TUKANG BACA

Isnin, 2 Mei 2011

PERSIDANGAN MEJA BULAT MENGENAI NASI DOUBLE TRIPLE (PART 2)

sambungan dari entri lepas.


kira-kira pukul 9.30 pagi.
dalam kereta wira kepunyaan ayah eika. tukang pemandunya memang bergaya walaupun seiring denganku dalam mendapatkan lesen P. okeylah. jangan suruh aku memandu kereta di tempat-tempat yang aneh. barangkali akan berlaku bermacam perkara.

kami bernyanyi-nyanyi kecil. seiring dengan pekikan radio. oh. rasanya radio itu hanya sayup-sayup berkumandang. tidak kuat. tidak perlahan. tidak mengganggu konsentrasi si pemandu berhemah.

sang wira yang perkasa memasuki parking di stesen sri petaling. durh. penuh. meluncur pula di stesen yang berikutnya. iaitu bukit jalil.

oh. pukul berapa ya? dalam pukul 10.15 pagi kot.
dalam LRT. oh ya. lupa pula memperkenalkan sekalian mereka yang bersamaku.

ehem ehem.  ketika ini aku bersama zalikha. eika. fadhilah dan asifa. mereka yang baik dan sejahtera hendaknya.

rasa sangat teruja walaupun wang sudah terbang. dikebas orang.

nasib baik atuk memberi RM 10. kemudian. aku meminta sedikit wang simpananku dalam dakapan atuk. fuh. tak adalah berjalan sehelai sepinggang.

tak tengok jam. oleh itu. tak tahu sudah pukul berapa.
sampai PWTC dan berjalan dengan seronoknya. oh. orang tidaklah ramai.

tiba di booth PTS. seperti biasa. serbulah. mata meliar mencari karya penulisan bahruddin bekri. heh. rambang mata. uissyyhh. nak pilih mana?

rasa nak beli semua.

okeylah. segera capai ‘penulis yang disayang tuhan’ dan ‘lelaki berkasut merah’.

p/s : zalikha. Aku nak pinjam ‘kita hanya diseberang jalan’ kau tu. Hehe.

sekitar PWTC lagi. memang  dah tak tahu pukul berapa.
rasanya promoter-promoter di sana agak desperate kot. hah. tiba-tiba zalikha yang dihadapan ditahan.

soalan pertama yang dihamburkan oleh dua sekawan promoter itu. “cik ke puan?”

bertambah lagi rasa terpinganya dengan soalan tersebut.

jalan punya jalan. sekali lagi diserang. kali ini aku pula diserang oleh seorang kakak bereyeshadow tebal. berwajah agak garang. mula-mula tanya umur. dan arus pertanyaan dipanjangkan kepada gaji ketika kerja part  time.

bila masa aku kerja part time pun aku tak tahu.

maaflah kakak promoter produk bahasa inggeris. sebenarnya saya tak bekerja. saya hanya mengiyakan kata-kata  kawan saya yang ada disebelah. dan dari situ saya telah mencipta suatu penipuan yang menyusahkan diri saya sendiri.

maaflah akak sekali lagi. saya dah tidak mahu bertemu akak kerana akak menggerunkan.

*malas nak menceritakan dialog penipuanku bersama kakak promoter itu. hampir setengah jam aku terkapai-kapai keseorangan. mereka yang lain sudah blah.

pukul 1.30 petang.
menuju ke the mall. untuk mengisi perut yang tersedia lapar. pergi ke food courtnya yang berada di tingkat paling atas.

fuh. sudah ternampak gerbang indah “medan hang tuah.”

masuk-masuk penuh dengan rasa kagum. oh. tak adalah kagum sangat. sebab. ini kali kedua aku makan di sini.

ramai orang. berpusu-pusu. cuba cari tempat kosong. oh. hujung di nun sana. mejanya ada. namun kerusinya hilang disambar manusiawi.

cari kerusi dan akhirnya jumpa dengan bersusah payah.

air sudah dipesan. cuma makanan sahaja yang belum. baiklah. cari gerai. untuk tiga pinggan nasi patayya. sepinggan nasi goreng kampung. dan sepinggan nasi ayam.

duduk kembali di tempat tadi. sebab. abang gerai itu akan menghantar makanan ke tempat duduk.

tunggu punya tunggu sambil menghirup air fresh orange yang tawar. serta mahal. datang seorang makcik indon yang serkupnya kehadapan menghantar sepinggan nasi patayya. kami mengambilnya tanpa rasa curiga.

oh. adalah sedikit curiga. kenapalah makcik indon ini memberi sepinggan sahaja nasi patayya? padahal kami memintanya tiga. kan senang buat sekali gus.

