TUKANG BACA

Ahad, 10 Julai 2011

NOMBOR HODOH MENARI-NARI

pandang kiri. pandang kanan. kemudian pandang ke hadapan.
capai kalkulator dan tekan nombor yang bagi aku tidak berseni. dan tiada abstraknya.

arggh. rasa geram. bila kira punya kira. tak dapat apa benda.

okey. berhenti. dan capai pula kertas tutorial fizik.
oh sama juga. kena bermesra dengan kalkulator. dan juga nombor-nombor yang tidak dapat difahami bentukya.

ambil kertas putih yang sudah tercemar dengan taipan hitam. kali ini yang lain pula. 
duh. masih sama peristiwanya. masih kena kira-kira.

wahai nombor hodoh sekalian. janganlah menari-nari di hadapanku.

pandang dengan tidak bermaya.duduk termangu. 
bersama kertas-kertas yang bersepah dan menunggu masa untuk disiapkan.

memang aku rindu untuk membaca dan menghayati sejarah.
memang aku rindu untuk belajar bahasa.

yang benar,
amii afandi.

2 ulasan:

L.I berkata...

nombor hodoh yang akan mencerahkan masa depan anda....cubalah lebih bermesra dengan mereka...heee~

amii afandi berkata...

=.=''

citt. hahaha.
okelah. aku tryy.

nombor hodoh tersangat memeningkan kepala.