TUKANG BACA

Sabtu, 30 Julai 2011

INILAH GUNANYA TEKNIK BERFIKIR

salam.

err. oleh sebab mood menulis tidak kunjung tiba pada minggu ini. bertambah pula dengan rasa malas yang menerpa dan kesibukan masa yang tidak kasihan melihat mangsanya keletihan. nampaknya satu habuk pun tidak terhasil pada coretan maya ini.

minggu ini aku rasa penat. dan rasa nak tidur sahaja sepanjang hari.

huh. untuk pengetahuan kau. kafe di kampus timur unimas tidak buka sepanjang minggu ini. dan sekaligus menjadi penyebab vital mengapa kadar tenaga yang aku hasilkan adalah berkurangan.

hal ini demikian kerana tenaga aku dikerah setiap hari untuk berjalan. dan makan di lorong desa ilmu. err. 

alang-alang kena pergi KFC (stands for keranji food court) untuk makan. baik teruskan sahaja perjalanan ke lorong desa ilmu.

di sana ada :
ada SCR (singapore chicken rice)
ada KFC (kali ini merujuk kepada ayam kentuky yang kau semua suka)
ada juga pizza hut. hehe.

amboi. makan nak sedap sahaja.

oh. semalam. kedai-kedai makan di desa ilmu penuh akibat daripada fenomena bola yang melanda. nak sangat tengok. tapi keadaan tidak mengizinkan. banyak lagi yang perlu dilakukan daripada meneropong bola mahupun juvana.

huh. aku memang terlepas juvana sejak masuk ke sini. 
alah. tak apalah. nanti cuti aku nak tengok puas-puas.

okeylah. kita tinggalkan cerita itu.
kita buka cerita baru.

implikasi daripada penutupan kafe, kebiasaannya tengahari aku beli sahajalah di gerai pak dol.

makanan yang popular dan sentiasa laku diserbu oleh budak-budak unimas ialah ayam goreng tepung yang dicucuk macam sate. err. pandai-pandailah kau bayangkan eh.

cakap pasal gerai pak dol. ada sesuatu yang menarik hati apabila aku terlihat gambar-gambar yang dipostkan dalam salah satu group unimas di facebook. (group mana satu aku dah tak ingat. unimas ni banyak betul group.)

kredit untuk si penangkap gambar.

sila baca tulisan itu. hehe. 

OMG is stands for ohh.. mee goreng! (rasanya? haha.)

setiap sebiji telur rebus ini berharga RM 0.70. (fuyyoh. ada tampal harga pula tu setiap biji)

justin bubur. nama baru for justin bibir and what so ever. 
hahah. tapi serius bubur ni sangat sedap. 

tulisan di atas : RM 2.30 
KURMA YUSUF RAJA GOPAL
=.=''

ternyatalah pak dol sememangnya kreatif untuk menarik pelanggan memborong di gerainya. tapi sampai sekarang aku tak tahu siapakah pak dol dan mana satukah pak dol. 

maafkan saya pak dol.

p/s : entri yang berikut akanku coretkan mengenai perkhemahan di taman negara bako. insyaallah.

yang benar.
amii afandi.

6 ulasan:

NaRuFiQ berkata...

psstt psstt ....aku nak no contact pak dol....suruh dia seludup justin bubur satu hantar kat smenanjung....bikin senyap ek

amii afandi berkata...

bhahaha. siap nak seludup justin bubur tu ek?

kalau aku dah jumpa mana satu pak dol, aku mintak nombor dia eh? kata yang kau nak nombor dia. ngeh ngeh~

Zalikha berkata...

hohohoho dah tukar lagu? kite malas nak tutup jadi kite tgh dengar sampai habis.kih kih kih

kat kmb pon ada KFC (Kolejmarabanting Food Court).hehehe

lawakla pak dol ni.lebih kurang mcm siapa tu yg kat citer kite hanya do seberang jalan yg jual pisang? hahahahahaha rasanya mesti org sarawak mmg mcm yg ditulis oleh BB

amii afandi berkata...

hahahaaha. Kolejmarabanting food court? nama tak unik. =.='' hahahah.

ya. agak samalah dengan penjual pisang dalam buku kita hanya diseberang jalan. aku pergi gerai pak dol aku terkejut. sebab ada tertulis:

"NAMA SAYA PLASTIK ANAK PAU. saya bukan kaki pau tapi saya pembungkus pau anda."

Arpiiz berkata...

rajin betul orang yang letak harga dekat telur tu.hehe

amii afandi berkata...

hahaha. memang rajin. tak tau lah kalau telur seratus biji pun satu2 ada harga. heheeh.