TUKANG BACA

Jumaat, 26 Ogos 2011

KESESAKAN JIWA YANG KIAN KOSONG


sejak belakangan ini. aku perasan sedikit perubahan yang berlaku terhadap diriku. oh. sepatutnya bukan dikata sejak belakangan ini. tapi sejak aku lalui kehidupanku di asasi. ya. memang. ada perkara yang berubah tentang diriku.

oh. maksudku. bukan perubahan fizikal seperti yang dikatakan abah, "balik sarawak dah nampak gemuk sikit." 

perubahan yang aku cuba katakan adalah perubahan dari segi jiwa dan sikap yang aku kira semacam agak berlainan dengan diriku yang dahulu. mungkin isu ini boleh dikaitkan dengan tahap kematangan dan juga situasi yang memaksaku mengambil sedikit masa untuk selesa bersamanya.

dahulu. mulutku aku kira amat becok. nak berceloteh sahaja tak kira masa.
ternyata. sekarang aku semakin menyepi bagai tiada lagi kata yang bisa diungkapkan. ya. mulut terkunci. diam seribu bahasa.

apabila berjumpa kembali dengan rakan-rakan karibku di sekolah dahulu. aku jadi kekok.
maaf kawan. aku mengambil masa untuk kembali panas seperti sediakala.

sebenarnya. aku memang mempunyai masalah kesosialan yang agak merundum. masalah ini memang sudah lama. sejak aku meniti usia di alam persekolahan kanak-kanak hingusan. aku tidak reti nak memulakan percakapan.

aku akui. aku memilih bulu untuk berkawan dan bercakap. mana-mana yang aku kira, boleh masuk air dan selesa. aku senang bertutur. mana yang tidak itu, maaflah ya. aku memang tak tahu nak utarakan apa.

aku tidak boleh dan tidak mahu menipu diriku untuk menjadi antara yang 'tengah-tengah'. menjadi mereka yang biasa-biasa. tidak banyak bercakap atau tidak terlalu pendiam. aku hanya boleh memilih antara dua. menjadi pendiam atau bercakap banyak.

di dalam kuliah. kebiasaannya jiwa aku mati. pagi-pagi aku akan datang dengan kasut yang kalau berjalan akan berbunyi 'drap drap' lalu melabuhkan punggung di sebelah wani. kemudian. datang jason sondoh duduk di sebelahku. memang itulah yang akan berlaku jikalau berada di dewan kuliah 2.

wani orangnya memang havoc. kebiasaannya dia kecoh-kecoh dan aku masih statik di tempat dudukku tanpa ambil port. aku malas mahu ambil tahu. biarlah mereka dengan dunia mereka sendiri.

jason, si budak sabah itu pula memang caring. gentleman gila. kalau tanya dia apa-apa soalan, dia akan ajar sampai faham. memang aku suka kalau duduk sebelah dia.

masa aku tengah mengantuk. serasa macam nak tidur dan penat semacam. si jason akan menanya, "kau sakit ke?"

tengok betapa caringnya dia.

tapi maaflah. aku tetap kaku. dan memang aku menjadi seorang yang bosan kerana kehilangan jiwa. selalunya aku akan duduk sambil berpura-pura rajin. selak sana. selak sini. serius. inilah caranya untuk menghilangkan  kebosanan. sambil selak-selak itu, kau beranganlah. hehe.

wani pernah kata. "mira, kau ni janganlah serius sangat."

bila ditegur sebegitu. aku terus membuat muka 'apa?'. muka toya yang tidak berperasaan.

begitulah aku di dalam kuliah. rasanya dalam ramai-ramai 80 lebih orang itu, yang mengenaliku hanyalah seciput.

masuk asasi ini sememangnya membuatkan aku rasa tertekan. kau nampak sahaja aku ni macam seronok dengan kawan-kawan tapi sejujurnya aku rasa kosong dan mati. aku seperti seorang yang masih tercari-cari bagi  mengisi ruang yang kosong tersebut.

heh. kau kira kawan-kawan rapat aku di asasi sains unimas itu semuanya budak kelas aku? oh. silaplah. mereka semua budak hayat. aku pula budak fizikal. menjadi kombinasi yang agak aneh apabila budak fizikal dan budak hayat bersama. namun, dengan merekalah baru aku dapat merasai sedikit kepulangannya jiwaku yang dahulu.

itu belum berbicara lagi tentang perasaan sakit yang dialami seolah-olah aku adalah orang yang paling looser dalam dunia.

aku sentiasa rasa looser. sebab. selalunya aku hanya akan menyerah. dan biarkan sahaja apa yang difikir itu disimpan di kotak pemikiran yang sempit. kadangkala. langsung tidak dapat berfikir  kerana otak menerawang dan tepu segala bagai. mana nak sumbat semua perkara dalam ruang yang kecil.

rasa looser juga. sebab. aku hanya bisa menjadi insan biasa yang selalu mendapat markah border line. selalu juga mendapat panahan asmara dari sang-sang pensyarah tanpa disebut di bibir. panahan mata adalah lebih tajam berbanding dengan ketajaman lidah.

mata bisa menceritakan segalanya. manakala lidah hanya pandai berkata-kata. tidak kira sesuatu subjek itu fakta mahupun auta..

suatu lagi masalah yang selalu aku hadapi. masalah keyakinan diri. keyakinan diri aku sememangnya tersangatlah rendah dan akhirnya merundum jatuh, tewas. apabila tiba di asasi unimas.

mulanya aku mendapat kejutan budaya apabila rata-rata mereka adalah dari sekolah hebat-hebat dan memperoleh result yang gempak-gempak. hal ini lagi menambahkan rasa looser terhadap diriku yang semakin mengecil seolah-olah terjumpa dengan abang besar.

apabila bercerita soal ini. abah bilang padaku. "habis. anak abah ni tak pandai ke? mana boleh. anak abah semua pandai-pandai. kalau tak pandai tak adanya dapat masuk u."

"masa spm itu pun akak tak belajar. malas. addmath dapat b. fizik c+. kalau akak belajar sikit mesti dah boleh dapat tujuh lapan A. itulah abah kata. anak abah semuanya pandai-pandai."

cara abah untuk meningkatkan semangat aku. keyakinan diri aku. oh. bila mendapat sokongan keluarga. baru hatiku rasa tenang. rasa kosong itu akan hilang selagi mereka percaya.

inilah buat aku rasa nak kahwin. apabila dah kahwin. ada orang yang sentiasa memberikan sokongan sepertimana keluarga.

aku tak tahu bagaimana mahu ungkapkan. tapi yang pasti aku memang menyayangi keluarga aku. rasa sayang tidak semestinya diungkapkan. ye tak?

yang benar.
amii afandi

6 ulasan:

NaRuFiQ berkata...

aku suka quote ayah ko...'anak-anak abah semua pandai'...persis kata-kata mak ayah aku...sangat memotivasikan aku utk bergerak lebih maju

amii afandi berkata...

bila terdengar qoute itu. rasa resah pun segera hilang. ya tak?

**DoeRayTie** berkata...

Amii: mengalir air mata baca smua tu.. yah.. empty.. bna, xrasa mcm dulu.. p ngan kowg la aku rasa ada nya wujud nya kgembiraan & teman. selebih nya.......dot3... :'(

amii afandi berkata...

err. agak meruntun jiwang eh? cuma nak luahkan je apa yang dirasa. hahaha.

melle amir berkata...

kalau bebetol kawen jangan lupa jempot aku, kehkeh

amii afandi berkata...

.................errr..........-.-''