TUKANG BACA

Rabu, 9 Mac 2011

TERASING DALAM KETERPAKSAAN

suatu petang di padang sekolah pada awal tahun 2011.

aku sedang memasuki kawasan persekolahan. err. alamak! biar betul aku ni? rasa gugup. resah. gelisah. segalanya berbaur. aku betul-betul tidak suka bila keadaaannya begini.

terdetik dalam hati, ”aduh, apasal pula aku kena ikut mama ni?”

aku keluar dari kancil silver emakku. lihat kiri. lihat kanan. segan! kalau boleh mahu sahaja aku putarkan waktu dan menolak ajakan mama. ceh. dia kata nak tengok tempat belajar kereta. alih-alih melencong pergi sekolah pula. ni la rasa macam tak best je.

bukan apa. aku rasa malas dan tidak berminat hendak berjumpa dengan budak-budak itu. ya. merekalah.

dalam keterpaksaan, aku melangkah longlai. menuju ke padang sekolah. budak-budak yang melihat mengerut-ngerutkan dahinya. mungkin aneh. ”apahal kakak ni ada?”

alah. aku tahulah aku tak diundang. kau semua ni kecoh lebihlah.

kelihatan cikgu-cikgu. sekadar berbasa-basi kami berborak seketika. dan kemudian cerita kedai kopi antara cikgu-cikgu telah bermula. apa yang boleh aku buat. pasang telinga sahajalah. dan menjawab bila ditanya. gelak bila perlu.

kemudian, aku membontoti emakku. ke kawasan rumah kuning. semasa dia pergi menguruskan rumah kuning, dia hanya meninggalkan aku bersama beg tangannya. terpinga-pinga aku. lantas mengambil tapak untuk aku melabuhkan punggung. 

aku tengok budak-budak itu. budak-budak yang dahulunya juniorku. ya. hanya menengok. dengan pandangan kosong. yang tak membawa apa-apa maksud. ku dongak pula ke langit. cantik cuaca hari itu. namun. tidaklah secantik perasaanku. 

aku beralih kembali pandanganku kepada mereka. satu per satu. oh. budak ni. aku kenal. oh. budak tu. yang selalu terserempak dekat kedai. oh. budak yang kat sana. aku rasa macam pernah nampak je. boleh kata semua aku kenal. 

err. tapi yang sadisnya. selama ini aku tidak pernah pun rapat dengan salah seorang diantara mereka. selama ini aku tak pernah pun cuba membuka langkah untuk bebicara dengan mereka. asing. aku dan mereka memang sangat asing walaupun ada diantara mereka bukanlah orang baru dalam kehidupanku. dan aku bukanlah orang baru dalam kehidupan mereka.

aku tersentak. bahawa sesungguhnya perkembangan tahap kesosialan aku ini amat menyedihkan. tiba-tiba aku berasa asing dengan keadaan sekolahku sendiri!

keasingan yang membawa aku pergi jauh. jauh. dan jauh.


4 ulasan:

NaRuFiQ berkata...

kadang2 tu teringin nak friendly ngan orang...
tapi lidah kelu tak nak berkata2
tak ade topik nak kuar....

ades....

amii afandi berkata...

sama la dengan aku.
cuma friendly dengan orang yang betul-brtul rapat dan selesa.

Zalikha berkata...

Ami!!! kat sekolah kite pun pendiam! ehehehehe...tak sangka part yg ni kite sama.tapi bile mcm ni lama2 kite pon rasa bosan sbb kadang2 nak borak jugak.ehehe...tapi kat sekolah impression kat kite yg kite ni budak-nerd-kawen-ngan-buku-je mcm dah stuck kat neuron semua org.cis.

so,bile kite ada tournament debate or apa2 event kena keluar sekolah ke,kite nak berubah.n nak test satu teori ni:senyum tu berjangkit.

so,kalau kite pegi tempat baru,kite senyum je kat org yg dok sebelah kite (senyum gaya nishi.ehehe).skang ni semua yg kite senyum tu dah jadi kawan/kawan fb!ehehe...result:teori tu betul!

try la ami!tapi hati2 eh.jgn salah senyum.ko tu dah la cute2 heliza gitu.nnti ada yg try nak "mencuri","stalk",n jadi "paparazi".ehehehehe ;)

amii afandi berkata...

tu lah. kadang-kadang kita boleh jadi rapat dengan orang yang bukan kita jumpa di sekolah. sebab kat sekolah orang pun macam dah label dan stick kat kepala kita yang kita ni budak pandai, budak baik.

orang yang kita jumpa di luar sekolah dengan senangnya kita hulurkan senyuman dan berborak kan?

ceh. aku mana sama dengan heliza tu. heliza tu cute sangat!-.-