TUKANG BACA

Ahad, 3 Julai 2011

TENGGELAM DALAM ARENA PERMASALAHAN

bagai berlumba. dalam arena kesibukan masa.
aku tahu. kau sibuk. dan aku sibuk. jadi semua orang pun sibuk.

kerana hal yang demikian. aku ingat nak memanjakan diriku dengan sedikit hiburan.
yosh! sudah merancang mahu ke the spring yang menjadi tumpuan budak-budak asasi sains unimas ni kot.


the spring ni bolehlah dikatakan setaraf macam IOI mall di puchong. 

apa kau ingat di sarawak hanya ada hutan dan zoo? 
eww~ serius tak cool. 

niat mahu meluangkan masa bertambah tegar apabila disokong dengan kehadiran sekeping kertas kuning yang ditampal di notis board kolej seroja.


makluman

GANGGUAN BEKALAN ELEKTRIK

dimaklumkan bahawa gangguan bekalan elektrik di kampus timur akan berlaku pada waktu berikut:

tarikh : 03 Julai 2011 (ahad)
masa : 09.00 pagi- 4.00 petang
(sehingga kerja-kerja dibaikpulih selesai)

gangguan ini disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan sistem elektrik di bangunan akademik.

bertambah-tambah teruja untuk menjelajah kuching apabila kafe kecil di aras blok A tidak dibuka sepanjang hari ini. 

err. semalam pun kafe sesak itu buka sampai pukul 2 sahaja. malam tadi terpaksa aku melantak maggie

okey. sekarang perut berkeroncong minta untuk diusap.
bersabarlah sedikit perut. aku tau kau lapar.

masalah pertama : SELESAI
masalah kedua    : SELESAI 

dengan tidak diundang. timbulnya pula permasalahan yang ketiga. 
masalah yang bisa membuatkan niat untuk keluar dari medan kebosanan runtuh secara tiba-tiba.

"mira. air mineral ada tak? tak ada air."
apa? tak ada air??
omg.

"weyh. blok kau ada air tak?" aku yang tengah mamai. melingkar dalam arena pemalasan menghantar mesej kepada kawan dengan penuh harapan bloknya ada sedikit air. tidak kiralah setitik mahupun dua titik. mahupun beberapa titik.

dan aku amat berharap. air itu tidak segan-segan untuk keluar dengan cara melimpah. bukan hanya setitik.

jawapan paling menghampakan yang aku terima. "tak ada"
=____________________________________________________________=

apa nak berlaku hari ini. berlakulah. aku tetap nak pergi the spring!

p/s : nasib baik ada blok BC ada air. fuhhh.

yang benar.
amii afandi.

4 ulasan:

NaRuFiQ berkata...

eh cik mira....kat sini ada bnyk air....alhamdulillah airnya mcm air terjun....hohohoho

amii afandi berkata...

=.=""
cittt.

eleh. sekarang dah ada air dah. mencurah curah lagi:)

Zalikha berkata...

cik mira,people won't miss the water until the well runs dry.tee hee

amii afandi berkata...

.............=.=''.............

apa cik cik mira ni? citttt.