TUKANG BACA

Selasa, 12 April 2011

LEPAK JE LA


ehem. assalamualaikum semua.

okeylah. aku tahu ramai yang mengalami kemerunduman emosi ketika ini. err. kalau kau tak rasa begitu. abaikan sahajalah. mungkin aku dan kau yang lain rasa begitu.

pasanglah matamu besar-besar ya.
marilah sini aku ingin berbicara.

kalau orang anggap kau baik. kau mesti rasa pendapat orang tersebut salah kan?

mesti kau akan cakap macam ni. "mana ada. aku ni tak baik mana la."

kau mesti rasa tak selesa. rasa macam nak sahaja menidakkan apa yang orang katakan mengenai diri kau. dan. kau cuba untuk menunjukkan kenakalan kau sikit-sikit. ceritakan benda-benda nakal yang tak lah sejahat mana kepada orang. tak adalah orang asyik cakap yang kau ni baik.

err. mungkin ada diantara kau yang dipanggil 'baik' ini rasa seperti terkongkong. terkongkong dengan perkataan azimat itu sendiri.

mula-mula bolehlah kau bajet baik. berlakon. semata-mata nak menyedapkan hati orang sekeliling. hendak menjaga nama kau yang baik itu.

tapi. kau boleh tahan ke untuk seumur hidup kau?

aku pasti. komfem tak. pasti tembelang kau akan pecah suatu hari nanti. dan menjadi bahan sensasi untuk diceritakan oleh orang-orang.

wah! meletup kau sekali lagi.
orang yang sama tapi dalam konteks yang berbeza. berpusing 360 darjah.

kadang-kadang pujian juga boleh menjatuhkan ya?

macam mana  kalau orang cakap kau jahat? apa yang kau rasa?

mesti macam ni. "alang-alang orang kata yang aku ni jahat. baik aku jadi jahat terus."
(teringat prosa tradisional 'pertarungan tuah dan jebat'. ehh. tu ke tajuknya?)

kau tak rasa ke manusia ni pelik?

bagi akulah. hidup ini kenalah lepak je. 
bukan maksud aku kau boleh ambil remeh semua perkara. pujian yang orang berikan kepada kau itu. kau terimalah dengan rasa rendah diri. kritikan yang diberikan orang itu kau ambillah dengan tangan terbuka.

kalau kau rasa kritikan dan pujian itu tidak membina. kau campakkan ia jauh-jauh. sampai tak boleh muncul kembali.

bersederhanalah dengan semua perkara.
kerana. dengan ini kau akan rasa bahagia.

ada seorang insan yang bilang kepadaku. "kalau orang kata kita baik, kita haruslah menjadi itu sebagai suatu anjakan untuk kita menjadi lebih baik. bukannya menjadi lebih jahat."

betul juga. sebab. semua mereka sentiasa menafikan apa pendapat dan kritikan orang terhadap mereka.

yang benar.
amii afandi.

10 ulasan:

NaRuFiQ berkata...

orang akan lupa kita buat satu kebaikan tapi orang akan lebih ingat jika kita buat jahat walaupun sekali...

pandanglah aku...lalalala
hak3...lagu baru ek

amii afandi berkata...

ya. betul tu.^^
kalau buat silap sikit habislah kena bahan. haha.

hahahaa. lagu baru laa. tukar selera. wahaha. macam meruntun jiwa je -.-''

Arpiiz berkata...

kalau tunjuk diri terlalu baik orang akan kata, kalau terlalu jahat, memang sah orang akan kata.. jadi lebih baik buat apa yang rasa sepatutnya..

amii afandi berkata...

ya. besederhanalah dengan semua perkara. itulah yang terbaik.

Zalikha berkata...

betul kan...sebab manusia mmg suka menidakkan.tapi kenapa kalau org kata kite jahat lagi kite nak tunjuk eh? nape tak:"wokey! akan daku tunjukkan yang aku ni baik mcm wali Allah?"

teringat kata2 sabihah:"manusia ni kejam".hahaha.memang.makhluk yang ngeri.

tapi kalau ada yang ngeri mesti ada yang baik.tapi susah nak cari manusia yg kat "tgh2".haha..ada ke?

kalau dah jumpe satu manusia "tgh2",jangan lps kan dia.eheh!

Zalikha berkata...

betuul~,bile kite ni lepak2 je,kite tak terlalu berharap sgn sesuatu perkara.bile kite tak terlalu berharap,kite akan dapat mengelakkan diri drpd kekecewaan.

dan yang paling penting,kite kena cari satu kawan yg mcm tilam.bile kite "terjatuh",dia la tempat landing kite.

kalau dah jumpa satu kawan mcm ni,jgn lepaskan! ehehe!! \(^_^)/

amii afandi berkata...

hehe. teringat aku pada perdebatan aku dengan sabihah.

memang. betul juga cakap dia. manusia ini kejam. kejam terhadap binatang. malah juga kejam terhadap manusia sendiri.

Zalikha berkata...

lolololo~can't agree more (^,^)/

amii afandi berkata...

tiba-tiba aku rasa aku kalah dalam debate dengan sabihah. hahaha.

yossh! cakap kat dia yang dia telah menang:)

Zalikha berkata...

nape ko kata dah kalah? apa point ko n apa point dia?