TUKANG BACA

Sabtu, 23 Julai 2011

NASIB UNTUNG RUGI

salam hari jumaat.

oh. semalam aku tidur awal. jadi pagi tadi aku telah mengatur plan untuk bangun awal.
okey. plan tersebut sukses pada mulanya. sebab aku yang tengah mamai dapat merajinkan diri melabuhkan pelayaran di arena pembelajaran.

namun demikian, plan itu runtuh dan berkecai tatkala godaan syaitan yang menari-nari di tepian dan bergayut di kelopak mata. akibatnya, pada setengah jam kemudian. mata terus terkatup dan mimpi mula memutarkan tape hitamnya.

oh. dengan mimik muka kecewa. aku berasa amat kesal. sebab aku tidak berjaya melawan nafsu tidurku. dan hanya sempat membuat empat buah soalan tutorial matematik sahaja.

tatkala rasa penyesalan itu datang dan semakin menghampiri rasaku satu hari, kendian. timbul pula rasa bersyukur yang teramat sangat. sebabnya yang ketara ialah hari ini aku tak sesekali menguap dan cuba-cuba untuk berawangan dalam kuliah miss farah yang comel. 

err. untuk pengetahuan kau. kebiasaannya syaitan durjana selalu menganggu aku dalam kuliah. lagi-lagi pada kuliah physic yang membuatkan tangan aku bergerak ke arena percontengan kerana tersengguk-sengguk.

oh. semasa kuliah sedang berjalan ke medan penghabisan waktu. sebeban kertas layang diedarkan kepada semua pelajar. kertas layang berbunyi risalah jumaat. dilayangkan dari sang pencinta exco kerohanian dan perkembangan moral 2011/2012.

oh. apa nak dikecohkan. macamlah kau semua tak pernah dapat risalah kan?

macam biasa. risalah-risalah biasa menceritakan mengenai perkara yang sama yang pernah kau baca. apatah lagi yang senarionya semacam aku. seorang pelajar yang suam-suam suku. tajuknya agak signifikan tetapi biasa sahaja malah bosan. ya. bosan.

apakah yang kau rasakan apabila bercerita mengenai pelajar cemerlang?
sah-sah macam bosan bunyinya.

eh. nanti dulu. bosan tidak semestinya tidak bermanfaat. sebab. adakalanya perkara seronok itulah yang kurang manfaatnya berbanding perkara bosan. oleh sebab ingin mndapatkan sedikit manfaat itu, aku memaksa diri aku untuk menyelidik segala informasi yang bosan itu. kemudian, terjumpa pula kata-kata aneh. automatik perkara bosan tidak menjadi bosan.

"ilmu yang kita ada sekarang ibarat air yang melekat pada jari apabila dicelup dalam air atau sungai."


aku mengaru-garu kepala. mengusap-usap dagu. dikerut-kerut dahi.
puas berfikir. maksud air. dan jari. malah sungai.

err apa yang boleh aku konklusikan mengenai kata-kata aneh ini ialah ilmu yang kita pelajari amat berguna kerana sentiasa bersama walaupun kita berada di mana-mana situasi ataupun dugaan.

alahai. tiada konklusi yang lebih menarik ke? kau semua. silalah bantu aku memahami maksud ayat aneh ini.

ada lagi satu ayat yang membuatkan aku terangguk-angguk. bukan sebab tersengguk tetapi bersetuju dan memikirkan zaman silam yang tak berapa nak gemilang.

"sekiranya hari ini lebih teruk dari hari semalam maka malanglah orang itu. tetapi jika hari ini lebih baik dari hari semalam maka beruntunglah orang itu. jika hari ini sama dengan hari semalam maka dia tidak mendapat lebih dari orang lain."

dengan muka yang agak keliru aku bertanya kepada diri aku sendiri.


nampaknya aku pernah menjadi orang yang malang. aku juga pernah menjadi orang yang untung. dan tidak terkecuali aku pun pernah tidak mendapat lebih dari orang lain. jadi yang manakah aku harus pilih?

komfemlah aku mahu jadi orang yang untung. tidak rugi.

tapi kadang-kadang aku tidak memahami bagaimana agaknya nasib untung rugi ini.

yang benar.
amii afandi. 

7 ulasan:

L.I berkata...

untung dan rugi adalah perkataan yang berbeza....positif dan negatif...kadangkala yang negatif itu lebih baik daripada positif....DI ULANG ....kadangkala~

amii afandi berkata...

ada benda negatif yang memang baik daripada positif. tapi itu sukar dicarilah kan.

jadi. konklusinya, jadikan perkara negatif itu sebagai positif. nescaya ianya akan menjadi baik.

Zalikha berkata...

"ilmu yang kita ada sekarang ibarat air yang melekat pada jari apabila dicelup dalam air atau sungai."

pada pendapat saya (suara skema), maksud kata2 pujangga di atas ialah:

ilmu yg kite ada sekarang,walaupun kite rasa dah besar,dah amik banyak exam, tapi sebenarnya hanya sedikit je yg ada kat kite.kalau kite celup tangan kat air,air yg ada kat jari2 tu sikit je kan?hanya titis2 yg kecil.jadi mcm tu la perumpamaan utk ilmu kite.

lagipon imam ghazalli penah kata (kalau tak silap la beliau yg kata): semakin banyak kite belajar,semakin kite rasa diri ini bodoh.serius kite setuju ngan ayat ni.

p/s: hohoho...dah lama tak komen panjang2.masih lagi di kmb.curi2 bukak blog ko sambil buat homework kimia.tee hee

amii afandi berkata...

yoshh! akhirnya aku dapat pun maksud yang betul dari ayat di atas. lulululululu~ thanks zalikha.

sekarang otak aku susah berfungsi untuk memikirkan maksud tersirat dan tersurat ni. heh.

serius dah lama tak baca buku yang ayat panjang menggila.

teman baikku sekarang adalah kalkulator ~<3 =.=''

Zalikha berkata...

hahahaha...sama la.teman baikku kini ialah algebra dan nombor2.skang kite dah lama tak baca buku.last buku yg kite baca karya haruki murakami: sputnik sweetheart.tu je.the star pon tak sempat apatah lagi juvana ngan nishi.sob sob

hahahaha

Zalikha berkata...

hidup ni ironi kan? apa yg kite tak minat selalunya tu la yg kite kena buat.as if Allah nak cakap:

"kalau kamu tak suka sesuatu perkara tu,pasti kamu takkan pernah nak susah payah utk mengetahuinya dan belajar.biar Aku berikan p&p khas utk kamu"

(*err...contoh saja ya)

kata la satu hari nnti ko mmg ditakdirkan jadi penulis.ko sebenarnya akan jadi penulis yg lebih daripada org lain sbb ko ada bukan sahaja ilmu sastera tapi juga ilmu sains mcm fizik.jadi sudut pandangan ko akan lagi meluas dan cerita ko akan jadi lebih autentik.betul tak,amii?

amii afandi berkata...

betul. suatu pengajaran untuk aku adalah belajar tanpa merungut dengan ilmu yang dipelajari. kerna semua ilmu yang dipelajari amat berguna untuk kita dihari kemudian.

bila dah berusaha tak apalah dapat apa pun. asalkan kita puas dan tidak kecewa kerana kita telah berusaha.