TUKANG BACA

Rabu, 6 April 2011

HIDUP PENUH CURIGA?

dunia ini penuh dengan kecurigaan.
dunia ini penuh dengan hipokrasi.

cuba kau pandang kiri kanan. depan belakang.
kau pasti percaya yang dunia ini penuh dengan kepura-puraan.

kau rasa apa? kalau aku. aku rasa teruk. 
ianya jadi teruk bagi seorang naif macam aku.

kini. semua orang mula merasa curiga antara satu sama lain. tiada lagi makcik-makcik yang duduk bergosip di tepi pagar. tiada lagi budak-budak yang bermain tepi jalan. tiada lagi -jiran tetangga yang seringkali melawat dan memberi buah tangan.

ya. semua itu tiada. kalau kau tinggal di tempat aku inilah.
maka. dengan ini. dasar tutup pintu semakin menular. 

kau buat hal kau. aku buat hal aku. duh! apa ni?

kau nak tau. kau. kau dan juga aku sekarang sudah sombong. bongkak. dan perasaan yang dahulu kononnya berperikemanusiaan sudah ranap. hilang. 

manusia sememangnya kejam. 
makin moden makin sesatlah tindakan.

err.
suatu hari. aku rasa agak marah kepada seorang dewasa. gara-gara dia tidak ingin meminjamkan handphonenya untuk mendail nombor anak kepada seorang cina tua.

alasannya apabila aku memandang dengan rasa yang berbaur. "dah habis kredit la".

cit. padahal baru kejap aku tengok dia guna. orang dewasa. biasalah. mementingkan diri.

apabila baru-baru ini aku mendapat penjelasan mengenai tindakan mementingkan diri tersebut oleh seorang rakanku. baru aku mengerti.

"abang kita pernah meminjamkan handphone dia. alih-alih terus orang tu bawa lari."

durh. terpinga-pinga aku.

sememangnya dunia sekarang memang tak boleh dipercayai. manusia semakin pelik. dan manusia juga semakin hilang tamadun.

agak sadis bagi mereka yang amat memerlukan pertolongan. di saat kecemasan.
aku yakin tiada siapa yang berani untuk tampil dan menghulurkan bantuan.

hidup ini memang betul-betul penuh dengan kecurigaan.

kau tengok. kalau ada rumah yang kena rompak. besar-besaran. siap bawa lori sekali. tiada siapa yang ambil tahu. ambil peduli.

bila kes itu dah disebarkan. barulah semua orang tertanya-tanya. buat-buat ambil tahu tapi sebelumnya tiada peduli.

tanya jiran. jiran akan kata. "saya ingat mereka pindah rumah".

woi! apa ni? nampak sangat kau memang mementingkan diri.

kau lihatlah. kiri kanan. depan belakang.
siapa yang harus kita percaya?
seharusnya kini tiada siapa.

kau nak percaya kepada kawan kau. urgh. tak ingat kes kawan baik perangkap kawan bawa dadah?
kau nak percaya kepada saudara mara kau. saudara mara ini pun kadangkala suka menjatuhkan.

kau buka mata kau besar-besar. 
dunia ini tiada apa yang bisa dipercayai.
semuanya dikaburi dengan hipokrasi.

maaflah. orang yang naif dan lurus bendul tidak diperlukan dalam dunia ini.
sadis. memang sadis. tapi itulah kenyataannya.

kalau kau licik. senanglah kau nak hidup ya.

yang benar.
amii afandi.

7 ulasan:

LiyAna MaRzuKi berkata...

Abang sape yang kene tuh weyh?

amii afandi berkata...

ehem. rahsia. hahaha.

NaRuFiQ berkata...

stp penjuru ada lah yg paling tajam...
maka pandai2 la mengelaknya...lalalala

amii afandi berkata...

jangan lupa. kita haruslah nampak comel namun licik seperti tikus.

err. ade kena mengena ke? haha. -.-''

Zalikha berkata...

Wuah Amii!! ko kedengaran bengis! hahaha...mcm marah sgt la plak.tapi masa ko menulis mestila mood tgh biasa2 je.haha

Itulah realiti.Mmg tak boleh nak buat apa.Seperti yg ayah kite selalu kata:"KAT DUNIA NI TAKDE SAPE YANG AKAN BELA KITA KALAU BUKAN DIRI KITA SENDIRI".

tapi kite percaya dunia bukan la sekejam tu.kite mungkin akan jumpe yg baik dan mungkin tidak.tapi benda2 yg tak best tu mungkin ialah P&P daripada Allah.Jadi,just enjoy what we have now,nee~

Ganbatte ami! dunia masih perlukan orang naif.serius.kalau ada yg licik mesti kena ada yg naif.baru balance.

Zalikha berkata...

Amii,nak share satu citer yg ala2 sama ngan lori-penipu-kononnya-nak pindah-umah tu.Kes ni berlaku kat jiran cina kite.

Pada satu tgh hari yg kosong takde orang (biasa la tu puchong ni =_=),
ada satu kereta ni masuk perkarangan umah jiran kite ni.

ada org keluar.masuk umah tu buat muka mcm "oh-aku-tuan-umah-ni".

tak lama pastu dia keluar,masuk dlm keta tu,dan pergi.

petang tu...

keta tu yg sama masuk.tapi org yg lain keluar.bila dia masuk umah-

"BARANG2 AKU DAH HILANG!!!"

bijak kan pencuri tu? dia guna keta yg sama ngan pemilik umah tu.jadi takde suspek.rasanya mesti dia dah buat kajian yg terperinci pasal mangsa dan rumahnya.

serius..kdg2 benda ni berlaku bukan sbb kite individualistik.Cuma kite tak suspek je benda tu ialah crime-in-the-making.

wuah..penjenayah mmg bijak! geliga betul otak...=_="

amii afandi berkata...

"KAT DUNIA NI TAKDE SAPE YANG AKAN BELA KITA KALAU BUKAN DIRI KITA SENDIRI".

wahh. suka ayat ni!

memang. biasanya perompak lagi lagi yang nak merompak kat puchong ni mesti pakar gila dalam merompak.

rumah jiran aku yang ada anjing comel tu pun pernah kena. anjing dia kena simbah dengan air apa tah buat dia tak menyalak. memang seram.

nenek aku tengok kat tanpa perasaan curiga.