TUKANG BACA

Sabtu, 10 September 2011

TERCIPTANYA CORETAN RASA


*khas buat mereka yang tersayang.


kehadapan kau yang kini berada di mana-mana,
    
     jangan berasa terkejut tatkala meneliti warkah ini yang sememangnya khas buat kau. dengan rasa yang tidak pasti, aku mencoretkan warkah ini dengan pelbagai rasa.  rasa yang agak bercelaru. rasa yang tidak menentu. juga dengan rasa yang penuh dengan kekeliruan dalam hidup.
    
     aku bukanlah menulis semata-mata untuk kau memperlihatkan kisah dongengku yang tidak seberapa dongeng ini. sudah kubilang. aku mencipta warkah ini dengan seberapa perasaan yang tidak pasti. tidak pasti dengan segala-galanya. perasaan yang sudah bercampur baur dan kemudiannya diolah menjadi satu.

tidak betah untuk aku nyatakan bagaimana rasa yang bercampur baur itu. yang pasti aku terasa sakit. Ya. sakit! mendalam rasa sakitnya bagaikan tiada apa yang bisa mengubati rasa sakit itu. oh. rasa sakit di hati ada penawarnyakah?

aku tahu. aku terlalu ego untuk mengungkapkan rasa aku pada kau. kau mahu tahu? kerana perasaanku pada kaulah yang menyebabkan aku berasa sakit. sakit kerana tidak tahu bagaimana untuk meluahkan. sakit kerana tidak bisa untuk aku mengungkapkan. dan rasa itu menjerat aku ke dalam rasa yang berbaur. adakah pantas untuk aku mengungkapkan yang aku rindu kau?

ya. aku rindu kau. rindu yang teramat. rindu yang kadangkala menyebabkan aku rasa tidak menentu. rindu yang kadangkala membuatkan air mata jernih ini tewas lalu terjatuh di badan bertuah. rindu yang kadangkala menyelusup halus di dalam jiwa tatkala berseorangan. rindu yang aku rasa aku tidak mampu luahkan dengan setiap perbuatan dan ungkapkan dengan setiap perkataan. seolah-olah ianya tersangat besar untuk diperkatakan.

aku menulis ini juga dengan hati yang penuh dengan rasa ketidakpastian. rasa gelap. tidak ketinggalan juga dengan rasa curiga yang mencengkam. apa yang terjadi padaku ketika lima tahun akan datang? sepuluh tahun? lima belas tahun? oh. jangan dikata. untuk tahun hadapan pun aku tidak tahu apa yang akan berlaku atas diriku. sadis.

maafkan aku kerana tidak bisa untuk mencurahkan isi hatiku yang penuh dengan warna-warna keliru dan curiga. sesungguhnya aku seringkali tertewas dan terjatuh. malah lari pula dari tanggungjawab yang sepatutnya aku pikul.  maafkan aku juga kerana seringkali menghampakan harapan kau. tidak menjadi seperti yang kau idam-idamkan selama ini. seringkali pula aku buat kau kecewa dan tidak bahagia. maafkan aku.

jangan memberi sepenuh harapan padaku. aku takut untuk memegang harapan itu. dan aku juga tidak sanggup melihat reaksi kau yang tidak dapat menepis bayangan kekecewaan setelah harapan itu tidak bisa aku laksanakan.

satu yang ku pinta. sokonglah aku. peganglah aku. bantulah aku. jangan sesekali lepaskan aku. sebab. dengan merasai kehadiran kau. menyebabkan aku yang tewas ini bangkit semula. dengan melihat kau. membuatkan hari-hariku yang gelap kembali menyinar. cerah dan gembira seperti dahulu kala.

yang benar,
                                orang yang sentiasa merindui kau.

2 ulasan:

NaRuFiQ berkata...

comel post kali ini~ sangat meruntun jiwa....

amii afandi berkata...

comel ke? hehh. pelik-pelik je la kau.

meruntun jiwa. haha
dah jiwanya begitu. nak buat cemana? heheh