TUKANG BACA

Ahad, 19 Jun 2011

BENDA RUMIT DISENANGKAN

malam-malam begini buat aku rasa mahu tidur.
apatah lagi. apabila mengonline sambil menjatuhkan kepala atas bantal keras bersarung kelabu.

oh. cadar dan sarung bantal aku berwarna kelabu. bosan. kerana tiada sebarang corak di atasnya. terasa amat lain daripada cadar para perempuan sekalian yang amat mempesonakan.

tapi aku suka warna kelabu. kelabu itu fleksible.
er. aku tahu citarasaku kadangkala bisa menimbulkan rasa aneh.

kau tau?
aku rasa aku datang ke unimas ini dengan barangan yang err..agak sedikit jugalah kukira. biasalah. hanya membawa barangan yang ala-ala kadar sahaja. sampaikan aku terlupa nak bawa spare satu lagi cadar kelabu bosan yang tiada corak. 

seterika aku pinjam roomateku. seluar slack yang tak pernah aku pakai terpaksa aku beli. ini belum masuk bab-bab membasuh ni. pewangi pun aku redha sajalah. pinjam roomateku sekali lagi.

tak sangka barangan perempuan begitu banyak. dan. err. rumit.
haih. mama ni pula tak pesan masa kemas-kemas barang. manalah aku expert dalam mengemas barangan ni. 

tiba-tiba terfikir. nanti nak balik macam mana? takkanlah nak menggangkut semua benda ni termasuk baldi-baldi sekali naik kapal terbang?

oh. belum apa-apa lagi. dah ingat nak balik. 

semasa mendaftar. yang menghantar aku adalah abah. orang lelaki. mana nak shopping ni. setakat ke kedai runcit beli sikit-sikit barangan keperluan sudah. apa nak buat. pasrah sahajalah.

fuh. roomateku, budak batu pahat gila sporting. boleh dikata semua kami berkongsi bersama. apa-apa barangan yang dikongsi dibayar bersama. sampaikan makan malam 'hari ini kau bayar, esok pula aku yang bayar'. inilah rahsia untuk makan mewah.

dalam penggunaan khidmat basuh membasuh pula. fuhh. seminggu. kami mencampakkan bersama baju ke dalam mesin basuh. masukkan duit RM3 (seringgit lima aku, seringgit lima lagi roomateku) tekan dan tunggu mesin itu memekak. menandakan selesai tugasannya.

selepas mesin itu membingit. pandai-pandailah kami mengeluarkannya. dan menyidai bersama. tunggu kering. petang angkat kembali. dan lipat bersama.

sharing is caring.

haha. aku amat menikmati perkongsian yang seronok ini.

thanks to nabihah binti mohammad illias.

yang benar.
amii afandi.

4 ulasan:

Zalikha berkata...

Alhamdulillah ko dapat roommate yg best!! (^_^).hahaha ntah kenapa kite rasa entry kali ni cute.

p/s:ko salah eja caring.hehe just saying.jg marah ya!

amii afandi berkata...

hahahahahaha.=.=''

oke dah betulkan ejaan. terima kasih yaa. tee hee~

Tanpa Nama berkata...

study di mana?

syukur dapat roommate yg ok. barulah seronok dan bahagia hidup ;)

amii afandi berkata...

study di unimas. asasi sains fizikal:)