TUKANG BACA

Selasa, 24 Mei 2011

MENJADI YANG TERTINGGAL

ini hanyalah sebuah entri haprak. yang penuh dengan kerinduan.

kelmarin. buka facebook. main frontierville.
semalam. buka facebook. main frontierville.
hari ini. buka facebook. dan main lagi frontierville.

sebab tiada kerja. jadi ladanglah tempatku bermanja.

dulu.
serasa hidup ini berulang-ulang.
sekarang.
serasa hidup ini penuh kepelbagaian.

tak sangka lima bulanku mempunyai pengakhiran yang sebegini.
keseronokan lima bulan itu makin lama makin layu. kalau dibiarkan bisa mati.

aku perasan suatu perkara.
kerana rindu. aku layu.

aku rindu dia. dia. dan juga dia.
aku rindu semua yang telah meninggalkan.
membiarkan aku menjadi orang yang tertinggal.


melihat gambar mereka. terlebih rasa kerinduan.
terlebih rasa kesayuan. makin terlebih rasa kelayuan. 
layunya bagaikan disiram dengan perasaan.

aku cuba putarkan kembali memori dulu-dulu kala.
tapi apa yang disiarkan agak samar-samar. agak kelam-kelam.
mungkin malu untuk muncul. sebab pernah menjadi pembuangan.

dahulu perasaannya tiada. egois bermaharajalela.

entah mengapa. rasa rindu itu ada. masih tersemat. masih erat dilipat.

jahat.
bila cuba memadamkan kenangan.
bila cuba membuangkan memori.

dalam setiap langkah kita.
bumi akan berubah warna.

yang benar.
amii afandi.

Tiada ulasan: