TUKANG BACA

Jumaat, 20 Mei 2011

TIADA YANG PERCUMA

assalamualaikum.

tidak perlu terkejut. sebab aku masih ada di sini dan menjalani rutin dengan jayanya hari-hari.

ehem. sebenarnya. aku telah menghantar surat penangguhan ke pihak PLKN itu. memandangkan aku bakal menerjah bumi kenyalang. dan duduk bertapa disana. fuh.

baiklah. inilah yang mahu aku ceritakan kepada kau yang sudi menatap.

14 mei 2011. sabtu.
pada pukul 12.30 tengah hari.
fuh. apasal lah pula perut ini meragam? mesti kes tak makan pagi ni. arrghh. kejap lagilah makan.

lepas makan. dok guling-guling. rasa nak jerit. "maaaaaaaaaaaaaaaaa. saaakkiiitttttttttt."

lepas puas berguling-guling semacam cerita hindustan. turun bawah. kononnya nak merengek mendapatkan simpati mama. biasalah. anak manja.

"ma. sakit perut la. sakit sangat." 
*mengada.

aku dok berlingkar dekat katil bilik bawah. kedengaran atuk bersuara. "ni macammana ni nak pergi sarawak ni? sakit perut pun tak boleh tahan?"

disokong seratus persen oleh mama dengan menambah lagi bebelannya.

aduh. orang tengah sakit. boleh pula free-free kena bebel. -.-''

rasanya pukul 6.30 petang.
abah tengok aku macam nak mati je rupanya. terus bawa ke klinik metro. untung dr.prakash tu. setiap kali aku sakit. jumpa dia. heh. 

oh. kali ini tiada dr.prakash. yang ada seorang doktor melayu yang baru aku jumpa.

terus aku mengatakan yang aku sakit perut masuk angin. sedap-sedap je buat teori sendiri. 
tapi betul la. aku rasa perut aku ni masuk angin.

"biasalah. badan kecil macam ni memang selalu masuk angin. nanti okelah tu."

dapat ubat dan balik.

abah kata. "kau makan ubat ni. kalau kau tak makan siap kau."

mentang-mentanglah aku takut makan ubat. nak ugut-ugut pula ya. citt.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

sakit tak beransur pulih. makin pedih.
makan muntah. makan muntah.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

15 mei 2011.ahad.
ehem. ehem.12.30 pagi.
menjengah KPMC puchong. dan mendapat tahu terkena apendiks.

err. pukul 3.30 pagi. betul. aku tengok penanda di tangan aku.
muncul di hospital putrajaya. wad kecemasan. memang betul-betul macam kecemasan.

nurse yang comel ambil darah. 
nurse yang cantik cucuk di pergelangan tangan masukkan air.

*hey. tak sakit tau. memang dari kecil aku suka kena suntik.

dapat wad 3B no 7. ada empat katil. aku seorang sahaja yang ada dalam tu. fuh. nikmat. 
err.tak adalah nikmat sangat. kerana perut masih sakit.

aku tidur sorang-sorang. tiada siapa yang menemani.

kira-kira pukul 12.00 tengahari.
ada dalam bilik pembedahan. tengah tunggu pembedahan lain tengah dibuat. 

cuak la. masa tu terasa macam nak tinggalkan dunia.
*okey. tipu.

cuma terfikir je. biasanya waktu seakan itu aku membazirkan elektrik dengan mengonline. menambahkan bil telefon dengan bergayut.
*okey. tipu lagi. tak ada maknanya aku terfikir benda alah ini di saat-saat genting.

ehem. aku hanya terfikir.betapa banyak kesalahan yang telah aku lakukan kat dunia ini. pada kau. kau dan kau yang lain. pada semua. 

oleh itu di sini aku mengambil kesempatan untuk meminta maaf kepada kau ya.
*kali ini serius. tak tipu.

diberi ubat bius. dan dunia ini pun terasa gelap.

pukul berapa ya? rasanya 3.00 petang.
aku bertanyakan nurse yang baik hati. "eh. dah habis?"
nurse itu hanya tersenyum. comel. 

dalam keadaan mamai. aku cuba mengingati kembali. oh. memang tak sedar. yang aku tahu aku hanya disuruh tarik nafas hembus nafas. menggunakan penutup oksigen itu. 

selepas itu tiada lagi memori mengenai pembedahan.

okey. err. tamat.

**********************************************************************************

teringat kata-kata bodyguard kucing. "dalam dunia ini tiada apa yang percuma."

ya. disaat kita menghindari sesuatu itu.sesuatu yang lain pula bakal menerjah dan muncul di dalam hidup kita. 

disaat kita mendambakan impian yang ingin kita miliki. datang pula kesakitan yang perlu dibayar untuk mendapat impian itu.

apa yang perlu kita lakukan adalah redha dan terima dengan hati yang terbuka. jangan terlalu kecewa dengan hidup. Allah akan memberi sesuatu yang terbaik buat kita dan lebih indah daripada apa yang kita inginkan.

insyaallah.

yang benar.
amii afandi.

Tiada ulasan: