mood ko kena tempias kat kite la...pun tgh takde mood pepagi ni =_=

btw..sekali lagi...ko mcm bahruddin bekri..hehe

amii afandi berkata...

kronik ke? haha. dah bosan. lepastu jadi tak bersemangat.

inilah gayanya entri yang sedang ditulis dalam keadaan malas dan tidak bersemangat.