TUKANG BACA

Sabtu, 6 Ogos 2011

TRIP BAKO (PART 1)

sebenarnya banyak benda yang bermain di fikiranku akhir-akhir ini. dan semua itu telahku kumpul dan umpil dalam kotak pemikiran yang kecil lagi sempit.

sudah tiba saatnya aku keluarkan satu per satu perkara yang telahku umpilkan sejak sekian lama.

yeah. seperti yang telahku janjikan. aku ingin menceritakan serba sedikit mengenai perkhemahan di taman negara bako selama dua hari satu malam itu. oh. mungkin itu cerita yang agak lepas. maaflah ya.

apabila menulis. mood diperlukan dan perasaan harus diluahkan. tanpa perasaan. penulisan akan menjadi kaku. mati. akhirnya tidak berkualiti.

okeylah. mungkin aku sudah agak-agak lupa dengan apa yang berlaku. tapi aku akan sedaya upaya mengingatnya kembali.

sabtu, 23 julai 2011.

seawal 8.00 pagi.
berkumpul di depan gerai pak dol. yang pergi hanyalah sebilangan sahaja. gara-gara terdapat beberapa masalah yang melanda. err. tapi cukuplah juga bilangannya dengan bilangan kesemua jari tangan dan kaki.

semasa nak menunggu kesemua mereka berkumpul. sempat lagi aku membeli justin bubur di gerai si pak dol kreatif. ehem. sarapan itu penting ya.

bergerak agak lambat. kerana menunggu pasukan berbaju merah yang comel lote.

dan bersok sek. sok sek menyelesaikan masalah yang belum lagi diselesaikan. err. jane dan aku sempat merepek buat video lagi dalam tempat paling belakang.

akhirnya. van bergerak menuju ke destinasi.

entahlah pukul berapa? tak ingat.
sampai di tempat menaiki bot. untuk pengetahuan kau. kalau nak ke taman negara bako. hanya jalan laut sahaja yang ada. err. nak tak nak kenalah mengharungi laut china selatan yang ada buaya.

ya. ada buaya. sebab ada papan tanda yang berbunyi.

"awas. terdapatnya buaya."
err. ala-ala bunyi dia macam ni la.

dorathy, jane dan abang naim a.k.a abang zizan --''
tukang conduct program kedua selepas abang matt.

yeah. nak sampai dah taman negara bako ni.

serius best naik bot. hehe. ye la. aku ni manalah nak naik-naik bot ni. dulu kat puchong reti naik kereta je la. hehe. 

sampai-sampai. letak barang. dan bersedia untuk mendaki. stok dalam beg ada banyak coklat dan air.

hampir-hampir nak tengah hari. pukul 11 lebih agaknya.
mendaki sedikit. tercungap-cungap. mendaki lagi. tercungap lagi.

beginilah gayanya bagi orang yang sudah lama tidak beriadah. itulah. petang-petang duduk bilik buat pekasam.

roomate aku pula, si nabihah muntah-muntah. gara-gara semalam tidur lewat. biasalah. kalau perasaan teruja itu timbul, tidak tidur pun tak apa kan? fuh. alhamdulillah aku tak rasa apa-apa.

yang aku tahu. sepanjang perjalanan mendaki itu. aku asyik-asyik makan. makan dan makan. lagi-lagi apabila adanya coklat yang sedap. hehe.