oh. ada lagi curiganya. manalah makcik indon ni kenal muka-muka muda kami padahal sebelum ini tidak pernah kami berjumpa dengannya.

tanpa mempedulikan rasa itu. terus kami meminta baki makanan yang kami pesan. dengan harapan makanan cepat dihantar.

err. kira-kira 15 minit kemudian.
makanan tak sampai-sampai. haih. lamanya. tengok fadhilah menikmati nasi patayya dan asifa yang berserinya menjamah nasi ayam membuatkan kesabaran tergugat. berulang alik ke abang gerai itu dan memintanya lagi.

bagaikan menunggu musang berjanggut. akhirnya tiba jua.

eh. apahal nasi patayya yang ini lain sedikit daripada nasi pattaya yang sebelum itu? pinggannya pun lain.

tanpa banyak berfikir. kami makan dengan err. entah. aneh sahaja rasanya. biasalah aku. dah lapar. makan sajalah.

tengok zalikha dan eika. makan sesuap. bermuka kelat. makan dua suap. terus ditolak. bermuka masam.

datang kembali makcik indon serkupnya dihadapan. dan menghantar lagi dua pinggan nasi pattaya dan sepinggan nasi goreng kampung.

oh. rupa-rupanya. Kami terpesan nasi double dari gerai yang berbeza.

pening-pening. semua bermuka toya. berdebat pula dengan makcik indon tersebut. akhirnya diakhiri dengan kata-kataku yang membuat aku menyesallah pula.

“dah. dah. bungkus bungkus.”

melihat muka seposen makcik indon itu. dan berbekalkan dengan sedikit rasa serba salah atas kecuaian kami. asifa dengan rela hati membayar nasi ‘triple double’ itu.

terjadilah persidangan meja bulat mengenai nasi triple double.

bermuka kesal.
wang berterbangan.

terima kasih asifa. membayarkan nasi triple double.
terima kasih fadhilah. membayarkan nasi yang berminyak dan sangat aneh rasanya.
terima kasih eika. membayarkan air yang agak-agak tawar. dan buku ‘lelaki berkasut merah’.

baru aku sedari. aku hanya membelanjakan wangku terhadap buku ‘penulis yang disayang tuhan’. =.=

balik dengan lesu dan berbekalkan perasaan aneh seperti siakap tiga rasa.

naik LRT. mulalah perangai menjadi gila-gila. menghiburkan hati yang lara.


nasi triple double di sungai midah.

tamat.

yang benar.
amii afandi.

11 ulasan:

QRA berkata...

aku ingat nasi midah tuh name nasik. mcm nasik le mak. nasi dagang nasi kerabu tuh semuaa. rupe rupenyee nasi pataya ni sg midah. :D

amii afandi berkata...

hahahahaa.
*garu garu kepala.

nasi triple double ni dinamakan midah oleh zalikha. kerana ianya melancong di sungai midah.

NaRuFiQ berkata...

mcm pernah dgr je citer ni...hak3...first time dgr lagu blog ko secara 'full'...hahahaha

therighthand berkata...

tak senonoh!!!! tetiba tamat!(>,<)hahahha

amii afandi berkata...

narufiq : kau memang pernah dengar la. aku dah cerita =.=''

lagu dalam blog aku meruntun jiwaa~lalalalaa

Zalikha berkata...

amiii~~kenapa citer ko ni dari climax terus....TAMAT???

hahahaha...seolah2 ko naik roller coaster tapi landasan dia terputus.terbang melayang,jatuh ke bumi dan K.O.hahahaha

sorry2...the right hand tu abang kite.tak sangka terguna account google dia.n tak sangka namanya the right hand.nasib baik ko kenal tulisanku.as expected


syafiq: mana ko penah dgr citer ni?

amii afandi berkata...

hahahahaaa. abis tu nak cerita apa lagi? climaksnya berlaku ketika nak pulang =.=''

aku suka ibarat roller coaster kau tu. yosh! falsafah yang cantik:)

la. padanlah ada perkataan tak senonoh. rupa-rupanya itu kau.

Zalikha berkata...

amii...mulai skang kite takkan tutup lagu blog ko.tee hee...sbb ada suara manja nishi!! cuma kan...nape tetibe suara naoya ngan nishi mcm nyanyi kat tandas? n ada bunyi TRAIN!!!! mantap la~~kite suka versi ni!!!! daisuki datta kara!! zettai!

like setrillion kali!!!!♪♫
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

amii afandi berkata...

hahahahahahaahaaaaa~ apelah =.='' nyanyi kat tandas la pulak.

Zalikha berkata...

chewing gum..aishiteru~~♪

NaRuFiQ berkata...

zalikha:ado r...hehehe