TUKANG BACA

Ahad, 29 Mei 2011

PADA SAAT TERAKHIR SI MATI

oh. susahnya untuk berada dalam mood menulis.
okey. bagi tidak mahu membiarkan blog ini separa mati. mari aku menyuntikkan sedikit imuniti.

ayuh semangat!

baiklah. sini lagi. aku ingin kongsikan sebuah cerita.

rabu lepas.
aku menemani atuk menziarahi upacara kematian. oh. kematian sepupunya di kampong bharu. meninggalnya tengah hari semalam. namun diuruskan pagi ini.

aku yang dikejutkan pagi-pagi oleh abah. bangun dengan rasa sakit di seluruh badan.
aku tak tahu. tapi pagi itu seluruh sendi aku terasa sengal.

tiba. dan kemudiannya bersalam-salaman. menyedekahkan bacaan yassin dua kali kepada arwah. melihat sekujur tubuh yang tidak bernyawa disuntik sedikit rasa sayu.

sekujur tubuh itu seterusnya diangkat dan dimandikan.
masa ini sempat aku melelapkan mata sambil dingin kesejukan. serasa bagai nak demam.
mula-mula. secara professionalnya aku dibuai mimpi dengan hanya tunduk. makin lama. tersengguk-sengguk.

usai dimandikan. sekujur tubuh itu dikapankan.
melihat boleh menimbulkan keinsafan. menyaksikan bisa menimbulkan rasa peringatan.

aku lihat mayat itu diselimutkan dengan kain putih. dan serpihan kapur barus.
oh. ini bukan pertama kali. setiap kali kematian.aku akan menyelitkan diri melihat sekujur tubuh dikapankan.

masa kecil-kecil dulu aku selalu tertanya, "apa kegunaan benda kuning tu?"
dan. masa ini juga aku kembali tertanya. seolah-olah terlupa jawapannya.

biasa manusia. mudah lupa. tidak ingatkan lalailah ia.

sebelum itu. aku ada berkenalan dengan cucu si arwah.
peramah orangnya. dia yang dahulunya berbasa-basi denganku. dan aku melayan.

"akak pernah tengok orang kena kapan tak? kalau kita, nenek orang lain kita takut. nenek kita, kita tak takut."

aku tersenyum. sambung budak darjah 4 yang petah itu lagi. "masa nenek kita hidup. kita pakaikan pampers untuk dia. nenek kan tak boleh makan bubur. dia nak makan benda yang boleh telan."

terdiam. terkesima. termangu sebentar.
kalau atuk sakit. aku akan jaga dia tak? macam cucu si mati ini. padahal selama inilah atuk yang jaga aku. kecil-kecil dulu. bawak aku kehulu kehilir. jaga pakai makan aku. cebukkan berak kencing aku.

terdetik rasa kagum kepada budak ini.

budak perempuan ini tabah. namun air matanya makin lama makin deras mengalir. tatkala neneknya dikapankan dan dibalut bersih.

semasa jenazah mahu dikebumikan. aku meninjau reaksi ramai. dan aku tertarik dengan esakan budak lelaki berbaju melayu silver lengkap bersongkok hitam. anggaran umurnya tujuh atau lapan tahun. teresak-esak dia menangis. pada kiraan aku. dia adalah cucu si mati.

dengan menangis teresak-esak. budak lelaki itu berlari menuju ayahnya dengan tangisan. puas dipujuk.
*scene yang tak bisa aku lupakan.

walaupun aku rasa budak lelaki ini masih tidak mengerti apa itu kematian. tapi dia mengerti erti meninggalkan  dan ditinggalkan.



ada seorang lagi budak lelaki yang dipanggil afiq pada pengamatan aku. budak ini agak nakal jugalah. biasalah nama pun budak. main sana. main sini.

secara tiba-tiba dia bertanyakan soalan yang agak sukar untuk dijawab oleh orang yang dipanggil dewasa kepada ibunya.

"ibu. kenapa ibu tak menangis? ibu tak sedih ke? mak ngah kan dah meninggal?"

sang ibu hanya diam. tidak menjawab.

ternyata kanak-kanak lebih jujur daripada orang dewasa. kanak-kanak bisa menzahirkan perasaannya dan cepat bertukar emosi. orang dewasa pula hanya kaku dan statik berdiri. lemau macam ni.

kanak-kanak sangat suci.
orang dewasa hanya hipokrit.


yang benar.
amii afandi.

2 ulasan:

Arpiiz berkata...

kematian itu adalah untuk mengingatkan orang yang masih hidup..

amii afandi berkata...

orang yang masih hidup janganlah alpa mengingati kematian.