"ni perut melantak ni." pandai pula si abang naim mengemen-ngomen.=.=''

masih dalam pendakian.
fuh. semakin berada di atas semakin panas. berpeluh-peluh rasanya.

mengikut ilmu geografi yang aku belajar dahulu. pada puncak gunung atau bukit, hanya terdapat pokok-pokok renek dan paku-pakis. oleh itu, panas tidak sama dengan kaki bukit. di kaki bukit. banyak pokok-pokok tinggi menjalar dan berebut mendapatkan cahaya matahari. 

err. geografi la pulak dah. okeylah. di tempat panas inilah kami bertemu dengan sang periuk kera. kecil dan unik.

ianya dipanggil periuk kera kerana kera suka minum air di dalam periuk ini.

pendakian kemudiannya disambung semula.
daki punya daki lagi. akhirnya kami tiba di tempat yang serius teramat indah. cantik sungguh. huahhh!

cantik kan?
yeah. di sinilah kami boleh mengintai pantai di bawah.

err. mereka ini berangan nak berlakon dalam titanic
"you jump I jump." ==''

apabila melihat kelibat pantai itu. apa lagi. bersuka rialah kami. turun dengan cepat untuk bermandi-manda.

bak kata dua orang abang senior yang bertauliah la sangat itu, abang matt dan abang naim.
"korang ni. kalau bab-bab lain semua fail. bab mandi laut je korang pass."

di sini kami boleh terapung :)

kira-kira pukul 1.30 lebih.
 perjalanan pulang ke tempat asal pun dimulakan. nak tak nak kenalah patah balik. fuhh. kaki ini rasa nak tercabut. oleh sebab nak sampai dengan cepat. si dorathy dan jane berada nun jauh ke depan dan meloncat-loncat sehingga bayangan mereka hilang.

trip kami pun berpecah-pecah. hajar. nabihah dan aku mengikut abang naim. yang lain di belakang mengikut abang matt. dan dua budak hilang itu rasanya mereka mengikut kakak senior yang lain. yang sama-sama juga menghilang.

dalam perjalanan. hujan lebat telah menampakkan belangnya. dengan kilat menyambar. kami pun berhenti berteduh di pondok.

berteduh ramai-ramai. berbual dengan mat saleh bersama isterinya yang juga berteduh.

akibat kehausan. mereka buat kerja gila. tadah air hujan guna plastik. then letak dalam botol. selepas itu minum.

hujan hampir reda. dan perjalanan pun dimulakan kembali.

sudah petang. pukul tiga rasanya. eh? yalah kot. 
"korang jumpa tak orang belanda?"

aku dan nabihah yang baru sampai dengan selamba kitaorang cakap. "eh. ada la. tadi diaorang jalan belakang kitaorang je."

gelak bergema. masih terpinga-pinga.

rupa-rupanya orang belanda itu adalah:

jeng 

jeng

jeng

...........
"hai. sayalah orang belanda."

mati-mati aku ingat orang belanda itu mat saleh yang dok berbual di pondok.

jalan dengan longlai. balik ke tempat barang diletak. pergi solat dan mandi.

oh. jangan terkejut apabila ada berbondong-bondong babi melintas.

babi janggut ini mesra alam. err. mungkin dah biasa sangat kot tengok manusia lalu lintas. siap jadi model lagi bagi sesiapa yang mahu menangkap gambar dengan beliau.

oh. itulah kali pertama aku melihat babi dalam depan mata kepalaku sendiri.
biasalah orang bandar. mana kenal haiwan-haiwan ni.

p/s : tunggu bab yang seterusnya. hehe

yang benar.
amii afandi.

9 ulasan:

**DoeRayTie** berkata...

Nice! :D nak pegi lagi la mira..! nxt time g santubong!! or gua niah!

**DoeRayTie** berkata...

Nice! :) nak pegi lagi, pas ni kta ke santubong or gua niah!

amii afandi berkata...

mari-mari. nanti kita pergi santubong or gua niah! fuhh.

melle amir berkata...

bestnyaaa, aku sukakan alam

amii afandi berkata...

wahh~ alam memang menenangkan:)

NaRuFiQ berkata...

amii + orang belanda = =_="

amii afandi berkata...

=___________________=''

*tgk muka katak dah kuar.

Arpiiz berkata...

laa, tak sangka ada babi yang macam tu..

amii afandi berkata...

hehhe. ada. pegilah taman naegara bako. konfem jumpa :D