TUKANG BACA

Sabtu, 30 April 2011

PERSIDANGAN MEJA BULAT MENGENAI NASI DOUBLE TRIPLE (PART 1)

rabu. 27 april 2011.

kira-kira12.15 pagi.
err. mataku yang tertutup rapat secara automatiknya tercelik luas. bingkas bangun dengan senyap dan penuh berwawasan. bagi melaksanakan misi yang sedia lama dilakukan pada pagi-pagi buta ini.

pelan-pelan. terjengket-jengket turun ke tingkat bawah. mula mencari dan terus mencari. jenguk dapur dan oh, itupun kau.

bingkas menyambar barangan berharga itu dan membawanya ke kamar tidur.

okeylah. aku tahu aku telah melanggar peraturan yang dilaksanakan.

agaknya pukul 1.30 pagi kot.
aisehman. nak dekat habis baterilah pula. terpaksa turun ke tingkat bawah lagi. curi-curi. terus charge dan kembali meneruskan misi.

3.00 pagi rasanya.
okey. masa untuk menutup mata dan terbuai dengan mimpi indah. lagipun karang nak ke PWTC. kenalah bangun awal.

bingkas simpan barangan itu ke tempat asalnya. oh ya. tidak lupa charge sekali bateri kamera.  kamera itu diletakkan di sebelah beg tangan comel di atas robok cermin besar yang terletak di ruang tamu.

Tepat 6.45 pagi.
“kak, pencil box mama mana?”

dahi berkerut. kening bagaikan tercantum. aneh. “semalam akak letak kat dalam beg mamalah.”

“mama dah tengok tapi tak ada!”

terpinga-pinga aku dibuatnya. sebab. semalam aku orang terakhir yang memegangnya.

“kak, laptop abah mana?”

dup dap dup dap. laptop? terus teringat pasal misi yang dilaksanakan semalam. “err. kan abah letak kat dapur semalam.”

kura-kura dalam perahu, pura-pura tidak tahu. padahal semalam  akulah orang terakhir yang mengusapnya.

“kenapa tak ada?”

Segera aku bergegas turun ke bawah. memandang tepat ke robok cermin besar di ruang tamu itu.

“mana beg akak? semalam akak letak kat situ. kamera pun!”

ohhhhhhh tidak!

dalam beg itu ada sebuah dompet gemuk.
dalam dompet gemuk itu ada ic. lesen. wang yang aku rasa agak banyak bagi seorang aku.

dalam dompet gemuk itu.
ada kenangan-kenangan berharga yang aku simpan.
tiket-tiket wayang. tiket-tiket bas.
resit pembayaran ke genting highland tiga tahun lepas.
email ustaz hisyam yang mengingatkan aku kepada rumah hantu juga pada tiga tahun lepas.
segala catitan nombor telefon terpampang di resit-resit aneh.
dua helaian sajak yang direka bertarikhkan 2 september 2006.

dalam dompet gemuk itu.
terdapat juga wang asing yang kalau tukar pun tidak membawa apa-apa perubahan.
juga syiling jepun pemberian zalikha dan sekeping RM 1 yang lama dan tidak dipakai zaman kini.

baru ingat nak jual pada masa berkurun akan datang. mesti kaya.

okey. berhenti. peristiwa bersambung kembali.

“beg aki pun hilang. macammana nak pergi sekolah?”

dalam kesedihan kerana beg dan dompet gemuk yang hilang. aku terbayang sebuah beg laptop sepesen dengan beg laptop sandang abah.  dipenuhi pula dengan buku milik anaqi. bukan setakat buku. juga penuh disumbat dengan segala macam sampah.

aku pernah buka beg adikku itu. jadi aku tahu keadaannya.

kasihan si pengambil itu. beg yang disangkanya berharga. rupa-rupanya dipenuhi dengan buku-buku seorang pelajar darjah lima.

Pukul 8.00 pagi.
ikut abah ke balai polis bandar puteri. mimik muka menjadi sememeh kerana kehilangan serta bayangan negatif perancangan ke PWTC tidak menjadi. 

tatkala menunggu abang polis menaip report. abah bersuara. “kau pergi PWTC pukul berapa?”

wow. boleh pergi! tanpa memberitahu bahawa aku telah membatalkan perancangan itu, terusku menjawab. “pukul 8.30.”

segeraku meminjamkan telefon bimbit abah. bagi memberitahu sekalian mereka bahawa perancangan akan diteruskan.

*robok itu gerobok. gerobok itu almari.

bersambung…

yang benar.
amii afandi.

2 ulasan:

L.I berkata...

hahahahaha....yg part 'misi' tu paling x boleh blah r....hak3....siyes aku sengih2 skrng ni...ish3

amii afandi berkata...

hahahah. kiranya misi la juga tu.
hehehe. tak sangka kau pun terlibat dalam misi ni. hahaaha.