TUKANG BACA

Khamis, 23 Jun 2011

MOTIF YANG AGAK BERCELARU

petang ini hujan. tapi langit tidak gelap. tetap biru. dan nampak awan putih yang cantik.

oh. sambil bertinta aku masih bisa melihat awan. dan mengelamun dibalik hujan panas. sebab. tingkap aku sudah tiada langsirnya semenjak dua hari lepas.

ceritanya begini. aku buka bilik. lihat tingkapku sudah lapang. langsir sudah dicabut. dan tersidai di kerusi hijau, tempat aku labuhkan punggung sekarang.

aku tak tahu mengapa si tukang membuka langsir tidak terus mengambil langsir merah yang berhabuk itu. apa motif mereka membuka langsir itu pun penat aku memikirkan.

rupa-rupanya. baru sekarang aku tahu. mereka hendak membetulkan rail (err.betulkah ejaannya?) langsir tersebut. oh. terpaksalah aku dan nabihah memasangnya kembali.

opsstt. berhenti. bukan mengenai langsir yang aku mahu coretkan disini.

kata sudah bertapa di sarawak. jadi macam-macam yang kawan-kawan aku minta apabila aku pulang nanti. malah sebelum berlepas ke sarawak pun si eika sudah meminta kuih tebaloi.

err. kuih tebaloi tu apa kebenda?  memang aku blur.
tengok pun tak pernah. apatah lagi merasa.


hasil pencarian di google : macam ni ke bentuk kuih tebaloi? err. komfem. aku memang tak pernah jumpa.

tak apa eika. sebelum balik cuti raya nanti aku cari. khas untuk kau.
belum apa-apa aku sudah fikirkan cuti raya dua minggu.

okey. berhenti lagi. bukan pasal kuih tebaloi yang aku ingin ceritakan disini.
tukarkan mood. dan sambung kembali.

hari ini. pergi kuliah. aku pakai baju hijau kotak-kotak. dipadankan dengan seluar slack yang longgar amat pinggangnya namun sedikit kecil di bawah (aku main beli tanpa mengukur terlebih dahulu). beserta sehelai selendang hitam. err. nampak sedikit rock dan berjaya menimbulkan rasa segan. sebab kebanyakan pelajar memakai baju kurung.

tapi tak apalah. dah bawa. dah beli. pakai sajalah.
aku memang begini. suka hentam koromo dengan baju yang aku pakai.

oh. malangnya. baju hijau kotak-kotak itu tidak membawa tuah. sudahlah tadi bangun agak lewat. ditambahkan lagi dengan kuliah kimia mr. chieng yang err. entah. significant figure berjaya membuatkan aku pening-pening lalat.

significant figure nampak mudah. tapi merumitkan. serta melecehkan.
sebab. kadang-kadang aku faham. kadang-kadang aku tidak.

aku tak suka benda yang melecehkan.
sebab sikap aku inilah aku buat acuh tak acuh dengan tandatangan abang-abang dan kakak-kakak LO semasa minggu aluan pelajar (MAP). oh. pernah juga didenda duduk separuh dihadapan bersama mereka yang tak cukupkan 20 tandatangan para LO sekalian.

sambung kembali coretan mengenai kuliah kimia. aku harap kau tidak pening membacanya. 

pula dah! tiba-tiba encik chieng bagi kuiz. aku tengok soalannya. dan terpinga-pinga. cuba jawab apa yang aku tahu. dan secara konklusinya masih keliru. 

sampai sekarang aku rasa geram dengan kimia. walaupun aku sudah faham bagaimana nak selesaikan.

tiba-tiba teringat kata-kata seorang atuk semasa di upacara pengebumian. aku memanggilnya dengan panggilan tok selamat. fuh. lama aku berbual dengan beliau. hampir satu jam.

"kereta kalau tak dihidupkan. kita tolak macam mana pun susah. 
tapi. kereta yang kalau sudah dihidupkan. kita tolak akan menjadi senang.

jadilah kereta yang sudah dihidupkan. ada keazaman dan kerajinan untuk maju ke hadapan."

"parang kalau kita gunakan belakangnya. susah nak potong. sebab ianya tumpul.
tapi. kalau kita asah belakang parang itu tajam-tajam. ianya akan jadi lebih tajam daripada bahagian depan."


oh. semalam mr. damien perangkap pensyarah BI aku bertanyakan tentang hobi.
dan aku menjawab "blogging."

sebab rasa ingin menulis membuak-buak bercampur hobi. entri kali ini menjadi kosong. tiada isi.

terima kasih kerana membaca kemengarutan aku. esok aku ada kuiz matematik. oleh itu. gaya penulisanku sedikit bercelaru.

yang benar.
amii afandi.

Tiada ulasan: